Sekarang ni musim demam SAPS. Musim ramai rakan² pendidik yang muka ketat. Al-maklum la kan, dah nak ke penghujung tahun. Banyak la kerja buat yang perlu diberesi. Sakit kepala...wase fening²...tak cukup rehat dan sebagainya itu dah lumrah. Bak kata orang², ❝Alah bisa, tegal biasa.❞.
Walaupun server SAPS slow like siput cadburry, terpaksa la kena hadap juga. Betul tak? Well, kali ni aku nak kongsi dengan semua macam mana nak isi markah TOV dan ETR pelajar dalam SAPS sebelum markah peperiksaan di isi dan slip peperiksaan di print out untuk diserahkan kepada ibu bapa pelajar untuk semakan dan rujukan mereka.
Sebelum rakan² pendidik follow step² Panduan Memasukkan Markah TOV dan ETR ini. Rakan² pendidik terjah dulu entri sebelum ini, Tutorial pengunaan Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.1].
Panduan Memasukkan Markah TOV dan ETR.
Panduan Memasukkan Markah TOV dan ETR.
Seperti biasa, rakan² pendidik perlu login terlebih dahulu ke dalam sistem. Klik login untuk terjah masuk. Setelah login masuk, rakan² pendidik follow step² kat bawah.
- Langkah 1 | Masukan markah TOV/ETR
Klik Menu Guru MP ----> klik Masukan markah TOV/ETR
- Langkah 2 | Kemudian, akan terpapar satu page seperti di bawah. Ikuti langkah seterusnya. (klik gambar untuk tumbesaran)
Isi TOV ----> Isi sasaran (ERT) ----> Klik Simpan target
- Langkah 3 | Semak key in TOV/ETR
Bilangan jumlah TOV dan ETR hendaklah matching dengan jumlah bilangan pelajar yang telah di key in. Sekiranya ralat berlaku, maka button STATUS akan berwarna MERAH manakala bagi markah yang sukses button akan bertukar menjadi warna HIJAU.
Pengisian tidak sukses mungkin disebabkan oleh pelajar telah berpindah ke sekolah baru tetapi namanya masih berada dalam sistem disekolah lama. Oleh yang demikian, guru kelas hendaklah menghapuskan nama pelajar tersebut dari sistem APDM terlebih dahulu.
Kemungkinan yang kedua, ada rakan pendidik yang telah tercicir markah pelajar semasa pengisian.
Jika button STATUS masih lagi berwarna MERAH setelah penelitian semula dibuat, rakan² pendidik boleh rujuk Setiausaha SAPS sekolah masing² untuk mengutarakan masalah yang ada atau hubungi HELDESK SAPS di talian 03-8872 1604 untuk aduan.
Semoga sedikit pengkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Sharing is Caring.
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
❝Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.❞
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.