Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Sunday, 25 October 2020

Cara-cara Mengembirakan Hati Ibu Bapa | Contoh Karangan UPSR

Rangka karangan

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia ini. Kasih sayang mereka kepada kita tidak terbanding seisi dunia. Mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagaan anak-anak mereka. Oleh sebab itu, kita haruslah bersyukur mempunyai ibu bapa kerana tidak semua orang mempunyai ibu bapa. Maka wajarlah kita, sentiasa berusaha untuk mengembirakan hati kedua ibu bapa kita.

    Semua ibu bapa merasa gembira seandainya kita dpat menolong mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja rumah, menyiram pokok-pokok bunga dan mendidik adik-adik. dengan itu, kita dapat merigankan beban ibu bapa dan ini tentu sahaja mengembirakan hati mereka.

Wednesday, 29 October 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)





Kredit foto: Lebai Google

Sedikit pengkongsian untuk rakan² pendidik. Mohon maaf pada yang yang bertanya sebab tak sempat nak reply emel. Harapnya, sedikit pengkongsian ini mampu meringankan beban rakan² pendidik. 

Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2). Rakan² pendidik boleh klik download untuk memuat turun contoh soalan ini. 




Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.

Bagi kertas peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 kertas 1, rakan² pendidik boleh rujuk entri Kertas 1. Klik donwload untuk menyimpan.

Semoga pengkongsian kecil ini memberi manfaat buat semua. InsyaAllah...

Sharing is caring

Jazakallah.





Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)




Sistem pendidikan yang diladeni sekarang ni sedikit berliku.....berlopak dan berlumpur. Masih ramai dikalangan rakan² pendidik yang keliru. Ramai yang buntu. Ramai lagi yang hidup dalam haru biru. Semuanya bertitik tolak dari 'otak² hitam' yang cuba menjadi profesor serba tahu.

Ada rakan yang bertanya tentang bentuk ujian atau peperiksaan yang harus bagaimana perlu mereka jalankan untuk akhir tahun ini. Adakah soalan perlu bergantung pada band dan eviden seperti zaman huru hara suatu ketika itu atau menjalankan ia seperti kaedah normal (peperiksaan). 


kredit foto: Lebai Google

Jika mengikut pada bicara Menteri Pendidikan, UPSR akan dikekalkan.....so......pada hemat serembrum kiri aku, soalan yang perlu disediakan bukan lagi berdasarkan pada band atau evidens. Untuk penilaian band dan evidens ianya telah pun di buat secara offline, lantak cikgu-cikgi la nak taruk band berapa pada setiap pelajar memasing nanti. Untuk peperiksaan akhir tahun, sediakan sahaja soalan berkonsepkan peperiksaan awam seperti sedia kala. Letak tepi soal fening² kapla....tunggu sahaja pencerahan minda dari pihak berwajib seandainya ada perubahan lagi selepas ini.

Apa pun, pesan aku pada rakan² pendidik, bawa la berbincang dengan pihak pentadbiran memasing. Jangan main aci redah pula. Mahzab aku ni jangan di follow sangat, takut sesat......HeHeHe....Well, kepada yang bertanya berkenaan soalan exam akhir tahun boleh la klik pada Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 untuk di donwload.





Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.

Sharing is caring

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 10 September 2013

Tips menghadapi peperiksaan | Sebelum-Semasa-Selepas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Well, apa yang dinanti telah pun tiba. Nak menghalang sememangnya tiada siapa terdaya, melainkan kuasa Allah swt yang menjadi penentunya.

Setelah bertahun2 menimba dan mengali ilmu maka sudah tiba masanya untuk mereka2 yang bergelar student mencabar diri.....memerah minda dalam membajak cabaran yang terbentang demi menuai kejayaan.

Ok la, malas nak melarat pepanjang....ini bukan entri merapu-meraban macam selalu, ini entri good2 wa cakap sama lu (pengaruh KL gangster 2)....HeHeHe...

Well, abg long ada sedikit tips untuk dan ketika menghadapi pekse. Jika angpa yang terjah sini adalah student, boleh amik pakai tips ni...kepada ibu bapa yang ada anak nak pekse kena try resepi ni. 

Jangan bimbang, dijamin HALAL. Walaupun semuanya ketentuan Tuhan.....namun usaha perlu dilipat gandakan untuk gapai kejayaan. 


