Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 30 June 2015

The story of life | Witchcraft

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Well,....sudah banyak lama aku tak berjimba² kat blog oren Diari Seorang Lelaki aku ni. Kepada yang sudi datang terjah tanpa jemu blog aku ni terima kasih aku ucapkan buat kalian semua.

Kalau tengok pada entry last bertarikh 4 Mac memang bersawang dah blog aku ni. Untuk tahun 2015 ni memang teramat slow untuk aku berblog. Apa tidaknya, dah masuk pertengahan tahun baru 5 entri mampu aku publish. Bukan takde cerita ceriti ceritu yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Berlambak duk ada.....tapi kesihatan diri membatasi aku untuk berkarya. Bukan semangat aku untuk berblog sahaja pudar tetapi untuk berkarya dalam bidang photography yang aku minati pun dah membasi. 

Masuk awal tahun ni aku jadi tidak punya semangat dan motivasi untuk melakukan sesuatu yang aku kira memberi aku kepuasan dan kebebasan. Bukan sahaja dekat blog ni aku mematungkan bicara. Dekat fb dan pages pun aku kaku tanpa bicara. Bukan itu sahaja,  aku juga bagaikan berkonfratasi dengan aku punya kerjaya. Mood jadi ke laut hindi tempat MH370 dikatakan terhempas tanpa jejak. 

Tetiba aku menjadi someone yang teramat luar dari kebiasaan.....bunyi macam pelik tetapi ia memang situasi yang benar. Banyak kemisterian yang membelenggu kehidupan aku muktahir ini. Hanya orang yang rapat dan terdekat dengan aku sahaja yang tahu apa yang terjadi pada aku. Apa yang aku alami....kesakitan apa yang membungkus diri ini. Kalau nak pikir dengan akal warass memang tak terjangkau akal ku dan akal mu.

Semuanya bermula pada penghujung tahun 2014 yang lalu. Merata riti ritu aku pergi berubat....dukun....bomoh.....ustak....semua aku terjah. Masa aku buat entri demi sebuah cinta yang lepas tu aku sebenarnya dalam kesukaran dan kesakitan. Tengah melawan 'sesuatu' yang dihantar mendiami batang tubuh aku. Nak tak nak....mahu tak mahu....aku terpaksa melawan sakit yang ada untuk kasi settle kerja yang duk ada masa tu. Walaupun dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat, aku gagahi jua diri untuk menampakan bahawa aku seorang yang segagah atomen tora malah lebih gagah lagi dari si hijau hulk.

Mesti koang tertanya² apa penyakit la yang duk melepak atas batang tubuh aku yang motel + sado ni kan? Aku nak merapu-meraban lama dah pasal ni.....tapi aku tak punya masa dan kekuatan untuk berbahasa. Ada yang bertanya why aku tak aktif berblog.....why aku tak aktif berphotography.....sesungguhnya ia bukan kehendak aku tetapi mood untuk berkarya itu seakan² 'koma' disebabkan kemisterian yang membelenggu batang tubuh aku. 


Foto: Ehsan lebai Goggle
SIHIR. Yup....sebenarnya aku telah di sihir. Siapa yang menyihir aku? Untuk apa tujuan dia menghantar sihir itu? Kenapa dan mengapa? Tiada la aku akan jawapannya....aku serah kan pada Allah SWT atas penganiayaan dan kezaliman yang telah 'someone' itu buat pada aku. Sudah la menganiaya sesama manusia pantas menyekutukan Allah SWT pula. Pakej 2 in 1 menjadi pilihan ke neraka....

Alhamdulillah.....sekarang ni aku dah semakin sihat. Tiada lagi sakit yang aku deritai seperti sebelum ini. Mood yang ke laut juga dah semakin menghampiri daratan. Mudah²an Allah pelihara.....lindungi dan bentengi aku dari orang² fasik dan zalim. Moga² Allah hancur luluh segala plan jahat orang² yang ingin berbuat jahat terhadap diri aku dan ahli keluarga aku. Mudah² juga orang yang menghantar sihir itu insafi atas perbuatannya dan kembali bertaubat sebenar² taubat. Harap lepas ni aku mampu sihat dan kuat walaupun tanpa minum Milo.

