Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 22 July 2020

Sisi 'gelap' Tedros, Pengarah WHO


Sejak tercetusnya wabak Corona Virus (Covid-19), sosok ini menjadi perhatian seluruh warga dunia.

Pengisytiharan cara siput sedut beliau ke atas wabak Corona Virus sebagai pandemik menjadi bualan warga dunia di media² sosial.

Bukan itu sahaja, tindakan² beliau dalam menangani penularan wabak Covid-19 seperti ada something yang cuba disembunyikan. Samatelah beliau bagaikan mesra China dalam mendepani wabak Covid-19 dan setiap tingkah tutur beliau canggung di minda warga dunia yang suka berfikir.

Ramai warganet cuba membongkar siapakah sosok Tedros ini.

Sisi 'gelap' Tedros, Pengarah WHO menjadi bualan warganet.
_____________________

Mungkin ramai yang hairan, mengapa Dr Tedros sanggup berkerjasama dengan Parti Komunis China dalam menyembunyikan wabak Wuhan Virus pada peringkat awal, adakah hanya kerana China memberi 'dermaan' kepadanya?

Mengikut maklumat yang admin jumpa di Internet, sebenarnya Dr Tedros juga merupakan seorang penganut ideologi fahaman 'Politik jauh kiri' (Far Left), iaitu Komunisme.

Benda ini boleh dilihat dalam parti politik yang disertai oleh beliau masa muda iaitu Tigray People's Liberation Front.

Cuba kalian tengok logo parti tersebut, jelas sekali parti itu menunjukkan persamaan yang begitu dengan ketara dengan logo Komunisme yang menggunakan Palu Arit sebagai simbol.


Semasa Dr Tedros dipilih sebagai Ketua Pengarah WHO pada tahun 2017, ramai rakyat  Ethiopia yang menangani petisyen untuk membantah pelantikan beliau.

Alasan yang dibagi oleh rakyat Ethiopia ialah ketika Parti Tigray People's Liberation Front memerintah negara Ethiopia selama 25 tahun, parti tersebut telah banyak menindas rakyat tempatan dan melakukan banyak kejahatan yang melanggar hak asasi manusia.



Pada tahun 2005 hingga 2012, Dr Tedros merupakan Ketua Kesihatan Persekutuan Ethiopia. Pada tahun 2008, negara tersebut mengalami wabak cholera, namun Dr Tedros gagal bertindak dan menyebabkan ramai penduduk tempatan yang mati akibat penyakit tersebut.

Pada tahun 2017 semasa pemilihan Ketua Pengarah WHO, ada berita yang menunjukkan sebenarnya Dr.Tedros menutup banyak kes Cholera di negara Ethiopia pada tahun 2006, 2009 dan 2011. 

Semua maklumat ini boleh dibaca dalam Wikipedia

Dr. Tedros juga dituduh 'gagal mengurus' dermaan sebanyak 1.3 Billion USD kepada kerajaan Ethiopia bagi membasmi penyakit di negara tersebut.

Mungkin ramai yang hairan mengapa WHO boleh melantik seorang yang begitu kontroversi dalam menjawat jawatan yang begitu penting di PBB.

Hal ini demikian kerana Parti Komunis China telah lama menembus perbadanan antarabangsa, bukan sahaja WHO, malah WTO, Bank Dunia, IMF dan sebagainya.

Pemilihan para pemimpin di perbadanan dunia kebanyakkan melalui undian setiap negara, dan China telah lama membuat hubungan baik dengan negara-negara dunia ketiga terutamanya negara benua Afrika, bagi memastikan negara-negara tersebut memberi undian kepada China dalam usul-usul penting di PBB, ataupun mereka menjadi proksi China di perbadanan dunia.


Ada penganalisis politik berpendapat bahawa Dr. Tedros menyembunyi keadaan sebenar Covid-19 pada peringkat awal kerana nak bagi peluang China menyapu banyak kelengkapan PPE seperti topeng muka, sarung tangan, pakaian pelindung dan sebagainya.

Di samping itu, negara barat² yang leka dengan covid-19 juga akan mengalami kejangkitan yang serius, sekaligus menjatuhkan ekonomi mereka agar negara AS tidak mampu lagi melakukan 'perang perdagangan' dengan China.

Malah China boleh membeli syarikat² barat yang hampir muflis tapi mempunyai teknologi canggih dengan harga yang murah.

Ramai negara seperti Jerman dan India berniat meluluskan undang-undang untuk menghalang China daripada membeli syarikat strategik negara mereka.

Ini juga menjelaskan kenapa negara² Barat terutamanya AS begitu marah dengan WHO dan mengugut akan menarik diri daripada pertubuhan tersebut yang sepatutnya bersifat adil dan neutral, bukan sebaliknya menjadi penyokong atau lidah Parti Komunis China.

Ini yang bahaya Komunis China dan juga admin selalu menegaskan, Komunis China hari ini tidak sama dengan Komunisme yang Malaysia lawan pada abad yang lalu.

Ramai ingat kita akan selamat selagi rakyat Malaysia tidak menyokong mana² pihak yang membawa ideologi tersebut, namun dengan propaganda dan 'politik wang' Komunis China dalam membeli dunia, natijah jahatnya juga akan dirasa oleh penduduk sedunia contohnya wabak covid-19 ini.


Berita petisyen membantah Dr. Tedros dilantik sebagai Ketua Pengarah WHO boleh diakses DISINI.

Petisyen rakyat Ethiopia membantah Dr. Tedros menjawat Ketua Pengarah WHO boleh dirujuk DISINI.



__________________________

Terpulang pada anda untuk menerima pendedahan ini atau tidak. Artikel ini bukan bersifat mandatori. Anda boleh sahaja mengakses sesawang² luar negara yang banyak memperkatakan 'sisi gelap' Tedros.

Anda juga mungkin suka untuk membaca artikel Dialog Aku & Bishop | Misteri Benedictine Order untuk berfikir dan merelatekan kejadian² yang berlaku didunia muktahir ini.


BACA BUDAYA PEMBEBASAN

Kebencian serta dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam telah termaktub di dalam Al-Quran.
Allah SWT berfirman:
Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka❞.

(Al Baqarah: 120)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
❝Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka❞.

Kami bertanya; ❝Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?❞

Beliau menjawab: ❝Siapa lagi kalau bukan mereka?❞

(HR: Bukhari & Muslim)




No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.