Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 28 September 2013

Jawatan kosong untuk diisi segera

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Kepada yang tengah pening kepala sebab harga minyak naik dan harga barangan serba mahal sekarang ni tetapi kerja buat belum ada lagi maka adalah WAJIB untuk anda baca sampai khatam entri ini.

Anda yang dah kerja tapi cuba2 nak mengubah selera dan cari pekerjaan yang lebih best dan cool pun boleh juga baca dan usya jawatan kosong yang ada kat bawah.

Jawatan kosong ini memerlukan pengisian dengan kadar segera kepada mereka2 yang berminat dan mempunyai kelulusan seperti yang dinyatakan dalam syarat2nya. Gaji memang super lumayan.

Universiti Teknologi MARA mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM (Perak), Kampus Tapah Fasa 2/Kampus Sri Iskandar.
  1. Pegawai Tadbir
  2. Pustakawan
  3. Pegawai Psikologi
  4. Pegawai Kesatria
  5. Pegawai Perubatan
  6. Penolong Pegawai Sains
  7. Penolong Pegawai Tadbir
  8. Penolong Pegawai Kesatria
  9. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  10. Penolong Pegawai Perubatan
  11. Jururawat
  12. Penolong Pegawai Farmasi
  13. Juruteknik Komputer
  14. Setiausaha Pejabat / Pembantu Setiausaha Pejabat
  15. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  16. Pegawai Khidmat Pelanggan
  17. Pembantu Pemuliharaan
  18. Pembantu Perpustakaan
  19. Pembantu Kesatria
  20. Pengawal Keselamatan
  21. Pembantu Perawatan Kesihatan
  22. Pembantu Am Pejabat
Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM (Perak) dengan klik pada UiTM Perak atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Perak), Kampus Sri Iskandar. 

Anda boleh baca maklumat lanjut di website UiTM PerakTarikh tutup permohonan pada 7 Oktober 2013.

Jadi, kepada pencari2 pekerjaan boleh la terjah laju2 360km/j website UiTM Perak. Dah baca tu tolong la sebarkan dan maklumkan kepada ahli keluarga, sanak saudara, ketua kampung dan orang2 kampung seluruhnya berkenaan iklan jawatan kosong yang sungguh best ini.

Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat buat semua. 

Jazakallah.

p/s: dah share tu jangan lupa kredit utk blog abg long ni. Nak kopipaste pun dialu-alukan. Sharing is caring!

kredit photo: lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 27 September 2013

Isteri Mat Yo tak patut mohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Adakah kes video hot isteri Wak Yo dengan pengawal keselamatan itu bakal merencatkan kelincahan Wak Yo di padang dalam kempen piala Malaysia nanti? Nantikan perlawanan suku akhir malam esok antara JDT vs TRW.  [iklan tak berbayar]
Bak kata orang2 lama, "fikir dulu sebelum buang".....Oppssssssss....silap, "sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan binasa" sebetulnya. 

Sebelum kita buat sesuatu perkara tu fikir dulu, timbang dulu baik buruknya. Tak semua manusia sempurna tapi tak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan. Apa yang dah berlaku tu ada hikmahnya, DIA bagi sesuatu ujian tu bukan saja suka2....bukan untuk menaniaya hambanya.

Bagi abg long, memang wajar la isteri Mat Wak Yo memohon maaf atas sikap terlampau beliau tu. Tapi, jika baca statement pemohonan maaf beliau tu abg long rasa janggal dan pelik pula. Bagi abg long beliau tak sepatutnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Yang sepatutnya beliau mohon maaf adalah pada pakcik Azman pegawal keselamatan yang beliau hina dan terajang celah kangkang tu. Itu yang sebetulnya.

Beliau kata beliau juga tahu menghormati orang tua memandangkan beliau pernah kehilangan ayah ketika berumur 12 tahun lagi (abg long bersimpati dengan kenyataan ini dan takziah diucapkan buat beliau). Tapi, apa yang wujud dalam video hot itu tidak mengambarkan apa yang diperkatakan. Bagi abg long, kenyataan tersebut tidak lain tidak bukan semata2 bertujuan reverse psikologi dan simpati.

