Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 30 November 2014

Surat terbuka Amran Fans buat PM Dato' Seri Najib Tun Razak.





Surat terbuka Amran Fans buat PM Dato' Seri Najib Tun Razak | Aku tak sangka pula yang si Meran (Amran Fans) ni pandai tulis surat separuh rasmi dengan ayat yang boombastik tahap dewata raya. Selalu kalau kat sekolah ada surat rasmi dengan surat tidak rasmi je yang cikgu-cikgi beri. Si Meran ni terlebih advance pula. Dah la surat tu tuju khas kat PM Dato Seri Najib. Memang sentap la seluruh ahli baiah kesultanan tanah melayu apabila membacanya. 

Tapi yang paling aku tak boleh tahan bila baca ayat last dari Meran. Memang tak penah miss dia text nama blogger selebriti yang menjadi kegilaan tahap cadburry sebahagian marhean yang mendiami tanah bani tamin ini.

Well, korang boleh hadamkan penulisan surat terbuka Amran Fans buat PM Dato' Seri Najib Tun Razak ni sambil mengunyah kuaci. Isi surat luahan hati Meran ni ori, sikit pun aku tak edit atau tokak sesuka hati. Jom baca laju² 360km/j.  

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ahli ahli Bai'ah semuanya.

Amran selaku Penasihat dan Pengerusi Majlis Majlis Bersatu Amal Sejagat Membawa Muafakat PMM ( Pam Minyak Malaysia ) dengan ini menyokong penuh sepenuh Jiwa , Raga dan Batin Air Barli disetiap usaha Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YB Dato Seri Najib Al Fadhil Al Hakam Belangkasuka Dewata Raya Penjejak Badai Kuasa Putaran Hikmat Alam 10000HP Sinetron Bawang Putih Bawang Merah Ibnu Razak The Last Airbender untuk menghentikan Subsidi Minyak Petrol RON95 dan Diesel yg bermula 1 Disember 2014 ini .

Walaupun ramai rakyat Malaysia yg masih menentang keputusan Kerajaan ini. Amran nak Dato Seri tahu , disetiap sudut hati mereka masih berharap untuk mendapatkan BR1M. Oleh itu Dato Seri tidak perlu bimbang . Kerajaan masih mampu mengawal mereka. Huhu

Penghapusan subsidi ini sebenarnya banyak membantu Menteri Menteri untuk mereka tidak lagi mengikat perut mereka dengan Batu Karbala akibat Gaji mereka yg sikit dan rendah . Amran faham konsep Hidup Melayu. Dato Seri jangan risau . 

Oleh itu. Amran ingin mencadangkan beberapa perkara dan juga penyelesaian untuk seluruh perancangan Kerajaan di masa hadapan . Jika Dato Seri tidak keberatan . Ini adalah beberapa sedikit luahan hati dari Amran . Amran harap Dato Seri Pertimbangkan . 

1. ( Naikkan Harga Minyak lebih Mahal lagi )

Jika di Negara-Negara pengeluar Minyak , mereka menjual minyak lebih murah dari Negara kita . Amran cadangkan Dato Seri naikkan lagi harga minyak supaya rakyat tahu Negara kita bukan lagi Negara pengeluaran Minyak . Tetapi Negara kita ialah Penternak Ikan Jerung dan Pengeluar Warga Asing .

2. ( Tukar Konsep Minyak Win-Win Ceketeon )

Kualiti minyak yg dikeluarkan oleh Malaysia perlu di ubah kepada Formula Sains Sekolah Rendah darjah 5 bagi menampakkan lagi tahap Akal Minda Hassan Hussein Malik Al Bana Al Daungu . Contoh :- Semakin bertambah minyak A Semakin Bertambah Minyak B dan juga Hipotesis Minyak ini telah membuktikan bahawa Minyak A lebih bermutu dari Minyak B .

3. ( Bina lebih banyak lagi tempat peluang pekerjaan Oil And Gas demi rakyat untuk mencapai cita cita Amran nak ade Kereta Vios )

Nampak macam tak logik . Tapi sebenarnya ini juga adalah 1 langkah menolong rakyat. Kesenangan Amran adalah kesenangan rakyat. Oleh itu Amran harap Dato Seri dapat lah membina lebih banyak lagi Stesen Petrol Pam di Malaysia dan juga Rumah pelacuran , Pusat urut, Urut pusat , Pusat urat pusat , Korek pusat cium dan bau .

Akhir kata. Saya Amran Sukarjo Wudhoyono berjawatan seperti di atas . Berharap Dato Seri dapat merealisasikan impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia yg telah Amran sebutkan diatas. Salam 1 Malaysia dan Salam kesayanganku Hanis Zalikha Muahhh Cikedd . Huhu
Berdasarkan kepada kegeniusan serembrum korang, rasa² nya la kan...berapakah markah untuk surat Meran ni? HaHaHa!!

Bila baca komen² kat status wall Meran tu aku secara sengaja telah membuat senaman muka. Kini, keremajaan pada kulit wajah aku semakin menyerlah....Tobat baq ang! HaHaHa!

Aku bangga ngan ko meran..sejak minum susu cap Dugro and susu Snow peningkatan sel2 kepala hotak kau makin maju dan berkembang..ini amat memberangsangkan seiring dengan peningkatan harga mintak petrol nanti..u are owsem meran.
Nasib baik aku simpan dh minyak 10 ringgit dalam botol kat bawah rmh aku....cukup 20 tahun...mesti nilai minyak tu melambong tinggi...(nampaknya pelaburan minyak bakal menenggelamkn pelaburan emas)

Kalau korang nak baca banyak lagi komen² tahap gaban korang boleh terjah wall Amran Fans yang lemak berkrim disukai oleh Yana Shamsudin yang comei lote.

Siapa yang tak kenal Meran bukan facebooker yang sejati.

Sekian. Harap maklong.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.