Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 31 January 2010

PTPTN


Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Negara



Aku tak tahu idea kepala otak aku ni boleh diguna pakai atau tidak, Namun untuk kebaikkan khalayak apa salahnya kita mencuba....Yang baik biarlah dikongsi bersama, Yang buruk biarlah aku seorang yang terima.



Ditengah-tengah kegawatan 'poket' yang kian meruncing yang tempiasnya semua orang kena. Aku kira, bukan aku sahaja yang menempuhinya,tidak aku seorang yang merasai akan peritnya, apa kata kita bersama plan 'sesuatu' yang bermakna....Tersentuh merah sekeping hati aku, Nun jauh di hujung desa sana....Ada perut-perut yang di ikat sekian lama, Semuanya kerna 'kesempitan sebuah kehidupan'. 






PRU13 semakin bertandang datang, buat semua mahasiswa/siswi serta bekas-bekas graduan, Apa kata kita tuntut satu manisfesto (janji) dari parti-parti politik agar memansuhkan kos perkhidmatan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara-kalau tak silap aku la...) atau ubah 'pinjaman' PTPTN kepada biasiswa. Parti mana sanggup membela kita, nanti kita beri undi pada mereka. Bersama kita perjuangkan 'hak' bersama. So, apa tunggu lagi...gunakan kuasa yang ada dijari. Biar kita pula yang demand dan 'besar kepala' dengan mereka.



Jika ada 'cinta' dihati mereka, pasti mereka akan membantui kita.



Friday 8 January 2010

CERITERA CINTA

Episod Pertama [Intro]

CINTA..................satu perkataan yang mahal tarifnya maha benar. Setiap insan yang mempunyai jiwa dan perasaan pasti akan merasainya,lantas ingin menikmati akan kemanisannya......teruja untuk memiliki dan mendakap cinta, agar hidupnya betah diwarnai ceria dan gembira. Rasa mencintai dan dicintai senantiasa menjadi pengharapan dan impian setiap yang bergelar insan.

Teringat aku pada sebuah ceritera cinta. Kisah cinta yang luhur dan tragis, penuh dengan rona-rona ceria dan luka. Segalur kisah panjang tentang kehidupan-percintaan, kisah dua jiwa. Antara Adam dan Hawa...Bertemu mereka atas anugerahNya,Berpisah kerna takdir yang Maha Kuasa. Antara mereka tiada sengketa,Namun....apalah daya untuk menghadang tsunami yang membadai. Lalu berselerakkan istana bahagia yang dibina, Punah segala impian dan harapan. Bersama sisa-sisa cinta yang masih dijiwa, ditempuh jua kehidupan di fana dunia walau sepi dan sunyi seringkali menemani diri .....

(bersambung pula)

CERITERA CINTA

[Kisah Bermula]

Di hari yang damai, di pagi yang permai......aku menginjakan kaki ke sekolah baru. 1994 pertengahan bulan Jun, bermula episod baru dalam diari hidup aku sebagai seorang pelajar baru, ditempat baru...suasana persekitaran serba baru buat seorang aku.

Seusai membuat pendaftaran dan segala apa yang patut,aku telah dibawa oleh seorang guru menuju ke sebuah bangunan yang aku kira masih baru bercat, terdapat sebuah mural didindingnya. Halus seni buatannya, tentu sekali orang yang menghasilkan karya tersebut seorang yang teliti dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.....Sampai di bangunan tersebut aku telah ditempatkan di sebuah kelas, tertera di pintu kelas ”Selamat Datang ke 4 Sains 2”....kelas 4 Sains 2 adalah campuran antara mata pelajaran sains dengan teknik. Mata pelajaran Biologi di ganti dengan lukisan teknik (kelas yang bakal mencipta bakal arkitek la kot)....Maka bermulalah episod baru aku di sini...

