Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 25 October 2020

Cara-cara Mengembirakan Hati Ibu Bapa | Contoh Karangan UPSR

Rangka karangan

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia ini. Kasih sayang mereka kepada kita tidak terbanding seisi dunia. Mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagaan anak-anak mereka. Oleh sebab itu, kita haruslah bersyukur mempunyai ibu bapa kerana tidak semua orang mempunyai ibu bapa. Maka wajarlah kita, sentiasa berusaha untuk mengembirakan hati kedua ibu bapa kita.

    Semua ibu bapa merasa gembira seandainya kita dpat menolong mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja rumah, menyiram pokok-pokok bunga dan mendidik adik-adik. dengan itu, kita dapat merigankan beban ibu bapa dan ini tentu sahaja mengembirakan hati mereka.

Wednesday 2 September 2020

TERKINI | TAKWIN PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Takwin Persekolahan Tahun 2021 rasmi.

Penggal persekolahan tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari dan berakhir pada 9 Disember 2021 bagi negeri-negeri kumpulan A.

Manakala negeri-negeri bagi kumpulan B akan bermula pada 20 Januari dan berakhir pada 10 Disember 2021.

Untuk makluman, KPM juga telah membuat penyelarasan cuti bagi cuti perayaan sesi persekolahan 2021 yng melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Keamatan, Hari Gawai, Hari Deepavali dan Hari Krismas.

Wednesday 22 July 2020

Sisi 'gelap' Tedros, Pengarah WHO


Sejak tercetusnya wabak Corona Virus (Covid-19), sosok ini menjadi perhatian seluruh warga dunia.

Pengisytiharan cara siput sedut beliau ke atas wabak Corona Virus sebagai pandemik menjadi bualan warga dunia di media² sosial.

Bukan itu sahaja, tindakan² beliau dalam menangani penularan wabak Covid-19 seperti ada something yang cuba disembunyikan. Samatelah beliau bagaikan mesra China dalam mendepani wabak Covid-19 dan setiap tingkah tutur beliau canggung di minda warga dunia yang suka berfikir.

Ramai warganet cuba membongkar siapakah sosok Tedros ini.

Sisi 'gelap' Tedros, Pengarah WHO menjadi bualan warganet.

Tuesday 21 July 2020

TAKWIN BARU PERSEKOLAHAN 2020 PASCA COVID 19 | DARI KACAMATA CIKGU COACH AMIR OFFICIAL


Heboh pasal takwin persekolah 2020 berubah gara² penularan wabak Covid-19 (Corona Virus) yang melanda negara dan seluruh dunia.

Kini, hidup normal yang dinikmati sebelum ini sudah menjadi tidak normal lagi.

Pelbagai 'rasa' telah dizahirkan dimedia sosial oleh para guru dan juga ibu bapa. Ada yang bersetuju dan majoritinya tentu sahaja tidak menyokong. 

Perubahan takwin persekolah tersebut merencat perancangan guru² dan ibu bapa dalam merancang percutian dan life mereka.

Ada yang bertanya pendapat aku pasal perubahan takwin tersebut.

Sunday 19 April 2020

Sibukkan Diri Dengan Kebaikan Hingga Keburukan Penat Mengikutimu.

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat.

Aku share untuk tatapan di kemudian hari. Sebagai tonik diri saat aku jatuh, lelah diri.....lelas hati dan terasa ingin gagah berdiri kembali.

Ini mungkin sebahagian dari kisah kita. Cerita mungkin berbeza namun rasanya tetap sama.


Tekan READ MORE kat bawah ni

Saturday 18 April 2020

10 Negeri Di Malaysia Dikesan Paling Tinggi Penggunaan Google Classroom

Menurut data yang aku ambil di Google Trends pada jam 6.30pm 18.4.2020, 6 bandar di Malaysia menjadi antara bandar paling kerap menggunakan Google Classroom, perkhidmatan web percuma untuk kegunaan sekolah. 


Korang nak tahu negeri mana berada paling atas?

Sila klik ----> READ MORE kat bawah ni.

10 Bandar Di Dunia Paling Tinggi Penggunaan Google Classroom?




Menurut data yang aku ambil di 
Google Trends pada jam 6.30pm 18.4.2020, 6 bandar di Malaysia menjadi antara bandar paling kerap menggunakan Google Classroom, perkhidmatan web percuma untuk kegunaan sekolah. 

Ini Bukan biasa².
Ini luar biasa.

Korang nak tahu tak bandar mana paling awesome tu?

Sila teruskan pembacaan.

klik -----> READ MORE



10 bandar di seluruh dunia yang dikesan paling tinggi penggunaan medium Google Classroom.


Taniah orang² Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Gelugor, Sungai Petani, Klang dan Kota Bharu kerana berjaya meletakkan 6 bandar di Malaysia antara 10 bandar diseluruh dunia yang paling tinggi penggunaan medium Google Classroom.

