AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 18 August 2016

Gempa bumi melanda Kudat.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Gempa bumi melanda Kudat | 15 Zulkaedah 1437H, masa tengah facebooking tetiba terserempat dengan status seorang rakan yang bertanyakan betul ke tak telah berlaku gegaran gempa bumi di Kudat, Sabah awal malam tadi. 



Aku sepantas gaban terus terjah website Jabatan Meteorologi Malaysia untuk kesahihan pertanyaan rakan muka buku aku tu. Hasilnya, memang belaku gempa bumi di Kudat, Sabah awal malam tadi masa seluruh rakyat Malaysia tertumpu pada acara badminton sukan olimpik, Rio.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa berada pada koordinat 7.0 darjah utara dan 116.9 darjah timur, iaitu 16km timur laut Kudat. Gempa bumi tu lemah, bermagnitud 3.5 pada skala Richter. Berlaku pada 7.57 awal malam tadi. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.


Klik gambar untuk tumbesaran
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan terkini korang boleh terjah website Jabatan Meteorologi Malaysia

Nampaknya Allah SWT dah bagi sedikit hint buat kita semua. Allah tak akan hadirkan sesuatu 'tanda' tanpa sebab.  Jadi, alert dan beware. 

Well gais, dah hafal surah Kahfi ayat 1-10 dan 100-110? Jika belum, ayuh la kita hafal dan hadam isi kandungan ayat² dari surah Al-Kahfi tersebut. Nak tahu apa peringatan yang terkandung dalam ayat² tersebut korang boleh klik link INI.

Sama² la kita berdoa mudah²an tiada apa² yang buruk berlaku dan bakal berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga kita serta tanah bertuah yang kita pijak sekarang. InsyaAllah. Ameen.

Fi hifzillah gais.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 16 August 2016

Tutorial Memasang Sync School Messaging Dalam Smartphone

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tutorial Memasang 'Sync School Messaging Dalam Smartphone | Rata² rakyat Malaysia sekarang ni adalah pengguna smartphone atau telefon pintar. Selari dengan kepesatan penggunaan teknologi,  Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.



Macam mana nak pasang aplikasi 'Sync' ini?
Well, semudah makan kacang kuda je nak install aplikasi tersebut. 

Sila ikuti langkah² di bawah tanpa segan silu dan rasa was².

Yang paling UTAMA, pastikan handphone yang anda guna tu bukan la handphone cap ayam atau handphone zaman tok kadok. Sila miliki smartphone atau yang sewaktu dengannya. And then, anda boleh follow je bahan grafik kat bawah untuk lebih kefahaman tanpa kekaburan dan kesamaran. Malas pula pepagi ni nak menaip pepanjang batu nautika....HeHeHe


Sila klik tang gambar untuk tumbesarannya

Sila klik tang gambar untuk tumbesarannya

Selepas siap semua langkah² di atas anda dah boleh akses 'Sync' tersebut dan menjadi sebahagian daripada komunitinya.

Lepas ini, boleh la pantau aktiviti anak masing² melalui hebahan yang diwar²kan dalam 'Sync' tu.

Jika ada kesulitan dan ada buah fikir untuk penambahbaikan tentang 'Sync' ni, sila humban komen anda di kotak komen di bawah tanpa segan silu.

Sekian.



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.