Maaf cakap, ramai lagi yang kehilangan ibu bapa namun masih tetap pandai dan reti menghormati orang tua. Yang kes beliau memanggil seseorang 'anjing' itu apa pula? Adakah itu berpunca dari orang lain juga bukan dari diri beliau sendiri? Baca SINI kes 'anjing' itu.

Isteri Wak Yo juga kata beliau tak terlintas nak menyaman pengawal keselamatan terbabit dan tak tahu pun tentang peguam yang dilantik........Statement apakah ini?? Beliau tak tahu atau buat2 tak tahu? Mana mungkin peguam itu sesuka suki pankreas melantik diri sendiri tanpa memaklumkan kepada beliau dan meminta persetujuan terlebih dahulu.....Jika ini benar maka incik peguam itu boleh diibaratkan lebih sudu, seduk...sudip dari kuah. Kalau abg long jadi incik peguam itu, abg long akan lari laju2 360km/j lalu terjun lombong....HeHeHe...

Well, bagi abg long yang cetek ilmu undang2 ni apa yang patut isteri Wak Yo ni buat ialah menarik balik laporan polis terhadap pakcik Azman serta memohon maaf kepada pakcik Azman dan bukannya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukan susah pun nak cari pakcik Azman ni, dah tahu mana tempat beliau cari rezeki kan?

Well, Allah swt buka aib kita mungkin ada sebabnya.....Mungkin Dia rindu nak dengar suara kita hambanya dalam setiap titipan doa. Husnuzon!

Pesan untuk diri, pesan buat semua.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 26 September 2013

Surat terbuka buat Dato’ Najib.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dato’ seri.. 

Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih

Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin




Nota:
  1. Sangat ohsem karangan surat terbuka beliau ni. Penuh dengan prinsip ke-5 rukun negara.
  2. Amacam?? Anda rasa PM baca tak surat dari Siti Hajar binti Aladin ni?
  3. Rasa2 PM dan barisan menteri beliau nak ke merealisasikan dan meraikan hasrat Siti Hajar binti Aladin ni?
  4. Apa kata kita perbanyakkan surat cenggini agar PM dan menteri2 lain tidak lena disinggah sana sehingga melupai keluh kesah rakyatnya.
  5. Anda ada cadangan dan komen? sila terjah laju2 di ruangan komen bawah sekali.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Isteri Mat Yo Trending

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Nampaknya warga tanah melayu sekarang ni dilanda 'demam' Mat Wak Yo. Apa tidaknya, semua laman sesawang trending isteri beliau. Memang femes abis la. Lepas ni geng2 dekat ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) boleh la kot fikirkan satu kategori anugerah baru  dalam acara gilang gemilang tersebut....HeHeHe...

Lepas layan smallville tadi ingat nak tido coz esok akan memulakan kayuhan ke negeri serambi mekah, tapi atas sebab2 tertentu tak terlayan pula mata ni lena. Sementara mata jadi ketat yang amat abg long godek2 la blog....Mana tahu kot2 ada komen yang perlu diapprove dan direply....sambil2 blogwalking baca blog rakan2...

Terkezut gak bila masuk dashboard memula tadi.....stats overview menunjukan entri yang berkurun tentang isteri Wak Yo menjadi high pagesview. Cerita lama juga yang menjadi kesukaan untuk dibaca khalayak. Apa pun terima kasih la yer yang sudi terjah entri tersebut. Anda memang awesome (ayat mengayat baikkkk punyeee....HiHiHi)

Bila abg long tekan traffic sources, check search keywords...ternyata benar ramalan dan firasat abg long. Isteri Wak Yo memang menjadi trending warga tanah melayu. Walaupun kes perang mulut itu telah berlaku hampir sebulan yang lalu ternyata semua orang begitu teruja dengan isteri Wak Yo yang comei dan dikatakan kerabat tu.

