Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label KPM. Show all posts
Showing posts with label KPM. Show all posts

Saturday, 13 August 2016

'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah | Teknologi sekarang ni dah canggih. Rata² penduduk Malaysia adalah pengguna smartphone (telefon pintar). Ekoran dari itu, Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.

Sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak², aktiviti sekolah dan PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui 'push' notification. Selain itu, pihak sekolah juga dapat berhubung terus dengan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan anak² semasa di sekolah.


Jadi, kepada korang semua yang ada anak² di bangku sekolah tu elok sangat la kalau install aplikasi 'Sync' ni dalam smartphone memasing. Korang boleh baca komen² tentang penggunaan aplikasi 'Sync' ini kat SINI.

Kekadang, benda baru ni susah sikit penerimaanya. Walau bagaimanapun, harapnya seluruh warga Malaysia dapat menggunakan sistem 'Sync' ini untuk berkomunikasi dengan guru dan pihak sekolah demi kecemerlangan anak². Sistem ini pun masih baru lagi, mesti ada kelemahan dan kekurangan dia. Harap kita tak mencari kelemahan dan kekurangan yang ada tetapi melihat kebaikan yang ada.

Well, tunggu apa lagi. Install la aplikasi 'Sync' di telefon pintar korang. Jangan lupa war² kepada sedara mara, sahabat handai dan orang² kampung korang tentang penggunaan 'Sync School Messaging' (SSM) sebagai medium komunikasi elektronik rasmi di sekolah.

❝Kemajuan yang dicipta oleh barat boleh kita ambil, tetapi kesesatannya jangan sesekali kita ikut❞ - Ustaz Azhar Idrus
Thanks gais sudi baca entri ni.

Jazakallah.
___________________________________________________________
❝Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.❞
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday, 8 November 2014

Tutorial pengunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.3]




Sesi persekolahan tahun ini dah pun nak sampai ke garisan penamat. 

Setiap kali usai peperiksaan dijalankan, rakan pendidik akan sibuk sampai tak cukup oksigen. Setelah menyemak kertas jawapan pelajar, rakan² pendidik perlu mengisi markah pelajar ke dalam perisian Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi mengurangkan keketatan perasaan serta jiwa raga para rakan pendidik, aku sediakan Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [Vol.3] untuk rujukan dan panduan. 

Klik link di bawah untuk rakan² pendidik yang masih baru menggunakan aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).


Tutorial Panduan Mengisi Markah Peperiksaan ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

  • Langkah 1  | Login masuk ke sistem SAPS
        Masukkan id pengguna ----> Masuk password ----> Login

[*sekirannya lupa id pengguna dan password boleh dapatkan dengan setiausaha SAPS sekolah masing².]

  • Langkah 2 | Markah peperiksaan.
Klik Menu Guru MP ----> klik markah peperiksaan ----> Ruangan masuk markah anda klik pada link mata pelajaran 


  • Langkah 3 | Key in markah peperiksaan (store presedure)
        - Isi markah pelajar dalam ruangan yang disediakan.
        - Tanda TH (TIDAK HADIR) bagi pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan.
        - Tekan SIMPAN REKOD setelah siap.


Setelah rekod di simpan. Anda akan kembali semula ke layer seperti langkah 1. Anda boleh teruskan mengisi markah untuk matapelajaran yang lain atau boleh logout sementara.

Untuk makluman rakan² pendidik, guru kelas boleh menyemak senarai mata pelajaran yang telah disi markah atau belum. 
  • Langkah 4 | Semak key in markah kelas
Klik Menu Guru Kelas ----> Klik Semak key in markah ----> lihat status markah. Jika button warna HIJAU itu menandakan pengisian markah telah sukses.



  • Langkah 5 | Semak Slip Peperiksaan - Catat kedatangan - Tulis ulasan
        Klik Menu Guru Kelas ----> Peperiksaan ----> Slip peperiksaan  ----> Ulasan



  •   Langkah 6 | Isi kedatangan - buat ulasan
          - Catat kedatangan. Anggarkan kedatangan murid 
          - Buat ulasan guru.
          - Klik pada butang HANTAR


  • Langkah 7 | Cetak Slip Peperiksaan
        Klik Menu Guru Kelas ----> Peperiksaan ----> Slip peperiksaan  ----> Cetak semua


Sila klik pada gambar untuk tumbesarannya. Sila jangan seksa kornea anda.....HeHeHe...Well, siap sudah ketiga² Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang aku kayuh secara marothon. Hope ianya berguna kepada rakan pendidik semua. 