Hari pertama aku di SMPC berjalan dengan lancar dan teratur, walaupun sekolah ini tidak besar dan hanya terletak di pinggir bandar namun segala kemudahan yang ada setanding dengan sekolah-sekolah elit yang lain, sesuai dengan persekitarannya sebagai gedung ilmu. Berkonsepkan intergrasi ilmu dengan alam. Pepohon rendang mengapit sekeliling, meredup dan mengindahkan kawasan sekitar. SMPC adalah salah sebuah institusi pengajian yang boleh dikatakan punya kreadibilti dalam melahirkan ramai tokoh terkemuka dalam negara, namanya kini gah dan mashyur seantero Malaysia, setanding dengan Sekolah Menengah Alam Shah, MRSM dan lain-lain sekolah yang sebaris dengannya. Bukan calang-calang pelajar yang mampu masuk ke sekolah ini, dan aku adalah sebahagian darinya kini.........

Aku ditempatkan di Asrama Putera nun berada dihujung padang sana. Hanya padang yang memisahkan Asrama Putera dengan Asrama Puteri. Semua pelajar tinggal di asrama, tiada seorang terkecuali, lagi pun semua yang datang ke sini bertebaran dari segenap negeri, walapun ada dari kedaerahan ini mereka juga tidak terkecuali, mesti tinggal di asrama, baik Putera mahupun Puteri. Apa alasan sebabnya aku pun tak ambil pusing sangat, bukan urusan aku.

Sesi suai kenal antara aku dan lanskap sosio-budaya warganya sudah pun berlalu. Namun begitu, konsentrasi aku terhadap asimilasi siratulrahim terencat kerna bayang-bayang seraut wajah itu masih segar dan hidup di minda aku.... meninggalkan sebungkus persoalan di hati yang aku sendiri tiada jawapan yang pasti...............Bentuk apakah kegilaan ini.........

(* bersambung)

CERITERA CINTA

[Hadir Bersama Rindu]

Sepetang yang mendamaikan. Langit cerah kebiruan.......beburung bebas berterbangan....Sedangkan aku disudut kehidupan ini berperang dengan perasaan. Masih berbicara pada diri, masih menyoal pada hati.......Demi seteguk ilmu, terlantar aku di kedaerahan ini. Kedatangan aku tanpa berteman. Berbekalkan wang yang Ummi berikan sebanyak dua ratus ringgit.......aku uruskan sendiri segala-galanya, aku pun malas nak menyusahkan sesiapa......Biarlah.......Biar aku berdikari, belajar untuk mengenal erti hidup ini. Jalan ini yang aku pilih, mengapa perlu aku merintih-bersedih........... Lagipun Ummi perlu uruskan adik-adik yang masih kecil. 

Sejak dahulu lagi sememangnya aku suka bersendirian-tanpa teman. Aku tak pernah inginkan hidup begini........................... Damaikah aku? Tiada jawapan pasti. 

Langit kirmizi kian berubah wajah. Malam yang bertandang kian mencengkam sepi hati. Sudah hampir lima bulan aku disini. Tidak banyak yang berubah......pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Teringat aku peristiwa itu, ketika itu...sedang aku menuju ke pejabat pentabiran untuk mendaftarkan diri pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke sini seraut wajah itu melemparkan sekuntum senyuman penuh makna. Senyuman yang akan mengubah persepsi aku terhadap sebuah kehidupan yang dipinjamkan. Lirikan mata yang disusuli senyuman yang membelai pancaindera, lantas membuatkan peredaran merah darah aku menjadi semput secara tiba-tiba......gerangan apakah gelora ini di dada, membungkam seribu satu rasa yang kian mengasak jiwa...seraut wajah....seulas manis senyuman dan searca lirikan mata, bertamu ia diminda dan dijiwa buat seketika......Tak pernah tergerak walau seinci naluri lelaki ku untuk menjejakinya. 

Aku betah begini. Berdoa dan berharap agar aku akan bersua lagi dengannya...... lantas bersama duduk bicara tentang hakikat sebuah kehidupan, tentang kebesaran Tuhan...hati dan perasaan.................................................

(* bersambung lagi....hampeh...)

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.