بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Rasa2 ada tak dalam kalangan kita yang telah lupa untuk mengingati dan menghafal nama2 nabi? Angpa ingat lagi tak nama 25 nabi yang perlu kita ketahui dan santuni depa punya pekerti?
Dalam keramaian nabi dan rasul, hanya 25 nabi sahaja yang kita wajib tahu dan ingat nama depa. Yang selebihnya bukan tak perlu kita amik tahu, cuma keutamaan untuk kita ketahui dan ingati adalah 25 nabi ini.
Kat bawah ni abg long tepek senarai 25 nabi ulung yang kita wajib kenal dan tahu. Untuk kita aje....ツ
Dalam keramaian nabi dan rasul, hanya 25 nabi sahaja yang kita wajib tahu dan ingat nama depa. Yang selebihnya bukan tak perlu kita amik tahu, cuma keutamaan untuk kita ketahui dan ingati adalah 25 nabi ini.
Kat bawah ni abg long tepek senarai 25 nabi ulung yang kita wajib kenal dan tahu. Untuk kita aje....ツ
Nabi Pertama yang diciptakan oleh Allah = Nabi Adam a.s
(Surah Al Baqarah: Ayat 34)
Nabi yang sangat penyabar = Nabi Idris a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 85)
Nabi yang berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya = Nabi Nuh a.s
(Surah Al Ankabuut: Ayat 14)
Nabi yang diutuskan kepada Kaum Ad = Nabi Hud a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 65)
Nabi yang diutuskan kepada Kaum Thamud = Nabi Salleh a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 73)
Nabi yang merasa kesejukan di dalam api yang menjulang = Nabi Ibrahim a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 69)
Nabi yang mempunyai kaum yang suka terhadap perhubungan yang songsang = Nabi Luth a.s
(Surah Hud: Ayat 78)
Nabi yang merelakan dirinya disembelih oleh ayahnya sendiri, Nabi Ibrahim di atas perintah Allah =
Nabi Ismail a.s
(Surah As Saaffaat: Ayat 107)
Nabi yang mempunyai anak yang juga seorang Nabi iaitu Nabi Yaakub = Nabi Ishak a.s
(Surah Maryam: Ayat 49)
Terlalu sedih sehingga menjadi buta akibat kehilangan anaknya, Nabi Yusuf = Nabi Yaakub a.s
(Surah Yusuf: Ayat 84)
Nabi yang bermimpi sebelas bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya = Nabi Yusuf a.s
(Surah Yusuf: Ayat 4)
Nabi yang diuji dengan penyakit yang dahsyat dalam masa yang lama = Nabi Ayub a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 83)
Nabi yang mempunyai kaum yang tidak jujur dalam sukatan dan timbangan barang = Nabi Shuib a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 85)
Nabi yang dapat membelah laut menjadi dua mengunakan tongkat untuk menyelamatkan diri berserta kaum Yahudi dari Firaun = Nabi Musa a.s
(Surah Asy Syu'araa': Ayat 63)
Saudara kandung Nabi Musa yang fasih dan petah dalam berbicara untuk membantu dakwah Nabi Musa = Nabi Harun a.s
(Surah Al Qasas: Ayat 34)
Seorang Nabi dan raja yang terkenal dengan sifat sabar dan soleh = Nabi Zulkifli a.s
(Surah Saad: Ayat 48)
Nabi yang mampu melembutkan besi dan membuat baju-baju dari besi = Nabi Daud a.s
(Surah Saba': Ayat 10)
Nabi yang telah wafat yang tidak diketahui oleh sesiapa dan disedari wafat setelah anai-anai memakan tongkatnya = Nabi Sulaiman a.s
(Surah Saba': Ayat 14)
Seorang Nabi yang sangat soleh di sisi Allah = Nabi Ilyas a.s
(Surah Al An'aam: Ayat 85)
nabi yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah = Nabi Ilyasa' a.s
(Surah Al An'aam: Ayat 86)
Nabi yang kecewa terhadap kaumnya sendiri dan meninggalkan mereka. Lalu, di telan oleh ikan dan terkurung di dalamnya. Atas izin Allah, terkeluar dengan selamat. = Nabi Yunus a.s
(Surah Al Qalam: Ayat 48)
Nabi yang memperoleh zuriat ketika usia lanjut dan anak yang diperolehi adalah seorang Nabi juga iaitu Nabi Yahya = Nabi Zakaria a.s
(Surah Al Imran: Ayat 40)
Dilahirkan di atas izin Allah walaupun pada ketika itu bapanya telah lanjut usia dan ibunya mandul = Nabi Yahya a.s
(Surah Maryam: Ayat 7)
Nabi yang cuba disalibkan oleh kaumnya namun tidak berjaya dilaksanakan kerana Allah telah menggantikan dengan seseorang yang menyerupainya = Nabi Isa a.s
(Surah An Nisaa': Ayat 157)
Nabi yang ditegur oleh Allah kerana meninggalkan dan berpaling kepada orang buta yang ingin mengenal Islam. = Nabi Muhammad S.A.W
(Surah 'Abasa: Ayat 1)
Sumber : Tafsir Al-Quran Online
Kalau lagu kita boleh hafal, kalau nama artis kita boleh ingat.....jadi, nama 25 nabi kita ni pun kena la fahal dan ingat. Koman sangat ka kalau ingat nama nabi? Rasanya tidak. Kalau angpa ingat dan boleh hafal bermakna angpa Si Kacak dan Si Cantik yang ohsem....HiHiHi..
Sharing is caring
Barakallah fiikum
___________________________________________________________
Kalau lagu kita boleh hafal, kalau nama artis kita boleh ingat.....jadi, nama 25 nabi kita ni pun kena la fahal dan ingat. Koman sangat ka kalau ingat nama nabi? Rasanya tidak. Kalau angpa ingat dan boleh hafal bermakna angpa Si Kacak dan Si Cantik yang ohsem....HiHiHi..
Sharing is caring
Barakallah fiikum
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.