AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 19 October 2012

Hari Jumaat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ada seorang soleh yang telah buta di minta dihantarkan ke satu perkuburan. Sesampainya di kubur dia mengucapkan salam. Tiba-tiba Allah mengizinkan roh dari salah seorang ahli kubur menjawab salam orang buta tersebut. katanya "Bertuahlah engkau wahai penduduk dunia, kerana kamu dapat menunaikan haji empat kali dalam sebulan." "Bagaimana caranya?" tanya sibuta. "Semoga Allah memberi rahmat kepada mu, caranya adalah solat Jumaat. Apakah kamu tidak mengetahui bahawa solat Jumaat itu sama dengan haji mabrur." jawab ahli kubur tersebut.
________________________________


Kebaikan dan kelebihan hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. 
"Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut." ( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Sumber:  
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

**************************************

Jika kita tahu akan kelebihannya maka kita tak akan mahu bekerja pada hari itu melainkan beribadat kepada Allah sepanjang-panjang harinya. Kadang-kadang kita tak mengerti kenapa masa kini orang lebih memuliakan hari Ahad kerana hari tersebut adalah hari orang-orang kristian pergi ke gereja dan seolah-olah memberi kesempatan kepada mereka pula untuk `beribadat`.

Sedangkan kita umat Islam dibenarkan kerja pada hari Jumaat. Memanglah bekerja itu baik tetapi terlebih baik seandainya kita dapat beribadat pada hari Jumaat. Alasan seperti jika cuti hari Jumaat pun bukan orang beribadat tetapi keluar bersantai juga tidak boleh dipakai terima kerana ini hanyalah untuk orang-orang yang tidak mengenal kelebihan hari Jumaat sahaja. Bagaimana pula kepada mereka yang hendak beribadat pada hari Jumaat, kerana mereka ini tahu akan kelebihan Jumaat itu. Bukankah setelah tamat solat Jumaat kita tergesa-gesa ke tempat kerja kerana takut tak sempat untuk bekerja, takut majikan marah tetapi kita tak takut kepada kemurkaan Allah. Bukankah dengan tergesa-gesa itu menandakan kita mementingkan urusan dunia?.  Kita seakan melupai akan rezeki yang diberi Allah kepada kita.

Bukankah rezeki itu Allah yang beri, cuma diberi melalui majikan sahaja. Jika perkara ini pun kita tidak boleh memberi kelebihan kepada Allah, apatah lagi dengan perkara-perkara lain. Orang-orang yang selalu menggunakan pekerjaan itu sebagai ibadat tidak faham apa sebenarnya yang hendak diperlukan dahulu, bersyukur kepada Allah atau bekerja sahaja sehingga terlupa rezeki itu Allah yang kurniakan.

Janganlah kita selalu terpedaya kepada mereka-mereka yang selalu mengucapkan perkataan sebegitu kerana turut mengheret kita kedalam dunia yang sementara ini tanpa memperdulikan akan hari akhirat.

Wallahualam

Jazakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. banyak kelebihan..tp manusia jarang melihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb manusia byk lihat kelebihan dunia bbanding tika 'di sana'

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.