Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

Kebocoran Matematik kertas 2 SPM 2014 tidak benar.





Kebocoran Matematik Kertas 2 SPM 2014 tidak benar | Isu ni dah jadi viral dekat facebook dan media sosial yang lain. Berdebar dah semua calon SPM 2014. Takut kena mengulang paper maths tersebut macam adik² diorang yang terpaksa mengulang paper Maths kertas 2, Bahasa Tamil, Science dan Bahasa Inggeris masa exam UPSR yang lepas.

Cuak beb kalau kena mengulang ni. Boleh menganggu gugat konsentrasi untuk menjawab paper yang lain² dan feeling² untuk merasai nikmat 'merdeka' yang sebenar buat seorang pelajar. 

Muktahir ni, aku tengok kegilaan orang kita menge-share something kat facebook dan media dah sampai tahap meroyan mencadburry buta. Asal boleh tekan button 'share' atau 'kongsi'.....suka hati pankreas dia je nak tekan.....tak selidik dulu fakta atau auta bende alah yang hendak dikongsi itu. Semua pakat berlumba² nak jadi penyalur maklumat yang utama dan terhebat dekat planet bumi ini. Dalam penyebaran kebocoran Matematik kertas SPM 2014 yang lepas pun tak terkecuali.

Tukang yang up isu tanpa bukti dan fakta yang sahih dah terang² individu yang mempunyai masalah jiwa yang kronik.....mental problem....kita yang tak tahu kebenaran sesuatu isu terus sahaja share. Yang tak boleh blah bila ramai yang komen macam dia good².....duk caci maki orang lain atas sesuatu yang dia sendiri kabur......fitnah akhir zaman!

Berbalik pada topik. Kebocoran Matematik kertas 2 SPM 2014 tidak benar sepertimana yang di dakwa-dakwi oleh sesetengah pihak. Penafian telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan. Korang boleh klik KENYATAAN AKHBAR PENAFIAN DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN ULANGAN KERTAS 2 MATHEMATICS SPM 2014 untuk maklumat lanjut.



Jika penafian tersebut tidak benar, itu urusan mereka (orang² KPM) dengan Tuhan mereka. Jawab la nanti di masyhar kelak. Berdasarkan kenyataan akhbar dari KPM diharap calon² SPM, guru, ibu bapa dan orang awam dapat berlapang dada dan berhusnuzon. 

Sharing is caring.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
❝Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.❞
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 10 September 2013

Tips menghadapi peperiksaan | Sebelum-Semasa-Selepas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Well, apa yang dinanti telah pun tiba. Nak menghalang sememangnya tiada siapa terdaya, melainkan kuasa Allah swt yang menjadi penentunya.

Setelah bertahun2 menimba dan mengali ilmu maka sudah tiba masanya untuk mereka2 yang bergelar student mencabar diri.....memerah minda dalam membajak cabaran yang terbentang demi menuai kejayaan.

Ok la, malas nak melarat pepanjang....ini bukan entri merapu-meraban macam selalu, ini entri good2 wa cakap sama lu (pengaruh KL gangster 2)....HeHeHe...

Well, abg long ada sedikit tips untuk dan ketika menghadapi pekse. Jika angpa yang terjah sini adalah student, boleh amik pakai tips ni...kepada ibu bapa yang ada anak nak pekse kena try resepi ni. 

Jangan bimbang, dijamin HALAL. Walaupun semuanya ketentuan Tuhan.....namun usaha perlu dilipat gandakan untuk gapai kejayaan. 