Jika ada kemusykilan atau penambahbaikan di masa² akan datang, sila komen diruangan komen yang disediakan.  Sesungguhnya komen, kritik dan saranan dari anda semua adalah makan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sharing is caring.

Jazakallah. 

Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
❝Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.❞
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday, 7 November 2014

Tutorial pengunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.2]




Sekarang ni musim demam SAPS. Musim ramai rakan² pendidik yang muka ketat. Al-maklum la kan, dah nak ke penghujung tahun. Banyak la kerja buat yang perlu diberesi. Sakit kepala...wase fening²...tak cukup rehat dan sebagainya itu dah lumrah. Bak kata orang²,  ❝Alah bisa, tegal biasa.❞. 


Walaupun server SAPS slow like siput cadburry, terpaksa la kena hadap juga. Betul tak? Well, kali ni aku nak kongsi dengan semua macam mana nak isi markah TOV dan ETR pelajar dalam SAPS sebelum markah peperiksaan di isi dan slip peperiksaan di print out untuk diserahkan kepada ibu bapa pelajar untuk semakan dan rujukan mereka.

Sebelum rakan² pendidik follow step² Panduan Memasukkan Markah TOV dan ETR ini. Rakan² pendidik terjah dulu entri sebelum ini, Tutorial pengunaan Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.1]. 

Panduan Memasukkan Markah TOV dan ETR.

Seperti biasa, rakan² pendidik perlu login terlebih dahulu ke dalam sistem. Klik login untuk terjah masuk. Setelah login masuk, rakan² pendidik follow step² kat bawah.
  •  Langkah  1 | Masukan markah TOV/ETR
           Klik Menu Guru MP ----> klik  Masukan markah TOV/ETR  


  • Langkah 2 | Kemudian, akan terpapar satu page seperti di bawah. Ikuti langkah seterusnya. (klik gambar untuk tumbesaran)
         Isi TOV ----> Isi sasaran (ERT) ----> Klik Simpan target


  • Langkah 3 | Semak key in TOV/ETR
          Klik Menu Semakan ----> Semak Key-in TOV 



Bilangan jumlah TOV dan ETR hendaklah matching dengan jumlah bilangan pelajar yang telah di key in. Sekiranya ralat berlaku, maka button STATUS akan berwarna MERAH manakala bagi markah yang sukses button akan bertukar menjadi warna HIJAU. 

Pengisian tidak sukses mungkin disebabkan oleh pelajar telah berpindah ke sekolah baru tetapi namanya masih berada dalam sistem disekolah lama. Oleh yang demikian, guru kelas hendaklah menghapuskan nama pelajar tersebut dari sistem APDM terlebih dahulu. 

Kemungkinan yang kedua, ada rakan pendidik yang telah tercicir markah pelajar semasa pengisian. 

Jika button STATUS masih lagi berwarna MERAH setelah penelitian semula dibuat, rakan² pendidik boleh rujuk Setiausaha SAPS sekolah masing² untuk mengutarakan masalah yang ada atau hubungi HELDESK SAPS di talian 03-8872 1604 untuk aduan. 

Semoga sedikit pengkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Sharing is Caring.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
❝Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.❞
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tutorial pengunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.1]





Memandangkan aplikasi Sistem Analisis peperiksaan Sekolah ( SAPS) ini digunakan hanya 6 kali setahun memungkinkan ada antara rakan² pendidik yang lupa step² untuk pengggunaannya. 

Tambahan pula, terlalu banyak aplikasi online Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu rakan² pendidik terjah dan kerjakan.

Jadi, untuk mengurangkan ketat serembrum rakan² pendidik maka tutorial ini dihasilkan. Harap bermanfaat untuk semua. Segala maklum balas boleh diajukan diruangan komen diakhir entri ni untuk penambahbaikan di masa² akan datang.

Kepada rakan² pendidik, boleh follow tutorial di bawah ni. Tutorial ini hanya untuk panduan daftar mata pelajaran sahaja. Rakan² pendidik boleh klik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk log masuk.



Tutorial panduan daftar mata pelajaran.
  • Langkah 1  | Login masuk ke sistem SAPS
 Masukkan id pengguna ----> Masuk password ----> Login

[*sekirannya lupa id pengguna dan password boleh dapatkan dengan setiausaha SAPS sekolah masing².]


