Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 22 October 2012

Jadi suri rumah membosankan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Macam-macam betui ragam manusia hari ini. Semakin kita menuju kemodenan semakin tak bertamadun pula tingkah dan cara berfikir kita. Ada orang bosan dengan kerjayanya, ada orang bosan dengan pasangan dia.....ada juga blogger yang bosan dengan blog dia....eh!, ada ke blogger yang macam gitu? HaHaHa.....Senang kata, sebagai manusia ni sedikit sangat kita akan berasa syukur dengan apa yang kita ada dan kita punya. Kalau hidup sentiasa penuh dengan kebosanan boleh menyebabkan penyakit mental datang....kan best jika boleh jalani hidup dengan penuh warna-warni. Jadi, pilihan di tangan sendiri...

Membosankan ke jadi suri rumah ni? Abg long rasa jadi suri rumah ni takdak la bosan mana. Sebab apa? Bukan ke kerjaya suri rumah tangga ni banyak kerja dia. Kerjaya sebagai suri rumah ni punya la busy mengalahkan seorang YB. Mana tidaknya, bangun pepagi dah nak kena setup sarapan untuk suami. Kalau yang ada anak tu dah tentu dah bertambah kerja buat dia. Nak mandi dan siapkan anak2 lagi. Bila suami dah ke pejabat dan anak ke sekolah (bagi yang bersekolah) nak kena setup pula seisi rumah. Kalau ada anak yang tak bersekolah lagi, dah tentu penat akan bertambah berkali2. Berat maha benar kerjaya suri rumah ni, tak sempat la nak bergoyang kaki. Itu bagi yang memang suri rumah mithali la kan....Yang suri rumah tangga serabai memang la tak boleh pakai. Pakai untuk buat anak boleh la kot? HaHaHa....

Bagi abg long, berat woooo kerjaya suri rumah ni, sapu dan kemas rumah (luaq dan dalam), basuh-jemur-lipat baju. memasak, memandikan dan menyiapkan anak2....ada lagi tak tugas suri rumah selain yang abg long conteng ni? Orang yang hebat je mampu melakukan kerja hebat seperti suri rumah ni tau....Kalau tak percaya angpa boleh tanya brother Ben Ashaari....HiHiHi...

Kalau abg long, memang abg long angkat tangan. Sekali sekala membantu pun rasanya majoriti suami mengeluh buat kerja rumah ni.  Bagi sesetengah suami yang mampu jadi suri rumah ni memang abg long tabik 8 juta kali la kat dia. Bosan? Rasanya itu bergantung pada nawaitu dan kesedaran diri memasing...jadi suri rumah, ingat senang ka? 

Tapi, ada juga isteri yang mengatakan jadi suri rumah tangga ni membosankan. Amik contoh apa yang tersiar dalam Harian Metro hari ni. Alasan bosan menguruskan rumah tangga menyebabkan seorang suri rumah sanggup mengabaikan tanggungjawabnya pada keluarga. Sanggup dia lepak menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di pusat siber, semata-mata untuk bermain permainan komputer.



Ketagihannya bermain permainan komputer di siber kafe menyebabkan makan minum anaknya terabai. Sampai anaknya terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.....tak ke gila namanya tu...

 KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer
membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang.

Angpa kalau kemaruk sangat dengan permainan komputer sekali pun jangan la tinggal tanggungjawab. Tak comel la lagu tu. Hah, yang suri rumah jadi blogger tu pe cer? Jangan duk mengadap blog je tau.....Buat la juga apa yang patut kat rumah tu....Nanti suami balik kerja tak la dia sakit mata....HiHiHi....Ni yang jadi suri rumah sepenuh masa la....Suri rumah yang berkerja tu kita kena faham la kengkangan untuk depa. Faham2 la sendiri....

Cu kita tengok mak kita dengan nenek moyang kita dulu2, cool je depa bekerjaya jadi suri rumah tangga...anak berderet macam kereta api pun takdak masalah apa bagi depa. Kita yang anak sorang dua, urus rumah tangga pun boleh jadi bosan juga? Apa celop toqqqqqq?????? 

Kalau seorang isteri itu tahu tanggungjawab dia, abg long rasa tak timbul rasa bosan dalam menguruskan rumah tangga. Pendapat angpa pula macam mana?

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. hehehe...akak surirumah sepenuh masa...kadang2 akak ke laut gak. cuba jadi ibu yang terbaik utk anak2 dan harap xbosan membesarkan anak2. Aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak AkmaFaizal
      insyaAllah, semoga akak sukses dlm mgurus umah tgga.
      hrp jga suri umah tgga kt luaq sna tdk mgeluh dgn tggjwb depa.

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.