Kenapa? Tak percaya? Meh sini nak bagi pencerahan. Anda tengok je kat bawah ni. Ini betol2....bukan cobaaaaannnnn!. Ramai betol peminat isteri Wak Yo yang terterjah blog abg long rupanya.



U see....semuanya pasal isteri Mat Yo. Takde sorang pun yang search keywords Amir Aiman Akashah atau Digital Raudhah Photography atau Diari Seorang Lelaki. Nampak sangat ramai yang pilih kasih dan diskriminasi gender.....Ketidakadilan sejagat!....Rasa nak bawa diri macam si Roy Gila-gila Remaja pun ada dah rasa ni.....HeHehe....sabaq ja la....

Tapi takpe, abg long ni bukan spesis hidupan darat yang retis dan gedik bagai.....Tak pentingkan sikit pun populariti murahan lorong2 chow kit road.....HaHaHa....

Tapi disebabkan ramai sangat yang tercari dan mencari perihal isteri kepada Wak Yo yang hebat mengawal bola dipadang tu maka dengan ini secara suka rela abg long cuba la menjawab persoalan2 dihati khalayak yang duk search tu. Tak banyak sikit pun orait la yer....

Nah, ini la wajah isteri Wak Yo yang menjadi trending. Nama isteri Wak Yo ni Siti Aisya Adam


Tak clear? kenapa gambaq ni blur itu kena la tanya lebai google...HiHiHi....
Kat bawah ni pula gambar Wak Yo dan isteri. Sungguh sweet dan romatik tahap boombastik ala2 telur dadar masak bistik. Nak tahu telur dadar masak bistik macam mana boleh mesej abg long...HiHiHi...


Apa la lebai Google ni, semua gambaq isteri Wak Yo jadi blur......boikot ke apa??? Tapi, layan je la erk....ahaks3
Anda dah tengok belom fans Wak Yo ciptakan lagu untuk beliau sebagai moral support. Jika anda mengingikan hiburan tahap cipan boleh la tekan tetikus pada perkataan video.

Nak baca surat cinta yang isteri Wak Yo dapat boleh baca web INI <----- sila klik. Nak layan Video HOT isteri Wak Yo sila terjah laju2.

Dengar cerita kes perang mulut dan kuasa tendangan celahan kangkangan oleh isteri Wak Yo keatas pakcik pak guard kini menjadi kes polis dan tunggu untuk dihadap ke muka tok hakim. Masing2 ada hujah....jadi, selamat bercakaran di medan keadilan buat mereka dan keluarga mereka.

Khabarnya ada seorang hamba Allah itu telah bersedia  untuk menjadi peguam bela secara percuma kepada pakcik guard Azman bin Md Nayan itu.

Diberitakan juga bahawa ada dua orang lawyer sudi jadi lawyer pemerhati yang akan duduk dalam mahkamah nanti di kerusi awam untuk follow perjalanan kes tersebut.

Cuma pesan abg long, jangan pula nanti 'kalah jadi ibu abu (bukan nama sebenar), menang jadi arang'

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 25 September 2013

Fans cipta lagu khas untuk Nor Shahrul Idlan Talaha (Wak Yo)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sekadar gambar hiasan
Nama Wak Yo (Nor Shahrul Idlan Talaha) dan isterinya Siti Aisya Adam kini menjadi trending. Femes baq ang......sampai fans pun sanggup cipta lagu semata2 nak tunjukan rasa 'kekitaan' terhadap Wak Yo. Memang salute tabik spring toing toing toinggggggg la dengan fans yang hati tisu macam gini.