  • Langkah  2 | Pilih Jenis peperiksaan yang hendak dimasukkan markah.
 Pilih tahun ----> Jenis peperiksaan ---> Masuk


  • Langkah 3 | Daftar mata pelajaran
Klik Menu Guru MP ----> Klik Daftar MP ----> Pilih tingkatan ----> pilih kelas ----> Masukan mata pelajaran ----> Masukan jumlah murid dalam kelas ----> tekan hantar




Pastikan semua mata pelajaran teras dan elektif didaftar ke dalam sistem SAPS (Sila rujuk FAQ). Setelah semua mata pelajaran didaftar, rakan² pendidik boleh logout atau teruskan dengan mengisi markah TOV dan ETR.


Diharapkan tutorial ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat rakan² pendidik sekalian. Kalau ada yang terkurang tu mohon maaf la yer. Kalau ada cadangan dan maklum balas boleh tinggalkan di ruangan komen yang comei kat bawah entri ni.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
❝Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.❞
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 5 November 2014

Jom sambung belajar di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.




Hebahan awam | Universiti Tun Hussien Onn Malaysia mempelawa mana² calon yang berkelayakkan untuk menyambung pelajaran di universiti berkenaan dalam program sarjana muda, sepenuh masa semester II sesi akademik 2014/2015.



Untuk melihat syarak kelayakkan dan kursus yang ditawarkan, darling² dan arjuna beta boleh la klik pada info iklan untuk skodeng syarat² kelayakkan dan kursus yang di tawarkan.  U all boleh juga melayari website rasmi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia untuk sebarang maklumat tambahan dan pertanyaan.

Kepada darling² dan arjuna beta yang terjah entri ini dan berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti boleh la mengisi pendaftaran dengan klik pada permohonan atas talian sepantas gaban kerana tarikh akhir untuk permohonan ini adalah pada 1 November 2014.

❝UTHM komited untuk mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi berasaskan paradigma tauhid .❞
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jom sambung belajar! Jom pakat terjah lelaju.

Jangan lupa LIKE dan SHARE entri ini untuk hebahan kepada saudara mara dan orang kampung u all semua.

Sharing is caring

Jazakallah.


Kredit foto: Lebai Google


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday, 22 November 2013

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengar sini semua orang kampung di laman sosial (muka buku, twitter, blog, whatsApp, Webchat etc).....Di sini ada pengumuman untuk sekalian rakyat jelata yang berkelayakan....Permohonan kemasukan ke politeknik KPM sesi Disember 2013 telah pun dibuka.


Kepada yang layak....yang ingin menyambung pengajian.....yang ingin membina kehidupan......korang boleh la terjah mana2  jabatan hal ehwal pelajar, politeknik yang terdekat dengan tempat kediaman korang untuk walk in (secara datang terus).

Jangan lupa bawa dokumen2 penting di bawah. Jika tidak, pihak politeknik tidak akan melayan hasrat murni korang itu.

1- Salinan keputusan SPM (bukan Sijil Perkahwinan Malaysia taw tapi Sijil Pelajaran Malaysia)
2- Salinan sijil Ko-kurikulum (Tingkatan  4 dan 5 yang telah disahkan)
3- Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan.

Untuk makluman korang, penawaran adalah tertakluk kepada syarat kemasukan (rujuk laman sesawang politeknik di www.politeknik.edu.my) dan kekosongan program. Sebarang surat menyurat.....sms.....whatsapp....webchat dan sebagainya untuk tujuan mempengaruhi pemilihan adalah tidak akan dilayan. Hanya yang layak selayak layaknya sahaja akan terpilih.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Disember 2013. Pat pat siku lipat......siapa cepat, dia dapat. Jadi, jangan berlengah lagi....rebut la peluang yang terhidang.

Mohon jasa baik korang semua untuk menyebarluaskan peluang ini kepada adik beradik, saudara mara, kenalan, sahabat handai serta orang kampung sekalian. Boleh copypaste entri ini dan tepek la kat mana2 laman sosial yang berlambak duk ada tu untuk makluman dan kebaikan semua. 

Kepada anda yang berminat nak menyambung pengajian di politeknik boleh la terjah laju2 360km/j mulai sekarang.

