Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 20 January 2013

Siti Azma hidup dalam rumah kotak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Negara makin maju. Kejayaan pun dah banyak 'orang' kita capai....Dasar toksah cerita, kalau nak dihimpun-kumpul mau berbakul2 dasar kita dok ada. Semua itu adalah untuk kebajikan rakyat serata.

Tapi pelik gak, dalam 'orang ' kita sakan duk canang kejayaan namun masih ada lagi yang ketinggalan. Dalam pada kita mendada yang ekonomi kita teguh dipersada, warga merempat masih duk ada.

Kesian dan hiba teramat sangat bila baca keperitan hidup yang dilalui puan Siti Azma Mohd Zain, 34. Hanya rumah kotak yang menjadi tempat beliau berteduh dari panas dan hujan bersama dua anak tersayang. Rumah sentiasa digenangi air bila hujan turun akibat atap bocor. Manakala dinding rumah pula hanya diperbuat dari papan lapis terbuang. memang tidak selamat untuk diduduki.


Puan Siti Azma hidup dalam rumah kotak.

Bukan beliau pinta untuk jalani hidup sukar dan sulit sedemikian. Bukan beliau tidak berusaha. Namun, usaha beliau selama ini hanya dipandang sepi oleh 'orang-orang' yang berkenaan. 

Nanti akan ada yang kata, "Dalam kes Siti Azma kita perlu ikut prosedur".....Tapi adakah kita lupa, 'prosedur' tu kita yang cipta akan dia. Tindak bolehkah kita consider, ketepikan sementara soal prosedur dan kita pegang pada sifat kita yang berjiwa hamba. Membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Bukan baru beliau memohon bantuan. dah lama dah. Untuk sesetengah khalayak kita lebih timbangkan soal prosedur, sedangkan untuk mereka-mereka yang lain2 belum tentu lagi 'orang' kita guna pakai prosedur yang duk ada.

Puan Siti Azma Mohd Zain,

Kadang-kadang hidup saya benar-benar terhimpit, pernah kami terputus beras hampir seminggu. Anak-anak terpaksa menahan lapar, ada duit sedikit, kami beli sebungkus mee segera dan kongsi anak beranak.
Saya sedih apabila melihat anak kami sudah menjadi anak yatim terpaksa berhenti sekolah dan mencari pekerjaan bagi menyara kehidupan sendiri. Ibu mana yang sanggup lihat anak mereka tidak ada pelajaran, namun apakan daya, saya tidak berkemampuan
Tidak semua orang senang seperti kita. Tidak semua manusia mempunyai peluang dan ruang sepertimana kita punya.....Tidak seorang pun yang dilahirkan ke dunia ini ingin hidup berhiba. 

Ya, kita harus bersyukur dengan senang dan nikmat yang kita punya berbanding dengan apa yang insan2 seperti puan Siti Azma Mohd Zain ni ada. Namun, apakah daya usaha dan sumbang kita untuk masyarakat seperti beliau diluar sana.

Tepuk dada, tanya minda.

Untuk bacaan lanjut tentang kisah puan Siti Azma Mohd Zain angpa boleh tekan SINI.

Jazakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Kenapa prosedur? Nie hal manusia yang hidup macam nie, patutnya diberi tempat perlindungan yang boleh dipanggil rumah dan selamat

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.