Sebelum Peperiksaan 
  1. Jangan tinggal solat WAJIB. Perbanyakan solat hajat. Lakukan rutin solat hajat setiap hari setiap masa sehingga result keluar. InshaAllah.....kemungkinan ia akan berlanjutan walaupun selepas waktu result dah keluar.
  2. Jangan derhaka kepada ibu dan bapa serta guru. Mohon restu dari mereka. Restu mereka untuk kejayaan anda mahal maha benar.
  3. Deactive segala laman sosial yang boleh menjadikan anda lagho sehingga tumpuan terhadap pekse terganggu.
  4. Jangan tidur lewat. Pastikan waktu tidur tak lebih dari pukul 12 tengah malam. Ingat, otak kita perlukan rehat yang secukup rasa.  Otak perlukan oksigen untuk refresh segala yang telah di'absorb' untuk hari esok.
  5. Pastikan permakanan anda dalam keadaan terbaik. Makan makanan yang dapat meningkatkan metabolisme otak anda seperti buat tamar, kismi, air zam-zam .....pendek kata sila makan makanan yang berkhasiat.
  6. Pastikan peralatan dan dokumen untuk masuk ke dewan pekse telah disetup dan bersiap siaga dalam keadaan terbaik.
  7. Bangun solat subuh. Kalau boleh bangun awal dari kebiasaan, buat solat hajat. Solat hajat dan berdoa supaya semoga Allah tenangkan hati serta lapangkan fikiran supaya anda dapat menjawab soalan dengan mudah tanpa rasa ragu serta was2. 
  8. Ambil sarapan yang bersederhana. Jangan makan ikut nafsu, nanti lesu. Jangan makan lebih kurang dan terlebih banyak makan.
  9. Semasa hendak keluar rumah mohon restu dari ibu dan bapa. Santunilah kedua ibu bapa anda.  Mulakan langkah dengan langkahan kaki kanan. Baca surah Al-fatihah, empat qul dan ayatul qursi untuk menghilangkan nebes. 
  10. Semasa dalam perjalanan, banyak kan berzikir dan mengingati Allah swt. Elakan mengingat bf/gf atau benda2 yang tak mendatangkan faedah dan dividen.
Semasa Peperiksaan
  1. Setengah jam sebelum masuk dewan pekse jangan baca buku. Nanti anda akan berasa panik dan kelam kelibut. Huru-hara nanti anda nak menjawab kertas pekse. Usah biarkan diri anda diselubungi keliru. 
  2. Jika nak baca juga, sila keluarkan nota ringkas atau peta minda yang telah anda bikin sebelum ni. Baca sahaja nota ringkas tersebut. Tapi, seelok-eloknya di 'waktu kritikal' sedemikian anda menenangkan diri dan mententeramkan hati. Itu lebih baik.
  3. Masuk ke dewan dengan langkah kanan. Baca ayatul kursi, al-fatihah serta doa supaya hilang darah gemuruh.
  4. Semak semua soalan sekali lalu dari awal sampai habis untuk menghilangkan rasa nebes dan memberi sedikit idea untuk menjawab. Masa semak, bila idea atau formula datang, laju2 360km/j jog down dulu dekat page tu.
  5. Garis kata kunci soklan yang ditanya. Ini untuk elakkan anda keliru, terutama bagi soklan yang berfakta.
  6. Andai kata anda blank untuk satu-satu soalan itu, cepat-cepat tinggalkan dan teruskan dengan soalan seterusnya. jangan jadi 'pungguk' kat soklan tersebut. Time management mesti smart! 
  7. Bagi kertas objektif, setelah yakin itu adalah jawapan bagi soklan tersebut terus tanda jawapan pada kertas jawapan . Jangan tunggu nak tanda diakhir masa. Nanti kelam kelibut jadinya. 
  8. Sekiranya perlu memanggil pengawas peperiksaan, angkat tangan belah kiri, tangan kanan teruskan menulis. Jangan tunggu sampai pengawas peperiksaan datang. Sesungguhnya masa itu emas!.
  9. Lakukan semakan sebelum menghantar kertas pekse. Tapi ingat, jangan kelirukan diri sendiri. Jika rasa keliru dengan jawapan semasa menyemak, pilih la jawapan yang pertama anda tanda. Jika memang jawapan 1st tu salah, padam dengan bersih dan tanda jawapan baru yang betul.
Selepas Peperiksaan
  1. Jangan bincang dengan rakan soklan yang telah anda duduki pada hari tersebut.   Abg long tahu, ini memang habit. Nak semak tunggu sampai semua paper done. Rakan2 anda bukan pemeriksa kertas pekse dan ia bertujuan untuk elak anda dari motivate break down. Seeloknya anda bagi tumpuan pada kertas yang seterusnya jika ada.
  2. Teruskan mengerjakan solat hajat. Mohon dan berdoa kepadaNYA agar dilembutkan orang yang memeriksa kertas jawapan anda. Biar mood pemeriksa kertas anda sentiasa dalam keadaan baik dan comei. Supaya pemeriksa kertas anda itu bermurah hati.
  3. Tawakkal.