Teruskan melayari blog Amir Aiman Akashah | Diari Seorang lelaki untuk kecerian hidup anda kini dan selamanya....HiHiHi.....(~___^)

Sekian. Harap maklum

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday, 5 September 2013

BENTUK-BENTUK HUKUMAN YANG DILARANG DI SEKOLAH.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Bila baca benda macam gini tersentap juga seketika. Dah tak tahu nak cakap apa dah.....bukan abg long jer penah sekolah....angpa yang mai terjah blog abg long ni pun penah gak bersekolah....macam2 pengalaman yang kita dapat sepanjang proses pendidikan kita di alam sekolah rendah dan menengah. 

Hukuman dan dendaan yang kita dapat selama ini banyak mematang dan mendewasakan kita. Cikgu2 denda dan hukum bukan semata untuk suka2 tapi nak kita jadi manusia sebenar2 manusia....bukan manusia jadi-jadian...

Tapi pelik, ada juga yang tak suka bila hukuman dan dendaan diberikan kepada murid dan pelajar.....sedangkan dendaan dan hukuman itu adalah latihan menguatkan jatidiri dan kekentalan emosi....itu pendapat abg long la, angpa punya pendapat tak tahu la macam mana.

Khalifah Umar al-Khattab R.A pernah berpesan, "Didiklah anakmu mengikut zamannya." Tapi yang peliknya, sekarang ni proses didikan itu sepenuhnya diserahkan kepada guru2 di sekolah. Ibu bapa hanya sekadar menyediakan makan pakai dan wang belanja untuk anak2 sahaja.

Allah swt sendiri menyuruh ibu bapa merotan anaknya yang tidak solat tika berumur 10 tahun lagi. Bukan kerana Allah swt itu kejam tetapi DIA nak mendidik manusia terutamanya umat Islam agar patuh pada suruhanNYA dan jangan buat apa yang dilarang.

Berbalik pada isu kat atas, sekolah bukan sahaja tempat belajar....tetapi tempat MEMANUSIAKAN MANUSIA. Jika semua senarai kat atas tak boleh bermakna guru hanya boleh mengajar tapi tidak boleh mendidik. 

Hmmmmm....patut la ramai sangat sekarang ni anak2 yang kurang ajar dengan ibu bapa dan tak hormat orang yang lebih tua....Sebab? Kita semua sedia maklum.....Jadi, tepuk dada tanya iman memasing...

Apa motif undang2 sedemikian diwartakan hanya yang keluarkan ia sahaja sedia maklum. Mereka lebih bijaksana dari sekalian manusia yang ada. Mungkin undang2 sedemikian bersempena mengambil semangat roh 'hak asasi manusia' sehingga mengetepikan nilai2 didikan ajaran Islam yang telah sedia ada.

Nak tanya sikit, angpa yang dah jadi ibu dan bapa kalau anak buat salah dan silap angpa biarkan saja ke? Sikit pun angpa tak tegur....langsung angpa tak marah? gitu?

Abg long ada tampal dah sebelum ni kat SINI berkenaan isu ni. Tapi malam ni rasa nak ulas panjang lebar pula.....saja nak berleter.....Opppssssss.....lupa, tak boleh gak nak berleter-ianya adalah salah...HaHaHa....

Bila ramai sangat yang HEBAT-HEBAT kat KPM ni la jadinya.....(◕‿◕)™

Kepada sahabat2 abg long yang cikgu dan bukan seorang guru apa pendapat kalian dengan undang2 yang diwartakan ini...boleh bagi respon tak?

Jazakallah

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 18 June 2013

Contoh Kertas Kajian Tindakan Bahasa Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Memula sekali abg long nak mohon bebanyak kemaafan kepada sahabat2 yang emel dan mesej (inbox fb) bertanyakan perihal contoh Kertas Kajian Tindakan yang sepatutnya abg long publish kat share sebulan yang lepaih. Abg long bebetul lupa. Sibuk menyedut ilmu photog sampai lupa nak makan tidur. Yang pasai kertas kajian tindakan ni pun abg long boleh lupa juga. Mintak maaf na.....You ur my prens....Y(^_^)Y



Kepada sahabat2 yang bertanya, yang mencari...yang memerlukan contoh kertas kajian tindakan ini boleh la downloads di SHARE. 