You are awesome gasssss!!!

Well, korang dari bandar mana je? 
Boleh sharing dengan aku tak kat ruangan komen.

Aku harap dengan PKP yang berbaki, kedudukkan ini kekal istiqomah sehingga ke detik virus Covid-19 yang terakhir hidup dimuka bumi.

Imho.

-COACHAMIROFFICIAL-

Malaysia Ranking Pertama Penggunaan 'Google Classroom' Di Dunia Era Covid-19.


Virus Covid-19 ni sebetulnya banyak merubah tatacara kehidupan kita hari ini. 

Asbab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) virus Covid-19, cara mengajar dan belajar juga turut terkena tempias perubahan. Hal ini membuatkan ramai guru beralih kepada platform atas talian untuk memberi latihan dan menjalankan PDPC kepada pelajar.

Malaysia top one ranking in the world dalam penggunaan Google Classroom?

Amazing!
Biar benar!?

Tular Surat Balas Dr. Noor Hisham Kepada Kanak² 9 Tahun


Disebalik kesibukan dan kerisauan seorang ketua sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, namun masih mampu menyelit rasa kasih untuk seorang budak yang ingin berterima kasih. 

Syabas Dr. 
Anda seorang yang hebat.
______________________







Kuala Lumpur - ❝Terima kasih Lara di atas kiriman surat dan rantai tangan itu,❞ tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau yang terharu dengan bingkisan dan penghargaan yang diberikan itu mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun berkenaan.

Seperti biasa, Dr. Noor Hisham tidak mahu menerima sanjungan itu sendirian sebaliknya menyatakan usaha yang dijalankan sepanjang perang Covid-19 ini adalah usaha berpasukan.

Malah ujarnya, beliau bersyukur kerana dikurniakan sebuah pasukan yang hebat untuk membantu negara menghadapi pandemik ini.

Lelaki yang disenaraikan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menguruskan Covid-19 itu, turut memberi nasihat kepada Lara Khadijah untuk belajar dengan gigih supaya dapat membantu negara kelak.

Apa yang menarik, Dr Noor Hisham menandatangani surat tersebut sebagai kawan baharu kepada Lara Khadijah.

Terdahulu, murid darjah tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu itu telah mengirimkan sepucuk surat penghargaannya kepada Dr. Noor Hisham kerana berjaya memimpin pasukan pengurusan Covid-19 negara.

Surat comel bertulisan tangan turut disertakan sekali dengan seutas rantai tangan Loom Band sebagai tanda persahabatan

Surat yang dihantar oleh Lara Khadijah McAfee

Surat yang dibalas oleh Dr Noor Hisham

Menurut Dr. Noor Hisham, rantai tangan tersebut kini dipakai oleh cucunya dan dia menyukai gelang tersebut. -MalaysiaGazette

_______________________

Well, marilah kita renung² kan...kalau budak sekecil itu boleh berfikir dan boleh menghargai kelelahan orang lain kenapa ada segelintir orang dewasa yang lebih matang tak boleh nak berfikir dengan akal kewarasan.

Kasihanilah frontliners kita. Kekal diri kita dirumah. Jangan sesekali kita keluar tanpa urusan penting. Jangan langgar Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan jadi berok mat yeh gasss!

Cukup² la wei kita berPKP dari fasa 1 sampai fasa 3 sahaja. 

Mereput dah aku rasa duduk rumah ni banyak hari cenggini.

Korang tak rasa ke apa aku rasa? Kah!

#stayhome #staysafe #staykacak #kitajagakita #kitamestimenang

-#coachamirofficial-

Wednesday 8 April 2020

AKU | HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Aku tidak tahu mengapa saat ini aku ke sini.

Di blog yang bagaikan hidup segan mati tak mahu ni.

Dem!!!
_________________

Sunday 19 January 2020

S E P I

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


19 hari sudah berlalu untuk tahun baru (2020). 

Sebenarnya banyak benda aku nak kongsi cerita tentang rasa - cuma ntah dari mana bisa aku mula.

Mungkin tentang hobi baru aku - siri bercakap dengan kucing atau tentang kucing² aku yang beranak pinak, subur tak patut nauzubillah tu.

Mungkin tentang kerja (teaching dan coaching) - tak banyak berubah. Cuma ketulaan dan kefeedupan kian bersarang dalam diri - sendiri aku menyampah. 

Mungkin juga tentang kehidupan aku yang sememangnya kurang sweet berbanding air boba dengan ais milo kepal. Dem!!!

Mungkin tentang dunia politikus tanahair - bagi aku tiada satu pun yang best melainkan kebusukkan yang meloyakan era Malaysia Baru yang haru.

_________________

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.