Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 5 January 2013

Selamatkah kita?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Saban hari ada ja berita ngeri berkaitan jenayah duk terpampang kat dada2 akhbar dan juga media eletronik. Kes buang bayi, kes bunuh, kes samun, kes rompak, kes rogol dan macam2 kes lagi duk ada. 

Nah...kat paper hari ni terpampang pula kes bunuh. Member baru ja dua hari sampai ibu kota nak cari kerja, dah menjadi mangsa penjenayah laknatullah pula....Angpa boleh baca SINI untuk kisah lebih lanjut.

Niat datang ibu kota nak cari kerja, tapi nyawa pula melayang dihujung pistol. Pelik pula rasanya, tak kan la penjenayah tu main suka suki ja tembak orang. Ke ni kes pelanduk dua serupa? Kalau betuilla kan, uiiisssssssshhh naya ja. Abg long penah dengaq la kan, orang duk kata, rupa kita ni kat dunia ada tujuh orang yang wajah seiras. Itu orang duk kata la, ntah ya ntah idak. Tapi kan, kalau la betul kan.....Cu angpa bayangkan.....kalau ada kes2 tak best yang melibatkan wajah seiras dengan kita macam mana? Orang lain buat sengal kita yang dapat faedahnya. Naya kan? kan? kan?

Harap2 muka abg long takdak la yang copy paste lagi.....Cukup cukup sudah la wajah ni hak milik mutlak abg long sorang.....bukan ohsem pun. Takut wei.....dunia ni dah macam-macam. Perikebinatangan dah melebihi tahap haiwan. Mungkin setan pun boleh geleng-geleng kepala kalau tengok sesetengah kejahatan yang manusia lakukan....Mungkin....Mungkin kan?

Bila dengaq kisah macam gini mula la nak keluaq rumah pun rasa gerun. Abg long musuh tu memang la takdak, cuma takut menjadi mangsa keadaan. Tapi, duk rumah sekarang pun belum tentu selamat gak kan?. Baru je tempohari rumah mak dan pak menakan kena pecah masuk. Habis hilang duit, handphone, laptop dan kamera dslr. Pasang grill, taruk solex dua tiga ketul bapak punya besaq pun depa umpil gak. Betul la apa yang cikgu2 duk bagitau "Di mana ada kemahuan disitu ada jalan". Memang para penjenayah ni akan usahakan gak sampai berjaya walau payah dan sesukar mana....Cikgu2 suruh praktik ke jalan yang lurus, depa pula praktik di jalan yang bengkang bengkok.....Otak kementot betul orang yang melakukan jenayah ni.

Undang-undang? Ntah la.....orang dah semacam dah tak gerun dah dengan undang-undang yang duk ada. Ke perlaksanaan undang-undang kat Malaysia kita ni macam sotong? Abg long tanya ja....Kalau depa gerun dan takut mana mungkin depa berani nak buat jenayah kan?   

Selamatkah kita? Kalau selamat lama mana ja? Bila abg long kata Malaysia aman tapi tak selamat mula la ada suara2 sumbang dan mulut longkang yang menidakkannya. Siap pula sat lagi suruh abg long pi duk luaq negara, toksah duk Malaysia. Serabai la layan manusia otat kementot macam gini...HiHiHi...

Kot mana pun, abg long rasa kita kena pakai hukum yang Allah SWT buat untuk kita. Hukuman DIA tu adalah yang terbaik. DIA Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana bukan? Yang manusia buat ni bukan sempurna mana, dah nama pun manusia....Tengok aje la kes rogol yang si perogol terlepas hukuman tu. Naya kan?

Selagi ada mangsa, selagi itu la wujudnya pemangsa. Hanya agama (islam) penyelamat umat manusia.

Barakallah fiikum.



Nota Diari:
Takziah buat ahli kelurga mangsa.

Photo: myMetro
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.