Memang kreatif......kelakar pun ada....gelak kaw2 abg long nonton video yang boleh dikategorikan ketiga hot melibatkan Wak Yo dan isterinya. Paling hot video yang INI. 2nd video hot yang INI

Apa pun meh ler kita sesama berhibur dengan lagu 'Kami yakin Mat Yo tak salah' yang diciptakan khas oleh fans untuk Mat Wak Yo. Abg long rasa la kan, tentu Wak Yo pun tengah senyum sumbang sambil kembang kempis lobang hidung akibat rasa terharu tahap dewa dengan sokongan dan terciptanya lagu ni.

Rasa2 boleh berada tempat teratas carta era tak? Lepas menonton sila jangan lupa untuk meninggalkan komen. Mungkin anda ada idea untuk penambahbaikan terhadap video ini. 


Amacam? Best dan terhibur tak? Kalau anda rasa tak terhibur bermakna anda memang spesis  tak menghargai seni.....HeHeHe...

Memang Wak Yo tak salah, yang salah adalah isteri beliau........tapi adakah benar Wak Yo tak bersalah langsung dalam kes tersebut? Kalau tengok video INI Wak Yo selamba blue hyppo je biarkan wife beliau 'membodohkan' dan 'mendayuskan' seorang pakcik guard. Sikit pun tak berperanan untuk mententeramkan emosi wife beliau yang kemungkinan dirasuk belaan kak Limah tika itu. Ke anda rasa bagaimana?

Tapi takpe la yer.....masing2 punya cara, masing2 punya kepala dan masing2 punya selera......nak menyanyi ke....nak melalak ke......hentam aje....lagipun kes ni dah pun menjadi kes polis. Tunggu sahaja siasatan pihak polis macam mana dia punya jalan cerita.

Cuma abg long nak pesan la sikit, tak salah sokong.....jangan sokong yang membawa rebah sudah. Satu planet bumi ni dah pun tonton video perang mulut tu. Bukan sahaja khalayak tanah melayu dan fans JDT sahaja tengok, kemungkinan juga video tersebut telah ditonton oleh Van Persie dan Messi. Nak kata apa lagi??? HiHiHi

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.....Sekian peribahasa untuk hari ini. Selamat beramal buat semua.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Nor Shahrul Idlan Talaha | Surat Cinta Untuk Isteri Beliau

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Surat cinta
Akhirnya, laporan polis dibuat juga oleh pakcik Azman keatas isteri Mat Wak Yo (Nor Shahrul Idlan Talaha). Rasanya isu tersebut dah pun dihadam oleh seluruh khalayak Tanah Melayu bilamana video hot berkaitan eksiden itu telah tersebar meluas dilaman2 maya.

Kepada yang belum menonton aksi video hot tu anda boleh tekan Video Hot Isteri Mat Yo vs Pak Guard

Dalam video susulan kejadian eksiden berperang mulut antara beliau dengan isteri Wak Yo (klik video), pakcik Azman masih belum membuat sebarang laporan polis. Namun atas dasar keselamatan beliau telah pun membuat laporan polis.

Abg long ada call pakcik Azman sebentar tadi untuk membuat pengesahan tentang laporan polis yang beliau buat yang kini berlegar2 di muka buku. Beliau mengatakan laporan itu dibuat adalah bertujuan untuk keselamatan diri, keluarga dan juga kerjaya beliau. Kira macam backup untuk masa2 mendatang, apa yang berlaku kemudian hari kita tak tahu kan? Jadi, molek benar la jika pakcik Azman buat laporan polis tersebut. Selepas kejadian perang mulut tu isteri Wak Yo telah pun membuat laporan polis terhadap pakcik Azman.

Hmmmmm......itu baru nikah dengan Wak Yo kan....Kalau nikah dengan Van Persie tak tahu la apa cerita....HeHeHe...

Betul ke isteri Wak Yo tu 'kerabat'??? Law ada sesape tahu sila bagi pencerahan. Abg long tanya lebai Google tapi dia pun tak tahu....Hmmmmm....nampak sangat lebai Google tak updates keilmuan dia.....HaHaHa...