Untuk cover downloads di SINI
Untuk jadual downloads di SINI
Untuk penghargaan download di SINI
Untuk lampiran downloads di SINI

Mohon maaf sebab banyak kali sahabat2 kena klik icon downloads tu. Bak kata orang lama2, "Susah2 dahulu, senang2 kendian". Jadi, bukan susah pun kan nak klik banyak kali tang SINI tuh....HiHiHi... ^_^

Semoga pengkongsian yang kecil ini bermanfaat buat semua.

Yang baik dan comel itu datang dari Allah swt, yang huduh dan dan buruk itu datang dari diri abg long sendiri.

Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 14 May 2013

Proposal Kajian Tindakan Bahasa Malaysia


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam ada sahabat yang bertanya tentang proposal kajian tindakan. Sekarang ni depa tengah demam 'kajian tindakan', mahu tak mahu....hendak tak hendak.....suka tak suka....."saya yang menurut perintah". Kan banyak bersuara nanti kata tak reti nak bersyukur apa adanya....orang luaq tak tau bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. 

Begini la kerjaya saya dan rakan2, dah banyak lari dari apa yang sepatutnya kami dahului. Banyak sibuk dengan paperwork serta kerja pengkeranian bagai.  

Jadi, saya godek2 la hdd yang dah lama saya tak godek tu...alhamdulillah masih ada salinan dalam simpanan. 

Kepada sahabat2 yang bertanya pasal proposal kajian tindakan tu saya ada satu salinan yang saya kira mungkin dapat membantu rakan2 untuk tujuan rujukan. 



Ditempat kerja lama dua tahun berturut2 kena sediakan mende alah ni. Nasib baik dah pindah ni kurang sikit terbeban dengan paperwork. Kepada rakan2 yang berminat untuk melihat sila klik Contoh Proposal Kajian Tindakan untuk download.

Harap pengkongsian yang kecil ini dapat memberi manfaat buat rakan-rakan seperguruan semua.

Yang baik datang dari Allah, yang kurang itu dari diri saya sendiri.

Jazakallah.


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday, 20 January 2013

Bahan MBMMBI

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apa itu MBMMBI? Dah macam no kod untuk agen KGB dengan CID CIA pula kan? Kepada yang tak tahu meh sini abg long nak bagi tahu supaya angpa yang tak tahu boleh jadi tahu. *berapa banyak tahu daaaaaaaaaaa.....^_^

MBMMBI nih singkatan bagi Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris. Ini merupakan dasar pendidikan baru yang diterbangkan khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk geng2 bas sekolah. Jika angpa nak tahu lebih lanjut tentang MBMMBI nih abg long sarankan angpa tanya ja lebai Google. In shaa Allah, nanti angpa dapat la pencerahan minda mengenainya.

Bahan MBMMBI. Baru ja sat2 abg long siapkan dia. Benda ni untuk diguna pakai bagi sudut yang berkenaan dengan mende alah MBMMBI. Yang tidak sewaktu dengannya memang tak boleh guna. Kepada sahabat2 yang memegang pasport keguruan boleh la terjah2 bahan ini untuk kegunaan dijalan yang sepatutnya....HiHiHi...

Lebam gak mata hazel ni (hazel la sangat) nak ngedit mende alah ni taw. Abg long angpa ni bukannya masta dalam bidang seni kreatif. Jadi, setakat nak menjahanamkan lagi seni tu ada la....HaHaHa....Well, jika angpa rasa angpa boleh guna dipersilakan culik dak kipnap mende alah yang abg long buat ni. Takpa, tak perlu bayaran lima duit pun. Yang baik dan baguih kita pakat guna sama2. Yang tak comei dan tak sweet biaq ja abg long angpa ni pulun sesorang sendirian berhad...Ahaks3!

Ini antara hasil yang abg long kerjakan dari siang bawa ke malam tadi. *sekarang dah awal pagi, masa untuk update entri.....KuiKuiKui! 

Rasa okies dan boleh guna dipersilakan culik. Sekiranya tak sweet toksah nak kutuk2 bagai dalam hati...Kat bawah ni sekadar contoh. nanti abg kasi link kat mana angpa nak culik mende alah bahan MBMMBI nih nanti. Di persilakan usya tengok yer.







Amacam? okies ke tak okies? Nak culik mende ni kat mana? Senang je tuh, sahabat boleh culik mereka di link ini Bahan MBMMBI.

Sila war-war kat seluruh pelosok negara. Supaya manfaat ini dapat kita rasai bersama. jangan kedekut. Orang kedekut Tuhan tak sayang....HiHiHi..

Jazakallah fiikum


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.