Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 19 April 2020

Sibukkan Diri Dengan Kebaikan Hingga Keburukan Penat Mengikutimu.

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat.

Aku share untuk tatapan di kemudian hari. Sebagai tonik diri saat aku jatuh, lelah diri.....lelas hati dan terasa ingin gagah berdiri kembali.

Ini mungkin sebahagian dari kisah kita. Cerita mungkin berbeza namun rasanya tetap sama.


Tekan READ MORE kat bawah ni

Saturday 18 April 2020

10 Negeri Di Malaysia Dikesan Paling Tinggi Penggunaan Google Classroom

Menurut data yang aku ambil di Google Trends pada jam 6.30pm 18.4.2020, 6 bandar di Malaysia menjadi antara bandar paling kerap menggunakan Google Classroom, perkhidmatan web percuma untuk kegunaan sekolah. 


Korang nak tahu negeri mana berada paling atas?

Sila klik ----> READ MORE kat bawah ni.

10 Bandar Di Dunia Paling Tinggi Penggunaan Google Classroom?




Menurut data yang aku ambil di 
Google Trends pada jam 6.30pm 18.4.2020, 6 bandar di Malaysia menjadi antara bandar paling kerap menggunakan Google Classroom, perkhidmatan web percuma untuk kegunaan sekolah. 

Ini Bukan biasa².
Ini luar biasa.

Korang nak tahu tak bandar mana paling awesome tu?

Sila teruskan pembacaan.

klik -----> READ MORE



10 bandar di seluruh dunia yang dikesan paling tinggi penggunaan medium Google Classroom.


Taniah orang² Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Gelugor, Sungai Petani, Klang dan Kota Bharu kerana berjaya meletakkan 6 bandar di Malaysia antara 10 bandar diseluruh dunia yang paling tinggi penggunaan medium Google Classroom.

You are awesome gasssss!!!

Well, korang dari bandar mana je? 
Boleh sharing dengan aku tak kat ruangan komen.

Aku harap dengan PKP yang berbaki, kedudukkan ini kekal istiqomah sehingga ke detik virus Covid-19 yang terakhir hidup dimuka bumi.

Imho.

-COACHAMIROFFICIAL-

Malaysia Ranking Pertama Penggunaan 'Google Classroom' Di Dunia Era Covid-19.


Virus Covid-19 ni sebetulnya banyak merubah tatacara kehidupan kita hari ini. 

Asbab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) virus Covid-19, cara mengajar dan belajar juga turut terkena tempias perubahan. Hal ini membuatkan ramai guru beralih kepada platform atas talian untuk memberi latihan dan menjalankan PDPC kepada pelajar.

Malaysia top one ranking in the world dalam penggunaan Google Classroom?

Amazing!
Biar benar!?

Tular Surat Balas Dr. Noor Hisham Kepada Kanak² 9 Tahun


Disebalik kesibukan dan kerisauan seorang ketua sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, namun masih mampu menyelit rasa kasih untuk seorang budak yang ingin berterima kasih. 

Syabas Dr. 
Anda seorang yang hebat.
______________________







Kuala Lumpur - ❝Terima kasih Lara di atas kiriman surat dan rantai tangan itu,❞ tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau yang terharu dengan bingkisan dan penghargaan yang diberikan itu mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun berkenaan.

Seperti biasa, Dr. Noor Hisham tidak mahu menerima sanjungan itu sendirian sebaliknya menyatakan usaha yang dijalankan sepanjang perang Covid-19 ini adalah usaha berpasukan.

Malah ujarnya, beliau bersyukur kerana dikurniakan sebuah pasukan yang hebat untuk membantu negara menghadapi pandemik ini.

Lelaki yang disenaraikan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menguruskan Covid-19 itu, turut memberi nasihat kepada Lara Khadijah untuk belajar dengan gigih supaya dapat membantu negara kelak.

Apa yang menarik, Dr Noor Hisham menandatangani surat tersebut sebagai kawan baharu kepada Lara Khadijah.

Terdahulu, murid darjah tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu itu telah mengirimkan sepucuk surat penghargaannya kepada Dr. Noor Hisham kerana berjaya memimpin pasukan pengurusan Covid-19 negara.

Surat comel bertulisan tangan turut disertakan sekali dengan seutas rantai tangan Loom Band sebagai tanda persahabatan

Surat yang dihantar oleh Lara Khadijah McAfee

Surat yang dibalas oleh Dr Noor Hisham

Menurut Dr. Noor Hisham, rantai tangan tersebut kini dipakai oleh cucunya dan dia menyukai gelang tersebut. -MalaysiaGazette

_______________________

Well, marilah kita renung² kan...kalau budak sekecil itu boleh berfikir dan boleh menghargai kelelahan orang lain kenapa ada segelintir orang dewasa yang lebih matang tak boleh nak berfikir dengan akal kewarasan.

Kasihanilah frontliners kita. Kekal diri kita dirumah. Jangan sesekali kita keluar tanpa urusan penting. Jangan langgar Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan jadi berok mat yeh gasss!

Cukup² la wei kita berPKP dari fasa 1 sampai fasa 3 sahaja. 

Mereput dah aku rasa duduk rumah ni banyak hari cenggini.

Korang tak rasa ke apa aku rasa? Kah!

#stayhome #staysafe #staykacak #kitajagakita #kitamestimenang

-#coachamirofficial-

Wednesday 8 April 2020

AKU | HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Aku tidak tahu mengapa saat ini aku ke sini.

Di blog yang bagaikan hidup segan mati tak mahu ni.

Dem!!!
_________________

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.