Abg long harap kisah ini menjadi tauladan buat semua. Jangan la kita menghina pekerjaan seseorang waima beliau hanyalah seorang pengawal keselamatan. Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Kalau boleh settle cara baik, elok la ia dibuat secara terbaik......selesaikan cara anak beranak. Ego memasing elok letak kat tapak kaki. Tak rugi pun buat mereka2 yang saling bermaafan.

Tapi, kalau ada juga yang nak bawa isu tersebut ke meja tok hakim terpulang la kepada selera memasing. 

Hidup kita ni bukan kita yang punya, tapi hak milik tetap DIA. 

Jazakallah.



Surat cinta: Sumber
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HOT! | Video panas yang melibatkan isteri seorang pemain bola sepak Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hot! Panas! Meletup! 

Video yang menjadi buruan dan carian tertinggi oleh warga media sosial sejak tercetusnya isu yang melibatkan seorang isteri pemain bola sepak Geng Harimau. Memang menjadi topik hangat isu video ni. Boleh kot dikatakan hot video in the year...kalah video hot kilafairy yang sebuk duk cerita perihal warna seluar dalam tu....HeHeHe...

Memula tu satu video telah diupload ke youtube tentang pergaduhan suam-suam kuku antara isteri pemain bola sepak tersebut dengan seorang pengawal keselamatan. Selepas sahaja video yang pertama berlegar-legar diruangan maya, hadir pula satu video bagi menjawab persoalan2 orang ramai asal mula kejadian video pertama itu berlaku serta luahan hati pakcik pengawal keselamatan tersebut atas kejadian yang telah berlaku.

Sebelum ni pun isteri pemain bola sepak Geng Harimau ni pernah menimbulkan kontroversi bila memanggil anjing kepada seseorang yang terlibat dalam pengurusan bola sepak negeri Kelantan dalam isu pemindahan suami beliau. Anda boleh baca SINI tentang isu 'anjing' tersebut.

Anda boleh tonton video pertama yang dirakam sendiri oleh isteri pemain bola sepak Harimau tersebut ketika beliau berkelahi dengan pakcik pengawal keselamatan kat bawah 
ni.



Kelakar jer bila tengok dan dengar.....suami beliau pula boleh jer tengok dengan selamba blue hyppo isteri yang tiap malam tidur sebantal bertegang urat dengan seorang yang berpangkat pakcik......dah macam budak2 jer isteri beliau tu abg long tengok....

Apa motif dan modus operandi isteri beliau merakam dan menguploud video versi sengal jiwa tersebut ke youtube? Bagi abg long la kan, sedikit pun tak memberi faedah dan dividen kepada diri beliau sendiri malah sikap beliau dalam video tu secara live telah mencemar duli nama baik suami beliau juga.

Kat bawah ni video susulan dari video yang pertama tadi. Tak tahu anak siapa la yang rajin bebeno pi interview pakcik pengawal keselamatan tersebut untuk mendapatkan pencerahan minda ekoran isu yang tercetus. Anda tengok dan dengar, lepas tu buat la penilaian sendirian berhad.



Buat masa ni tiada lagi pengesahan dari pihak isteri pemain bola sepak tersebut tentang video bergaduh mulut antara beliau dengan pakcik pengawal keselamatan dalam video tu. Tunggu la lepas2 ni. Pakcik tu dah pun buat penjelasan. Gerenti lepas ni akan ada pula video jawapan balas dari isteri Mat Wak Yo.


Kesian Wak Yo, sedih dia coz ramai sangat pakat duk kutuk isteri kesayangan beliau ekoran dari tersebarnya video HOT isteri beliau.
Kepada anda semua, jangan lupa amalkan prinsip ke-5 rukun negara dalam kehidupan. Hormatilah sesama kita terutamanya mereka yang lebih tua.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jazakallah.


