Disebalik kesibukan dan kerisauan seorang ketua sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, namun masih mampu menyelit rasa kasih untuk seorang budak yang ingin berterima kasih.
Syabas Dr.
Anda seorang yang hebat.
Kuala Lumpur - ❝Terima kasih Lara di atas kiriman surat dan rantai tangan itu,❞ tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Beliau yang terharu dengan bingkisan dan penghargaan yang diberikan itu mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun berkenaan.
Seperti biasa, Dr. Noor Hisham tidak mahu menerima sanjungan itu sendirian sebaliknya menyatakan usaha yang dijalankan sepanjang perang Covid-19 ini adalah usaha berpasukan.
Malah ujarnya, beliau bersyukur kerana dikurniakan sebuah pasukan yang hebat untuk membantu negara menghadapi pandemik ini.
Lelaki yang disenaraikan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menguruskan Covid-19 itu, turut memberi nasihat kepada Lara Khadijah untuk belajar dengan gigih supaya dapat membantu negara kelak.
Apa yang menarik, Dr Noor Hisham menandatangani surat tersebut sebagai kawan baharu kepada Lara Khadijah.
Terdahulu, murid darjah tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu itu telah mengirimkan sepucuk surat penghargaannya kepada Dr. Noor Hisham kerana berjaya memimpin pasukan pengurusan Covid-19 negara.
Surat comel bertulisan tangan turut disertakan sekali dengan seutas rantai tangan Loom Band sebagai tanda persahabatan
Surat yang dihantar oleh Lara Khadijah McAfee |
Menurut Dr. Noor Hisham, rantai tangan tersebut kini dipakai oleh cucunya dan dia menyukai gelang tersebut. -MalaysiaGazette
_______________________
Well, marilah kita renung² kan...kalau budak sekecil itu boleh berfikir dan boleh menghargai kelelahan orang lain kenapa ada segelintir orang dewasa yang lebih matang tak boleh nak berfikir dengan akal kewarasan.
Kasihanilah frontliners kita. Kekal diri kita dirumah. Jangan sesekali kita keluar tanpa urusan penting. Jangan langgar Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan jadi berok mat yeh gasss!
Cukup² la wei kita berPKP dari fasa 1 sampai fasa 3 sahaja.
Mereput dah aku rasa duduk rumah ni banyak hari cenggini.
Korang tak rasa ke apa aku rasa? Kah!
#stayhome #staysafe #staykacak #kitajagakita #kitamestimenang
#stayhome #staysafe #staykacak #kitajagakita #kitamestimenang
-#coachamirofficial-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.