السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Blog ni tempat abg long berkongsi cerita....berkongsi rasa, berkongsi ilmu yang bermanfaat (ilmu yg tak bermanfaat korang sila abaikan jika ada dalam blog ini). Blog ini juga medium untuk abg long berkongsi pandangan dan pendapat. Ia juga satu saluran untuk abg long berukhuwah fillah. Semua ini tercantum dalam satu kamus atmosfera dimana ia semata-mata untuk mendapat redha dari DIA.
Stop Blogging? |
Namun, seperti juga air di lautan, ada pasang dan surut dia. Begitu juga dengan ruang serta peluang untuk abg long bercanda di blog ini. Sayang memang sayang, namun apa daya kita untuk melawan takdir Ilahi. Usaha? Bukan tak berusaha, namun ruang yang ada seakan tidak memberi abg long peluang untu berdada lapang. Tak apa la, redha dengan apa yang termenjelma<----perkataan apakah ini?..HaHaHa..
Sejak akhir2 ini, seakan-akan kayuhan di blog semakin pelahan. Entri pun dah semakin lesu dan tak bermaya. Hari2 yang ada banyak dari tiada.....Ntah la....adakah ini satu kebetulan atau suratan? Atau...mungkinkah? *kabur......Sabar la duhai hati....Setiap benda baru itu ada awal dan akhiran dia. Hidup memang begitu bukan?
Stop blogging? Mampukah? Mau gatal tangan ni nanti nak menari2 kat keyboard ini. Atau segala idea yang ada tidak lagi mampu untuk abg long kongsi sesama kita. Perancangan DIA tentu sahaja yang terbaik. Betui dak?
Selama ni pun abg long berblogging bukan kerana nama....abg long berblogging kerana abg long suka. Ringgit Malaysia? Jika ada pun itu, ia tidak lebih hanya bonus buat seorang blogger.
Jadi, kenapa perlu abg long berhenti?....Memang abg long perlu berhenti. Banyak alasan dan penyebab untuk abg long berhenti. Jika abg long tak mahu, ia tetap akan berlaku. Bak kata Dato' Ct Nurhaliza, "Biarlah Rahsia". Jika abg long bagitahu bermakna ia bukan lagi rahsia. Betui dak?
Ke ada sesapa dikalangan pembaca dan sahabat2 yang rasa nak beli acc blog ni? HiHiHi.....Macam nak jual beli saham or perniagaan pula kan? KahKahKah.....HaHaHa....Gelak2 juga wei, abg long siyes nih! Kalau angpa tak caya angpa mai tengok lobang hidung abg long yang macam terowong Karak nih ha. Memang WAJIB kena berhenti blogging. Orang putih kata STOP BLOGGING.
Tapi mengapa abg long nak berhenti? Merajuk kah abg long dengan blogspot dot com? Putus harap dah ke dengan apa yang ada? Atau.............???. Biarlah rahsia na. HiHiHi.....
Ok la, stop sini dulu. May be entri ini entri yang terakhir untuk dilepakkan kat sini. Abg long kena siap2 berkemas. Kejap lagi abg long dah nak pergi. Nak bawa bersama 'dia' ke sana. Mudah-mudah 'dia' baik2 sahaja. Memang sedih. Tapi apa boleh buatkan. Harap sahabat2 dan pembaca semua happy gud lucky bila lepaking kat teratak abg long yang serba oranje ini.
Ingat, ambil yang perlu sahaja. Yang tak perlu sila abaikan. Cedok dan gali yang baik2 sahaja dari blog ini, yang tak baik tu angpa tinggal buat abg long la na. Tiada manusia pun yang sempurna. Tapi, rokok jenama Semporna memang ramai khalayak yang hisap....*tiada perkaitan...HiHiHi...
Ok la. Noktah dulu. Sudah cukup sudah.
Aci dak? ^_^ |
Jazakallah fiikum.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
TEerkejut...terharu,,tergelak..hahhaa
ReplyDeletejangan stop blogging naaa...murang seri dunia blog tnpa abg long..ahhahaa
terima kasih Lyeen De Syifa ats sokongan dan dokongan kamu buat blog abg long nih ^_^..terima kasih daun keladi
Delete