Kredit video: Youtube
Kredit Photo: Lebai Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 24 September 2013

Bank Rakyat Jerteh + Dealer Produa Yamud Sdn.Bhd vs pemilik blog Diari Seorang Lelaki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Dah hampir sebulan permohonan loan kereta dibuat tapi sampai sekarang kereta tak juga nampak bayangnya. Macam2 alasan yang depa bagi.....bank kata macam gini....dealer pula pula konar itu ini....last2 abg long juga yang dapat darah tinggi...

Bank Rakyat, bank pilihan anda......macam termenyesal pula abg long menjadikan bank ni sebagai pilihan dalam urusan  sewa beli kereta  ke-2 untuk kali ni. 

Bila abg long call, staf yang handle permohonan abg long tu kata loan dah lulus, kalau loan dah lulus mana borangnya,  bagi je la abg long sign. Kalau tak buat cakap sahaja tak buat. Bagi tahu je apa masalah yang ada. Kalau gaji abg long bermasalah untuk teruskan permohonan tersebut bagitau laju2. Tapi nak kata slip gaji bermasalah untuk buat pembayaran loan tersebut takde pula.

Ini tidak, kita yang client ni pula yang terhegeh2 bertanya khabar....Buang masa, buang kredit, buang minyak tapi pi mai pi mai tang tu juga. Patutnya diorang jaga client sebab client yang bagi income pada company tempat diorang cari makan, tapi sebaliknya. Bila call macam2 cengkadak jawapan yang diberi.....suh emel slip gaji la....suruh faks salinan ic la....macam2! Berapa kali nak bagi semua dokumen tersebut??? Yang dah bagi sebelum ni mana pergi??? 

Kalau masalah tu bukan dari pihak bank, memang abg long terpaksa redha la dengan kelewatan yang terjadi. Ini sebaliknya.....Apa salahnya berkata benar....bagitahu sahaja client apa masalah yang ada, tak la client duk tertunggu-ternanti dan mendapat penyakit hati. Lepas berjanji...berjanji......masalah tak juga diberesi....Adoiiiiiiiii....macam gini punya staf pun ada...

Dealer Produa pun satu hal......berjanji itu ini......manis mulut bukan main lagi.....dah tahu stok tempat ang takde pas je la pada company lain. Company ang jual kereta tapi kereta takde, ada baiknya suruh company tu jual goreng pisang...ada juga faedahnya....

Sebagai salesman tak salah pun nak kejar sale....waima nak target untuk bonus tahunan sekalipun....Tapi sepatutnya hak client yang difikirkan paling utama.....kalau ang pas pada company lain yang ada stok ang boleh je makan komisen. Sikit pun jadi la, dah itu rezeki Dia untuk ang.  Tak payah la nak berjanji bagai....lepas seminggu seminggu....masalah? tak juga selesai....

Semalam dealer perodua tu call, bagitau yang no plat abg long tempah tu dah takde.....Adoiiiiiiii....bukan no HOT lagi retis pun no yang abg long suruh tempah tu, bukan kena masuk tender bagai....dah banyak minggu bagitau....sebelum ni pun sama jer alasan dan jawapan diorang. Kalau dah ang buat kerja last minit memang la tak smooth.....berapa banyak no dah bagi suruh depa tempah tapi semuanya menghampakan.

Abg long ni bukan pandai sangat dalam bab2 proses laon kereta ni, tapi kalau diorang nak kelentong memang abg long tak bagi jalan....Bila abg long cakap nak cancel loan dan nak amik kereta dengan company lain bukan main gelabah lagi diorang merayu mohon jangan batal loan dan tempahan. Fine!.....atas dasar perikemanusian dan bertimbangrasa sesama agama dan bangsa maka abg long bagi juga peluang terakhir buat mereka.

Dah bagi kata dua, jika sebelum 28hb nanti tak juga settle maka selamat tinggal romeo abg long ucapkan buat mereka. 