Sebelum Peperiksaan 
  1. Jangan tinggal solat WAJIB. Perbanyakan solat hajat. Lakukan rutin solat hajat setiap hari setiap masa sehingga result keluar. InshaAllah.....kemungkinan ia akan berlanjutan walaupun selepas waktu result dah keluar.
  2. Jangan derhaka kepada ibu dan bapa serta guru. Mohon restu dari mereka. Restu mereka untuk kejayaan anda mahal maha benar.
  3. Deactive segala laman sosial yang boleh menjadikan anda lagho sehingga tumpuan terhadap pekse terganggu.
  4. Jangan tidur lewat. Pastikan waktu tidur tak lebih dari pukul 12 tengah malam. Ingat, otak kita perlukan rehat yang secukup rasa.  Otak perlukan oksigen untuk refresh segala yang telah di'absorb' untuk hari esok.
  5. Pastikan permakanan anda dalam keadaan terbaik. Makan makanan yang dapat meningkatkan metabolisme otak anda seperti buat tamar, kismi, air zam-zam .....pendek kata sila makan makanan yang berkhasiat.
  6. Pastikan peralatan dan dokumen untuk masuk ke dewan pekse telah disetup dan bersiap siaga dalam keadaan terbaik.
  7. Bangun solat subuh. Kalau boleh bangun awal dari kebiasaan, buat solat hajat. Solat hajat dan berdoa supaya semoga Allah tenangkan hati serta lapangkan fikiran supaya anda dapat menjawab soalan dengan mudah tanpa rasa ragu serta was2. 
  8. Ambil sarapan yang bersederhana. Jangan makan ikut nafsu, nanti lesu. Jangan makan lebih kurang dan terlebih banyak makan.
  9. Semasa hendak keluar rumah mohon restu dari ibu dan bapa. Santunilah kedua ibu bapa anda.  Mulakan langkah dengan langkahan kaki kanan. Baca surah Al-fatihah, empat qul dan ayatul qursi untuk menghilangkan nebes. 
  10. Semasa dalam perjalanan, banyak kan berzikir dan mengingati Allah swt. Elakan mengingat bf/gf atau benda2 yang tak mendatangkan faedah dan dividen.
Semasa Peperiksaan
  1. Setengah jam sebelum masuk dewan pekse jangan baca buku. Nanti anda akan berasa panik dan kelam kelibut. Huru-hara nanti anda nak menjawab kertas pekse. Usah biarkan diri anda diselubungi keliru. 
  2. Jika nak baca juga, sila keluarkan nota ringkas atau peta minda yang telah anda bikin sebelum ni. Baca sahaja nota ringkas tersebut. Tapi, seelok-eloknya di 'waktu kritikal' sedemikian anda menenangkan diri dan mententeramkan hati. Itu lebih baik.
  3. Masuk ke dewan dengan langkah kanan. Baca ayatul kursi, al-fatihah serta doa supaya hilang darah gemuruh.
  4. Semak semua soalan sekali lalu dari awal sampai habis untuk menghilangkan rasa nebes dan memberi sedikit idea untuk menjawab. Masa semak, bila idea atau formula datang, laju2 360km/j jog down dulu dekat page tu.
  5. Garis kata kunci soklan yang ditanya. Ini untuk elakkan anda keliru, terutama bagi soklan yang berfakta.
  6. Andai kata anda blank untuk satu-satu soalan itu, cepat-cepat tinggalkan dan teruskan dengan soalan seterusnya. jangan jadi 'pungguk' kat soklan tersebut. Time management mesti smart! 
  7. Bagi kertas objektif, setelah yakin itu adalah jawapan bagi soklan tersebut terus tanda jawapan pada kertas jawapan . Jangan tunggu nak tanda diakhir masa. Nanti kelam kelibut jadinya. 
  8. Sekiranya perlu memanggil pengawas peperiksaan, angkat tangan belah kiri, tangan kanan teruskan menulis. Jangan tunggu sampai pengawas peperiksaan datang. Sesungguhnya masa itu emas!.
  9. Lakukan semakan sebelum menghantar kertas pekse. Tapi ingat, jangan kelirukan diri sendiri. Jika rasa keliru dengan jawapan semasa menyemak, pilih la jawapan yang pertama anda tanda. Jika memang jawapan 1st tu salah, padam dengan bersih dan tanda jawapan baru yang betul.
Selepas Peperiksaan
  1. Jangan bincang dengan rakan soklan yang telah anda duduki pada hari tersebut.   Abg long tahu, ini memang habit. Nak semak tunggu sampai semua paper done. Rakan2 anda bukan pemeriksa kertas pekse dan ia bertujuan untuk elak anda dari motivate break down. Seeloknya anda bagi tumpuan pada kertas yang seterusnya jika ada.
  2. Teruskan mengerjakan solat hajat. Mohon dan berdoa kepadaNYA agar dilembutkan orang yang memeriksa kertas jawapan anda. Biar mood pemeriksa kertas anda sentiasa dalam keadaan baik dan comei. Supaya pemeriksa kertas anda itu bermurah hati.
  3. Tawakkal.

Well, ini sahaja tips yang dapat abg long kongsikan. Harap2 ianya berguna dan bermanfaat kepada semua.

Mungkin pengalaman dan idea kita berbeda. Kepada yang nak share pengalaman menghadapi peperiksaan boleh la tinggalkan idea diruangan komen yang tersedia.



Kejayaan bukan hak milik tetap orang yang pandai, tetapi ia milik orang yang berusaha. Selamat maju jaya buat semua. 

