Virus Covid-19 ni sebetulnya banyak merubah tatacara kehidupan kita hari ini.
Asbab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) virus Covid-19, cara mengajar dan belajar juga turut terkena tempias perubahan. Hal ini membuatkan ramai guru beralih kepada platform atas talian untuk memberi latihan dan menjalankan PDPC kepada pelajar.
Malaysia top one ranking in the world dalam penggunaan Google Classroom?
Amazing!
Biar benar!?
Ia benar adik kakok.
Menurut data yang aku ambil di Google Trends pada jam 6.30pm 18.4.2020, Malaysia menjadi antara negara paling kerap menggunakan Google Classroom, perkhidmatan web percuma untuk kegunaan sekolah.
Malaysia top one ranking in the world dalam penggunaan Google Classroom.
Ini benar. Bukan cobaan.
Ini bukan biasa² gassss!!!. Ini luar biasa gassss!!!
Terbangga la juga sekejap dengan pencapaian macam gini. Nikmat Allah mana lagi yang hendak aku dustakan ... ingat sesenang kacang kuda ke nak dapat tempat terbaik macam gini? Ingat mudah ke nak capai pengiktirafan cengini? Kalau nak dapat kata² yang negatif dari haters mudah maha benar. Kenyataan!
Sebelum ni kecoh, ada SEGELINTIR Jaaf**k yang tak puas hati sampai ke usus terhadap guru² Malaysia. Macam² tohmahan dan tuduhan dilemparkan pada golongan guru. Cuti PKP, ada yang minta gaji cikgu dipotong dan wang itu disumbangkan kepada fronsliners yang berjuang melawan Covid-19. Cuti PKP, ada yang tuduh cikgu makan gaji buta. Cuti PKP, ada yang kata cikgu duduk goyang kaki dan sebagainya (kau ingat kerajaan bagi cuti PKP tu untuk kakitangan awam yang bergelar guru je ke bahenol?), namun.....statistik menunjukkan sebaliknya.
Ini fakta. Bukan auta. Ini statistik. Bukan main tampal dengan lipstik. Ini adalah hakikat. Bukan benda dibuat² agar nampak hebat. Ini realiti. Inilah usaha sebenar guru² Malaysia untuk kelangsungan ilmu buat anak² murid mereka. Usaha yang tak semua orang nampak dengan mata hati dan tak semua orang boleh hadam dengan akal budi. Statistik ini tidak menipu.
Walaupun Tahun ni kereta terbang tidak kelihatan malahan virus Covid-19 pula yang bertandang datang, kita tidak pernah mengalah dengan keadaan. Kita mampu bangkit mengalahkan negara² hebat, maju dan moden yang punya teknologi serta kecanggihan dalam pendidikan. Jadi, dengan pencapaian ini, tidak layakkah kita (Malaysia) pun diiktiraf hebat? Mungkin lebih hebat lagi dari mereka. Hebat kuasa ² gitew. Ha³ ツ
Berada dipuncak top one ranking negara paling aktif penggunaan Google Classroom saat satu dunia darurat sebab Covid-19 bukan satu benda mudah. Payah maha benar. Perjuangan yang perlukan seribu satu pengorbanan.
Taniah buat guru² Malaysia. Kalian insan hebat.
Biarkan apa orang nak kata. Biarkan segelintir yang mencerca. Kita jalan terus.
Kita terus kongsi ilmu tanpa jemu. Kita terus berbakti tanpa henti.
Kerana.....
Kita tak hidup dek puji, kita tak mati dek keji.
Apa yang kita lakukan selama ini lillahi taala. Bukan mencari redha manusia tetapi mencari redha Allah Yang Esa.
Sekali jadi cikgu, selamanya cikgu.
-coachamirofficial-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.