Sebab tu kalau angpa nak beli kenderaan, ilmu tu mesti ada.....takde la kena main buta2. Salesman dah janji, RM1200 untuk duit kopi.....RM1000 untuk hari guru punya saguhati......minyak full tank....tinted....Sila amik dengan dia, jangan amik dengan orang lain pula. Memang mantap janji2 manisnya.....

Abg long nak tengok janji ditepati atau janji dicapati. 

Hmmmm.....Tak pasal2 entri ni jadi edisi luahan perasaan. Ini semua salah Mek Su dan Basri! 
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

10 Gambar | Perkahwinan Fouziah Gous

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Baru tahu yang artis comei pemilik wajah seakan-akan anak patung ni dah pun selamat menjadi isteri orang. Sekarang ni abg long jarang nak mengadap tv, apatah lagi nak layan melodi...konon2 busy....ahaks3...

Tau kisah perkahwinan Fauziah Gous ni pun melalui laman sesawang INI tadi masa tengah layan blues sambil buat sedikit kerja yang tak pernah berhabisan...HeHeHe...

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Fouziah Gous dan pilihan hatinya, Md. Zhafran selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu lepas sekitar jam 9.43 malam. Majlis pernikahan merpati dua sejoli ini telah diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Cantik gambar2 yang dirakam oleh tukang gambar rasmi beliau. Moment dah memang cantik ditambah pula dengan hasil bidikan kumira yang kreatif maka ohsem la gambar yang terhasil. 










Taniah la abg long ucapkan buat beliau. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Semoga perkahwinan beliau diberkati dan dirahmati. InshaAllah.

Anda boleh lihat foto-foto yang dikongsikan menerusi laman sosial Instagram Fouziah sendiri oleh jurugambar rasminya di SINI.

Barakallah....
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 23 September 2013

Penyelarasan gaji bagi penjawat awam 2013/2014 Disember ini?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dapat berita ni melalui wassap (WhatsApp), memula macam tak nak percaya...tapi tang merah hati ni tetiba melonjak gumbira. Hilang la sekejap rasa HOT bilamana dengar menteri suruh kurangkan pengambilan gula bila kerajaan dah naikkan harga dia. Bukan apa, menteri kata, gula boleh menyebabkan penyakit diabetes.....Jadi, kurangkan pengambilan gula.....gula dah mahal wooooo.....Lepas ni sila pakat ramai2 beli susu pula sebagai stok sebab gula dah mahal....boleh?

Tidak dinafikan, teori kudus beliau tu memang ada realnya....Cuma, abg long rasa abg long pun layak jadi menteri jika setakat itu sahaja reason beliau untuk merasionalisasikan kenaikan gula....HeHeHe....

Oppppsssssss....ni yang malas nak menaip ni.....mula la merapu ntah kemana hala....HiHiHi....

Berbalik ke pangkal jalan semula - rakan sejawat yang link kan berita tentang penyelarasan gaji tersebut. Khabarnya orang KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) yang terlibat secara langsung sebagai panel mengkaji kenaikan gaji ini telah pecahkan berita ni kepada tuan tanah punya blog BeritaTerkini. Ntah yer ntah tidak kesahan berita ini....namun berita yang dibawa oleh angin sepoi2 bahasa ini telah menyebabkan ramai dikalangan penjawat awam mengalami penyakit senyuman manis mulai petang tadi.



"Wah............untung la jadi orang goment" (ayat stereotaip khalayak). Kenaikan ini tidak mengira sama ada orang goment itu pangkah BN or PR dalam PRU13 lalu namun mereka tetap naik gaji....kihkihkih.....Jadi, kepada anda semua yang tak kerja goment tu sila la jeles dengan orang2 goment ni yer.

Baru bulan Julai yang lepas orang goment naik gaji, tak kan naik lagi? Hmmmm.....ada yang cuba nak buat komedian maharaja lawak ke apa erk dengan berita kenaikan ini? 

Tapi, jika memang betul gaji naik alhamdulillah......jika sebaliknya pakat2 tepuk dahi la yer....yang pasti petrol, diesel dan gula dah pun naik....HiHiHi....Hmmmmm....apa lagi yang dah naik erk???