Sejak aku berulang alik berubat sakit yang ada ni.... sedikit sebanyak telah menambah keilmuan aku tentang hal² yang berkaitan dengan sihir dan alam jin. Bagi aku, sakit akibat di sihir ni hanyalah asbab semata.....Sebenarnya Allah SWT nak bagi aku sakit supaya aku ingat Dia....pantas aku berikhtiar lalu mempelajari ilmuNYA yang maha luas itu. Dia yang memberi penyakit, Dia juga yang menyembuhkan penyakit. 


Tentu korang tak percaya di zaman internet dah 4G pun masih ada lagi orang mengamalkan ilmu sihir. InsyaAllah.....andai ada kekuatan.....kelapangan dan ketabahan, nanti aku sambung story lagi pasal sihir yang di hantar kepada aku untuk pengkongsian ilmu bersama. Nanti aku story tentang sakit yang aku hidapi dan juga entiti² asing yang berlegar disekitar kehidupan aku. 

Aku harap korang bersedia untuk penyambungan kisah benar ini nanti.



Jazakallahu khairan khatira.

Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 4 March 2015

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #48

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu, para blogger akan up gambar tanpa entri untuk menerangkan gambar tersebut. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. Biar sahaja gambar yang berbicara. 

photo rembat google

Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari aku tukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Seorang Lelaki | Demi sebuah Cinta



Demi sebuah cinta | Di saat orang lain sedang keenakkan di tilam empuk aku pepagi lagi dah membasahi kaki dengan embun pagi. Di saat rakan² sepekerjaan bersantai dirumah bersama keluarga serta rakan housmate bersempena cuti pertabalan Sultan Terengganu, aku pula menzakatkan masa cuti hari ini membanting tulang di padang. Berpanas bawah terik matahari 32°c dan bermandikan peluh yang mengalir laju.

Aku tak menyesalkan pun dengan pengorbanan ini......semua ini adalah kerana minat dan demi sebuah cinta yang mendalam kepada 'kepantasan'. 'Kepantsan' yang sentiasa membuatkan aku berasa puas.


Aku buat kerana aku suka.....aku buat bukan mengejar nama semata². Aku lebih mengejar redha Allah Yang Esa berbanding redha manusia yang tak mungkin kekal lama. Aku sentiasa bertegas untuk ini lewat penulisan aku di blog ini, di pages Diari Seorang Lelaki mahupun dari tutur kata aku sendiri.

Kalau nak layan suara² sembang-sumbang yang berkumandang dibelakang memang tak akan berabisan. Selayaknya mereka dibelakang......di saat orang berjaya dan mara kehadapan. Pasal ni nanti aku story lain kali. Aku kena standby cili dan cabai bebanyak untuk ini. 

Well, temasya yang menguji kecekalan dan kepantasan tinggal lagi beberapa hari untuk 'ayam² tambatan' aku jejaki. Masa yang ada tak banyak bersisa. Segala ilmu, tektikal dan motivasi terpaksa aku humban berkoyan² agar mereka tidak hilang fokus dan matlamat dimedan perjuangan.

Aku cuba godek² web rasmi Universiti Sains Malaysia, cari kot² ada gambar 'kepantasan' aku di arena itu suatu ketika dulu, tapi nampaknya pencarian aku sesia. Nak kena godek album lama juga gamaknya.

Masa senggang yang ada ni boleh la aku beroline dan membebel kat sini. Sekadar bercerita apa yang aku rasa melalui bait² aksara sebelum matahari meredup semula dan aku dengan mereka ('ayam² tambatan') kembali ke arena. Aku selalu cakap pada mereka, bila berada dalam medan perjuangan jangan sesekali merasa gentar dan rendah diri. Yakin pada kemampuan diri sendiri dan juga pertolongan Ilahi......InsyaAllah, kejayaan pasti dimiliki nanti.

Kepada rakan² yang turun membantu dan memberi sokongan bebanyak terima kasih aku ucapankan. Mungkin ini kali terakhir keringat aku tertumpah di arena ini.

Ok la. Aku stop dulu membebel. Nak kacak² diri dulu. Lepas ni nak melawat kawasan sekejap. Cari ilham dan bekalan. 

Jazakallah.

Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Ulang tahun pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin



Ulang tahun pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin | Hari ni adalah hari cuti bagi seluruh negeri Terengganu bersempena dengan hari ulang tahun pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman.

Sultan Terengganu ni antara sultan feberet aku selepas Sultan Kelantan. Sebab apa aku suka Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu ni tak payah kot aku story panjang lebar kat sini, umum pun dah tahu bagaimana sosok mereka. Maybe pasal ni aku boleh story dilain entri.

