Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 12 January 2013

Isteri Mat Yo bercakap pasal anjing

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Belum basi lagi rupanya kisah Mat Yo ni. Tadi kat muka buku ada terbaca satu entri print screen dari akaun muka buku isteri comei Mat Yo. Bukan main lagi marah dia pada 'anjing-anjing' yang telah memporak-perandakan mahligai keluarga dia.

Satu negeri Kelantan dimarahnya. Abis semua peminat dikatanya......Tapi 'anjing' tu dia tuju pada siapa? Tak kan pada Tan Sri Anuar Musa pula kot....Gila meroyan juga isteri Mat Yo ni. Boleh tahan juga dia punya ayat.

isteri matyo gelar TSAM anjing
Sila klik untuk tumbesaran.

Kot ya pun nak marah guna la bahasa yang sopan. Hmmmm.....ada ke bahasa marah yang sopan erk? (sambil mengaru2 kan kepala yang tebal dengan kelumumur). Ketika ini akaun isteri Mat Yo tidak dapat diakses, mungkin sudah deactive.

Budi bahasa kan budaya kita. Kalau Dato' Rais Yatim tau ni mau lelas hati dia. Kemain dia buat kempen, last2 rakyat tak juga makan kempen yang dijalankan. "Buang boreh ja" kata beliau sambil menghentak-hentakkan kaki ke tanah....*jangan percaya, ini hanyalah imaginasi abg long...HaHaHa..

Penyokong dan peminat tak pertikaikan pun jika Mat Yo nak pindah menabur bakti ke negeri lain, adat la pemain bola sepak.....pindah randah macam orang nonmad itu biasa. Bukan kata Mat Yo, Cristiano Ronaldo pun pindah dari MU ke Real Madrid, R.Vaan Persie dari Arsenal ke MU, Safee Sali dari Pelita Jaya ke Johor Darul Takzim dan banyak lagi....Jadi, jika Mat Yo nak ke liga Nepal sekali pun takdak masalah. Cuma perpindahan itu biar la comei.....Biar la mengikut tatasusila dan tertib keluhuran undang2.

Bila cinta dah pundar dihati takkan nak simpan lagi.....Elok sangat la blah angkat kaki. Tak payah bising sana sini. Pergi je dengan lapang hati. Tapi perlu diingat.....hutang perlu dilunasi, jangan sampai bawa ke kubur nanti.

Pengurusan bola kat Malaysia ni dah macam budak2 main masak2. Indah hanya mimpi, realiti sangat menyakitkan hati.

Kes ini dah lama, Ibarat bom jangka....Luka berdarah kembali. Begitu la seadanya. Cuma ini adalah isu yang terlatest cuba disuarakan oleh isteri Mat Yo terhadap ketidakpuasan hati, limpa paru-paru, pankreas dan abdomen dalaman dia terhadap pengurusan dan pendokong The Red Worrior. Kisah sebelum ni elok baca kat SINI.

Apa pun abg long harap Mat Yo sukses dengan team baru beliau Johor Darul Takzim.....apakah itu Johor Darul Takzim? Team baru dalam liga super ke? Ala...........Johor Darul Takzim tu la......Manchester City Malaysia.....Barca pun boleh juga....Bintang Tiga? Belasah je.....Kenapa? tak percaya? Lihat bawah ni.

Oppppssss.....Bukan yang ini, tapi yang bawah ini...

Serupa TAPI tak sama
Siapa tiru siapa?
Ape kisah.....Ada duit, pangkat dan kedudukan
jalan daaaaaaaaaaaaaaa...HaHaHa

Kat Malaysia ini bukan sebab orang jahat ramai TAPI sebab orang baik tak buat apa-apa.

Barakallah fiikum.


Photo: Lebai goole

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Isk isk..kata2 sedemikian tidak layak dikeluarkn oleh seorg perempuan, moga2 dia bertaubat. :)

    Lor..sapelah yg buat logo tu..xde idea ke hape? ramai kot org yg terror graphic n sgt kreatif yg bole buat logo ni. APTB

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.