Orang yang kerja swasta apa cerita?? Ada berita tak untuk mereka?? Abah abg long kerja sendiri, buat kerja2 kampung pun naik gak.....dia naik pening dengan segala mak nenek yang dah naik.....HaHaHa....takpe, cukup bulan abg long cucuk and transfers....(◕‿◕)

Kalau khabar angin sepoi2 bahasa ini betul2 dan bukannya cobaan makanya boleh dah kot jika abg long nak buat kira-kira....HeHeHe...

Yer ke orang goment ni anak emas? Well, lebih baik jadi anak emas dari jadi anak ikan kan? kan? kan?....KiKiKi...

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 20 September 2013

Tips | Meramaikan pengunjung blog

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Fuhhhhhhhh! Hampir seminggu tak berfoya2 kat blog ni. Entri paling last cite pasal outing photog AON Grand Outing (cite pasal AON Grand Outing ni nanti abg long story lain kali yer). Blog kawan2 pun sempat terjah satu dua jer. Tetiba minggu ni jadi busy tak semena-mena.

Untuk entri kali ni abg long nak kongsikan dengan semua (sahabat2 blogger) bagaimana nak tarik pembaca terjah blog anda tanpa prejudis. 

Kalau tanya lebai google, bersepah tips2 bagaimana cara nak tarik pengunjung terjah blog. Macam2 versi...macam2 saranan yang duk ada.....jadi, segalanya bergantung pada diri memasing. Hendak seribu daya.....tak hendak sebab tak berdaya...ahaks3.....gitu?

Kalau hendak tentu la anda perlu berusaha bersungguh2 dan melipat gandakan usaha bukan?  Tapi bagaimana caranya?



Salah satu cara nak meramaikan pengunjung blog adalah dengan ping or link entri yang anda tulis tu dekat lama-laman sosial seperti muka buku, tagged, twitter dan yang sewaktu dengannya laju2 360km/j setelah satu2 entri anda siap tulis. Apa guna ada acc laman sosial jika anda tidak menggunakan fungsinya secara optima. Buang karan dan buang ringgit Malaysia orang kata...

Kat bawah ni antara beberapa pages yang anda boleh ping dan linkkan entri anda untuk orang ramai terjah baca.
  1. Geng Blogger I
  2. Geng Blogger Malaysia I
  3. Kelab Blogger
  4. Kami Blogger Comel
  5. Blogger Online
  6. Blog kite-kite je
  7. Kelab Wacana BloggerHolic
  8. Geng Blogger Malaysia II
  9. Geng Blogger Bersatu I
  10. Hotspot Blogger
  11. Lepas Geram, Kaki Blogger n GengDearHaniey
  12. Blogger Tak Perasan Cantik & Tak Perasan Hensem
  13. Geng Blogger II
  14. Blogger Area
  15. Blogger Informasi
  16. Rakan Blog
  17. Diari Sahabat Blogger
  18. Suka hati je buat blog
  19. Kawan Blogger
  20. Kami Si Blogger (Official) KSB
  21. Geng Blogger III
  22. Geng-geng blogger
  23. Sahabat Lulu Caldina
  24. Kami suka blogger
  25. Geng Blogger V
  26. Ex-Tream Blogger
  27. Geng Smart Blogger
  28. Geng Blogger Bersatu II
  29. Blogger-blogger
  30. Blog Pencinta Puisi
Well, cukup tak 30? Kalau tak cukup pepandai la anda terjah cari lagi. Hanya ini sahaja yang termampu abg long kongsi.

Blogger2 lama gerenti dah hadam dengan tips sebegini, yang baru dipersilakan try cuba test tips ini. Gerenti ianya dapat membantu meramaikan pengunjung blog anda. InshaAllah...

Selamat mencuba.

Jazakallah.

 
kredit photo: lebai googel

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.