Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 14 October 2012

Biadap! | Kaabah dihina. Mana sensiviti umat Islam?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sejak semalam isu tentang gambaq kaabah dihina panas dibincangkan di laman muka buku. Abg long tak mahu ulas lagi tentang ini semalam sebab takut gambaq yang disebarkan tu adalah gambar edit. Walau bagaimanapun, segalanya telah sahih dan nyata pada hari ini bahawa gambaq kaabah yang dinaikkan bersama gambaq poster sambutan Holloween 2012 itu bukanlah diedit. Perkara ini telah disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian Online hari ini. Bak dialog dalam ceghite pendekar bujang lapok, "Ini betul-betul bukan cobaan...haish..betul-betul lar bukan cobaan"......kahkahkah! 



Yang mempertikaikan kebenaran gambaq kat atas ni semalam terpaksa la tadah ludah sendiri ya. Itu la, lain kali jangan duk kepoh tak tentu pasai, jangan ulas sesuatu perkara tanpa guna akai. Kalau rasa tak sahih sesuatu berita atau cerita ada baiknya duk diam dulu, tak payah ang duk meroyan-merapu. Kan ang dah termalu! Jangan la semua benda nak dipolitikan. Dalam bab2 agama ni ada eloknya kita beriktihad sikit. berlapang dada untuk agama itu kan tugas mulia, tanggungjawab kita padaNYA. Abg long yakin, golongan yang beretorika serta berdolak dalih tentang kesahihan ceghite dan gambaq ini semalam pasti tengah menyorokkan muka mereka ke dalam poket seluar memasing.

Setelah gambar pertama diturunkan, gambar kedua pula dinaikkan (rujuk gambaq kat bawah). Menurut laporan Sinar Harian, pihak penganjur memohon maaf kerana banner tersebut mengabungkan raya haji dan halloween. Walaupun sambutan perayaan halloween telah ditiadakan pada banner yang kedua namun event ini masih lagi diteruskan. Sepatutnya pihak penganjur tidak melakukan kesilapan untuk kali kedua dalam hal ini. Amatlah biadap jika tarian dan acara fesyen dilakukan diatas pentas berlatar belakangkan kaabah iaitu kiblat orang Islam.





Nak tunggu pihak berkenaan bertindak, memang lambatlah jawabnya. Atas inisiatif beberapa orang penyokong parti oposisi yang sensitif terhadap isu ini, mereka telah berbincang dan berjaya menurunkan banner yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Terbaekkkkkkk laaa........!!


Abg long pelik betui dengan geng2 penguatkuasa ni, apa yang depa buat sebenarnya. Setahu abg long, kebiasaannya banner2 yang nak dipasang di tempat awam kan perlu mendapat kelulusan dari pihak yang punya kuasa. Abg long gerenti berani potong anu (kuku jari kaki), lepas ni depa mula la pakat2 menunding jari menyalahkan satu sama lain. 

Kepada insan2 yang prihatin (menurunkan banner tersebut), abg long ucapkan syabas dan taniah atas keberanian dan kesungguhan anda dalam mempertahankan kesucian Islam. 

Nasib baik kes banner ini berlaku di Megamall, Kuantan di negeri kelahiran Perdana Menteri sendiri. Kalau la kes sedemikian berlaku kat negeri Kelantan.....Hmmmmm......Lu pikir la sendiri!

Abg long suka akan nasihat dan teguran dari Jabatan Agama Islam Pahang kepada penganjur tentang isu ini. 


Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Tapi, apa cer dengan program   DEEPARAYA, GONG XI RAYA, MERDEKA RAYA, NATAL RAYA yang kerajaan duk raikan selama ini.....Cu cite....cu cite....Amboi ang, berlapik sakan na ang komen bagi nasihat bab isu banner ni.

Barakallah fiikum


-Kata Biaq Terasa-


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. ni la jadi bila org xpikir panjang & pikir pasal untung je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. EPIK, sbb otat dia kementot la dia x pikiaq pjg...hihihi

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.