بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
___________________________________________________________
DUA belas lagu yang bertanding pada Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) di Stadium Putra, Bukit Jalil malam esok memiliki kekuatan dan kelebihan tersendiri. Malah semuanya dikatakan berpeluang untuk menang. Namun segala-galanya bergantung pada penilaian pihak juri dan rezeki masing-masing.
Mengikut firasat abg long, keputusan lagu yang bakal bergelar juara AJL27 adalah seperti berikut.
- Juara: Teman Penganti
- Naib Juara: Andaiku bercinta lagi (Mojo)
- Tempat Ketiga: Patah Seribu
- Vokal Terbaik: Teman Penganti (Black & Malique)
- Persembahan Terbaik: Teman Penganti (Black & Malique)
Memula rasa cam Terukir Dibintang menang, tapi dah Yuna tarik diri terpaksa la abg long liquid semula jawapan yang duk dalam kepala. Sebarang bantahan terhadap kebocoran keputusan ini boleh diajukan diruangan komen yang tersedia kat bawah entri ini. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Harap maklum....HiHiHi..
Kalau angpa tak suka dengan ramalan abg long tu, cu angpa try list ramalan angpa pula. Kita tengok, siapa yang kenaaaaaaaaaaaaaaa......HaHaHa...
Justeru, lagu manakah yang bakal diangkat sebagai Lagu Terbaik AJL27? Semuanya bakal terjawab pada malam kemuncak anugerah yang bermula jam 9 malam.
Angpa boleh pilih senarai pemenang berdasarkan senarai finalist kat bawah ni. Sebelum tu sila baca bismillah dulu yer sebelum buat perhintungan.....HaHaHa...
1. Terukir Di Bintang (Yuna) - TARIK DIRI
2. Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
3. Tanpamu (Amir Jahari)
4. Idola (Azlan & The Typewriter)
5. Pelangi Senja (Stacy)
6. Lagu (Bedroom Sanctuary)
7. Teman Pengganti (Black & Malique)
8. Ku Akui (Hafiz Suip)
9. Simetri (Hazama & Amy Search)
10. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo)
11. Patah Seribu (Shila Amzah)
12. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat)
Okies semua, selamat beramalan untuk AJL27.
Photo: Lebai google punya
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.