Jazakallah



kredit photo: lebai google
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 9 September 2013

Restu seorang guru

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....siang tadi usai majlis RESTU yang diadakan di dewan terbuka Haji Abdul Rahman Limbong.

Majlis yang disetupkan khas buat student2 yang bakal menduduki pekse UPSR 2013 yang akan bermula bila fajar 10 September menjelma.

Sebetulnya secara peribadi majlis ni bagi abg long tak diadakan pun takpa. Sebabnya??? Tanpa majlis ni pun cikgu-cikgi tetap akan menghalalkan segala apa yang dah depa bagi kat anak2 didik depa. 

Kenapa? Tak percaya? 

Mana mungkin naluri seorang guru tidak akan menghalalkan ilmu yang dia beri. Nakal....degil dan malas tahap batu batan sekalipun seorang student itu cikgu-cikgi tetap akan menghalalkan ilmu yang berbagi. Dah memang sifat pendidik sebegitu.

Namun majlis ini dah jadi tradisi, dari abg long bergelar student sampai la abg long ada ramai student majlis ini tetap relevan. Abg long rasa angpa yang pernah bergelar student sekolah dulu2 pun penah melalui majlis 'restu' seperti ini.

Kalau dekat rumah kita ada ada ibu bapa, dekat sekolah cikgu-cikgi la galang ganti buat parents kita. Restu seorang guru juga pemangkin untuk kejayaan sesorang yang bergelar manusia, restu guru mahal maha benar.

Walaupun guru lelas hati dan lelah diri dengan sikap anak2 didiknya serta 'nyilu' yang mengeliling depa namun tidak pernah depa berkira apatah lagi nak mengharamkan ilmu yang depa bagi selama masa yang ada. 

Student yang nak amik periksa tapi cikgu-cikgi yang terlebih gundahnya. Student nebes mungkin sekali ganda....nebes parents yang anak menduduki pekse dua kali ganda cuma .....tapi bagi cikgu-cikgi, nebes depa tak boleh nak sukat dengan apa2......tak ada mesin kira yang boleh menhitung apa yang depa rasa. Ini la kenyataan yang jarang antara kita nak amik tahu dan amik peduli. Duk perlekeh depa ada lagi.

Bukan abg long sembang atas kapalsiti kapasiti seorang pendidik, tapi abg long bagitau ni sebab dulu abg long juga pernah menjadi student. Pernah jadi murid dan pelajar sekolah.....angpa pun penah pi sekolahkan?

Bukan sahaja cikgu-cikgi sahaja terlibat dalam memberi restu dimajlis tadi, malahan semua  warga kilang MEMANUSIAKAN MANUSIA turut terlibat....staff pentaddbiran....pekerja kantin dan pekerja swasta turut sama meraikan majlis. Sangat2 ohsem dan awesome...(satu ibu jari tegak berdiri....try angpa buat tengok) HiHiHi...Setiap orang ada peranannya dalam menghasilkan sesuatu kejayaan bagi organisasi....raikan bersama baru meriah terasa...

Well....Majlis dah pun selamat. 


Kecerian para calon menumpang UPSR 2013 usai majlis 'restu' tadi. Ternyata, mereka ceria dan bersemangat untuk UPSR 2013 ini. Adakah sinar buat mereka kelak?? HaHaHa...R4IA dan 5A dalam tangan.
Masa kian berganjak......usaha sudah.....berdoa sudah....tinggal lagi bertawakal kepada Allah. Nak tak nak...mahu tak mahu.....mentari esok pasti akan menjelma mengikut ketetapan yang Allah swt telah setupkan buat kita hambaNYA.

"Tiada yang berubah jika diri tidak merubah"

Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 8 May 2013

Pesananku buat kamu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Buat bintang-bintang hati cikgu,

Masih ingatkah lagi apa yg telah cikgu pesan dan ajari kalian tentang kita ini bangsa Malaysia. Walaupun kita berbeda agama.....budaya, bangsa dan bahasa namun usah kita melihat itu sebagai satu jurang untuk kita saling melengkapi satu sama lain di bumi Malaysia yang bertuah ini. Jadikanlah perbedaan itu sebagai inpirasi untuk kita mencari titik persamaan. Cikgu tahu, kalian tersangat lelas hati dengan apa yang terjadi usai 5 Mei 2013 tempohari. Cikgu harap kalian bersabar atas sikap kurang matang dan tidak cerdik sebahagian bangsa Malaysia yang miskin jiwanya terhadap kalian. Sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang bersabar.