Well, ini sahaja tips yang dapat abg long kongsikan. Harap2 ianya berguna dan bermanfaat kepada semua.

Mungkin pengalaman dan idea kita berbeda. Kepada yang nak share pengalaman menghadapi peperiksaan boleh la tinggalkan idea diruangan komen yang tersedia.



Kejayaan bukan hak milik tetap orang yang pandai, tetapi ia milik orang yang berusahaSelamat maju jaya buat semua. 

Jazakallah



kredit photo: lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 9 September 2013

Restu seorang guru

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....siang tadi usai majlis RESTU yang diadakan di dewan terbuka Haji Abdul Rahman Limbong.

Majlis yang disetupkan khas buat student2 yang bakal menduduki pekse UPSR 2013 yang akan bermula bila fajar 10 September menjelma.

Sebetulnya secara peribadi majlis ni bagi abg long tak diadakan pun takpa. Sebabnya??? Tanpa majlis ni pun cikgu-cikgi tetap akan menghalalkan segala apa yang dah depa bagi kat anak2 didik depa. 

Kenapa? Tak percaya? 

Mana mungkin naluri seorang guru tidak akan menghalalkan ilmu yang dia beri. Nakal....degil dan malas tahap batu batan sekalipun seorang student itu cikgu-cikgi tetap akan menghalalkan ilmu yang berbagi. Dah memang sifat pendidik sebegitu.

Namun majlis ini dah jadi tradisi, dari abg long bergelar student sampai la abg long ada ramai student majlis ini tetap relevan. Abg long rasa angpa yang pernah bergelar student sekolah dulu2 pun penah melalui majlis 'restu' seperti ini.

Kalau dekat rumah kita ada ada ibu bapa, dekat sekolah cikgu-cikgi la galang ganti buat parents kita. Restu seorang guru juga pemangkin untuk kejayaan sesorang yang bergelar manusia, restu guru mahal maha benar.

Walaupun guru lelas hati dan lelah diri dengan sikap anak2 didiknya serta 'nyilu' yang mengeliling depa namun tidak pernah depa berkira apatah lagi nak mengharamkan ilmu yang depa bagi selama masa yang ada. 

Student yang nak amik periksa tapi cikgu-cikgi yang terlebih gundahnya. Student nebes mungkin sekali ganda....nebes parents yang anak menduduki pekse dua kali ganda cuma .....tapi bagi cikgu-cikgi, nebes depa tak boleh nak sukat dengan apa2......tak ada mesin kira yang boleh menhitung apa yang depa rasa. Ini la kenyataan yang jarang antara kita nak amik tahu dan amik peduli. Duk perlekeh depa ada lagi.

Bukan abg long sembang atas kapalsiti kapasiti seorang pendidik, tapi abg long bagitau ni sebab dulu abg long juga pernah menjadi student. Pernah jadi murid dan pelajar sekolah.....angpa pun penah pi sekolahkan?

Bukan sahaja cikgu-cikgi sahaja terlibat dalam memberi restu dimajlis tadi, malahan semua  warga kilang MEMANUSIAKAN MANUSIA turut terlibat....staff pentaddbiran....pekerja kantin dan pekerja swasta turut sama meraikan majlis. Sangat2 ohsem dan awesome...(satu ibu jari tegak berdiri....try angpa buat tengok) HiHiHi...Setiap orang ada peranannya dalam menghasilkan sesuatu kejayaan bagi organisasi....raikan bersama baru meriah terasa...

Well....Majlis dah pun selamat. 


Kecerian para calon menumpang UPSR 2013 usai majlis 'restu' tadi. Ternyata, mereka ceria dan bersemangat untuk UPSR 2013 ini. Adakah sinar buat mereka kelak?? HaHaHa...R4IA dan 5A dalam tangan.
Masa kian berganjak......usaha sudah.....berdoa sudah....tinggal lagi bertawakal kepada Allah. Nak tak nak...mahu tak mahu.....mentari esok pasti akan menjelma mengikut ketetapan yang Allah swt telah setupkan buat kita hambaNYA.

"Tiada yang berubah jika diri tidak merubah"

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.