Well, ke bawah duli Tuanku Sultan Mizan, patik dedikasikan lagu kat bawah ni untuk santapan halwa mata dan telinga Tuanku..

❝Allah Selamatkan Tuanku Sultan, Terengganu Darul Iman..
Allah Peliharakan Tuanku Sultan, Sejahtera Sepanjang Zaman...
Allah Daulatkan Tuanku Sultan, Memerintah Rakyat Aman.....❞
Semoga Negeri Terengganu Darul Iman terus mencapai kecemerlangan di bawah naungan dan pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

DAULAT TUANKU!




Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Biskut



First entri (mukadimah) setelah sekian lama aku menyepi dari dunia blogging, 'Biskut'...tajuk entri paling sedap aku kira (konon² la yer) untuk santapan minda kalian semua. 

Punya la aku tanya lebai google berkenaan gambar biskut paling ensem untuk entri 'biskut' ni....last² gambar kat bawah ni juga menduduki takta kornea. Aku rembat lelaju dari lebai google tanpa segan silu.



Aku pun tak pasti, sepanjang aku hilang dalam dunia blogging buat seketika adakah blog oren aku yang menyakitkan mata ni masih lagi tegar memberi ilmu seteguk dua buat para musafir yang singgah berkelana, atau.....ia turut juga sepi macam aku yang terkadang dibadai sunyi (ayat jiwang tak boleh blah siot!).

Banyak sebenarnya aku nak bercerita ceriti ceritu kat blog aku yang ohsem ni untuk dikongsi bersama kalian pembaca yang setia, tapi masa yang ada tak terkejar dengan hela nafas yang aku punya (ayat stereotaip-padahal aku malas nak menaip...HaHaHa!!)

Last entri aku sempat tepek sini pasal kisah seram suam² kuku...entri yang konon² nak menakutkan korang yang datang terjah sini tak kira waktu. Kasi misteri dan mistik sebelum aku hilang.......hilang ilham, hilang idea dan hilang masa untuk korang semua...HiHiHi!

Apa perkaitan aku dengan 'biskut'? Ada apa dengan 'biskut'? Sebenarnya takde mende² pun yang spesel antara aku dan  biskut. Cuma kawan aku cakap, aku berbelog macam biskut.....kejap ada kejap takde. Nasib baik dia cakap aku macam biskut, sedap la juga kan......Kalau dia kata aku ni hangat² tahik ayam candu macam mana, mesti busuk dan buruk rupa gamaknya....HaHaHa! 

Macam aku cakap kat perenggan yang ke-4 dalam entri ni la (sila skrol atas balik), untuk peranggan yang ini bukan ayat stereotaip tau tapi betul²....InsyaAllah, nanti aku listkan cerita ceriti ceritu yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Macam² mende mak nenek aku nak berkongsi rasa, tapi korang kena banyak² bersabaq. Sebab sabaq itu cantik. 

Tapi kan....sebetulnya aku banyak berkongsi rasa, berkongsi jiwa.....berkongsi apa² sahaja terlintas diminda dekat pages Diari Seorang Lelaki yang aku punya. Kepada korang yang belum like lelaju page aku yang super sunyi tu boleh la kot terjah sana like laju². Jangan lupa invite tok penghulu dan orang kampung korang sama.

Well....Alhamdulillah, bermula dari semalam aku dah mampu untuk berjalan.......berjalan ke blog² (blogwalking) rakan blogger yang sentiasa mencetus fenomena kekaguman dalam diri aku atas daya usaha serta kerja buat mereka dalam dunia blogging Malaysia. Ada beberapa senarai nama dalam pale hotak aku ni.....nanti la aku cerita pasal mereka neh.

Aci tak aku nak stop menaip?. Tak perlu kot aku taip pepanjang lagi. Nama pun entri mukadimah kan. Ni pun aku kira dah panjang lebar untuk korang hadam. Insyallah, nanti aku berstory lagi kat belog ohsem (ayat poyo) aku ni lain kali.

Kepada korang yang sudi singgah sini aku ucap bebanyak terima kasih atas sokongan dan dokongan korang semua. Harap isi blog aku ni dapat memberi 'sesuatu' buat korang. 

Buat 'kamu', terima kasih kerana tak jemu bertandang ke sini saban waktu.. 

Jazakallahu khairan khatira


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.