Biar apa pun yang mereka kata kepada bangsa kalian, sila abaikan. Kalian cuma perlu buktikan kepada mereka bahawa kalian bukan seperti yang mereka bicara....buktikan kepada mereka bahawa kalian bukan seperti mereka. Cikgu harap kalian berpegang teguh dengan nilai2 murni agama yang kalian anuti, harap juga kalian ingati segala pesanan dan ajaran yang cikgu sampaikan lewat perihal nilai murni yang sering kita diskusi.

Usahlah kalian gusar dengan tohmahan orang-orang yang pendek akal itu. Kalian juga sebahagian dari Malaysia. Kalian juga warga Malaysia yang bebas dan merdeka. Jangan kalian berputus asa untuk membentuk Malaysia yang gemilang di masa hadapan. Berpegang teguhlah kalian dengan ilmu yang disampaikan, berjuanglah untuk kebenaran dan keadilan. Walau dipihak mana kamu berdiri nanti berpegang teguhlah kalian pada tali kebaikkan.

Sesungguhnya, bukan semua bangsa kalian jahat (seperti yang ditohmahkan), bukan juga semua bangsa cikgu jahat.....begitu juga dengan bangsa-bangsa rakan kita yang lain, bukan semuanya jahat. Akan tetapi, kita menentang mereka-mereka yang berbuat jahat.

Bintang-bintang hati cikgu,

Cikgu maklum dengan lelas hati yang kalian alami usai 5 Mei tempohari. Namun bersabarlah dan berusahalah kalian, moga-moga ada sinar buat kita seluruh warga Malaysia meruntuhkan tembok syak wasangka serta memadam api yang membakar serkam dalam diam.

Kebaikkan kalian tidak mungkin dapat cikgu lupakan. Kisah dengan kalian adalah ubat kenangan buat cikgu yang kejauhan. Tidak kira siapa kita dan dimana kita berada, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita bersama. Tanah air yang akan kita jaga dan pertahankan bersama dari tangan-tangan jahat yang ingin memisahkan kita.

Memang sukar untuk cikgu coret kebaikkan kalian sepanjang kita bersama. Biarlah kebaikkan kalian itu menjadi manisan buat cikgu dalam mengenal bangsa sendiri.

Akhir kalam dan akhir pesanan, bersama-samalah kita memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Panjang usia mungkin kita akan bertemu kembali.

Katakan "KAMI BENCI PERKAUMAN"
Katakan "PEACE FOR MALAYSIA Y(^___^)Y"

Sekian.

AMIR LAO-SHI
KEMAMAN, TERENGGANU
8 MEI 2013
10:37PM


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 15 January 2013

KSSR | Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun Satu (SK)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Untuk siaran KSSR awal pagi ni abg long nak kongsi dengan sahabat2 pendidik about Kurikulum Standard Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK). 

Sesiapa yang belum ada benda alah ni boleh download dan print dokumen yang berkenaan kat bawah ni.

Sahabat2 boleh tenyeh link ini --->Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)




Semoga ianya memberi manfaat kepada sahabat2 yang lain. InsyaAllah, abg long akan sediakan lain2 urusan berkenaan KSSR di blog ini kelak.

Jazakallah fiikum
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

Sunday, 13 January 2013

KSSR | RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN | (SK)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Hari ini adalah hari yang tersangat-sangat la kembang kempis lobang hidung abg long. Dari pagi yang cool membawa ke tengahari yang hot bagai akhirnya pemerasan otak abg long untuk tepek mende alah slideshare kat wall post ni akhirannya berjaya.

Akhirnya niat kudus lagi suci abg long untuk memberi kesenangan kepada makhluk di planet bumi ini di dengari oleh ilahi. 

Godek punya godek tanpa mengenal erti putus asa dan ketat jiwa. Kepada sahabat yang bagi cadangan agar abg long memuat turunkan bahan-bahan KSSR diblog ini jutaan terima kasih abg long ucapkan atas kebestan buah fikiran.

Kepada sahabat-sahabat pendidik yang masih belum ada dan masih tercari-cari Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Malaysia Tahun Satu boleh la download di bawah atau layari RPT KSSR - BAHASA MELAYU TAHUN 1. 



Ini adalah permulaan. In Shaa Allah, andai diberi-Nya kelapangan buat abg long, abg long akan cuba adakan atau usya bahan-bahan yang lain dan tepek dekat blog yang tak semegah ini.

Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Jazakallah fiikum
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.