Setiap kali usai peperiksaan dijalankan, rakan pendidik akan sibuk sampai tak cukup oksigen. Setelah menyemak kertas jawapan pelajar, rakan² pendidik perlu mengisi markah pelajar ke dalam perisian Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi mengurangkan keketatan perasaan serta jiwa raga para rakan pendidik, aku sediakan Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [Vol.3] untuk rujukan dan panduan.
Klik link di bawah untuk rakan² pendidik yang masih baru menggunakan aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Sila klik pada gambar untuk tumbesarannya. Sila jangan seksa kornea anda.....HeHeHe...Well, siap sudah ketiga² Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang aku kayuh secara marothon. Hope ianya berguna kepada rakan pendidik semua.
Jika ada kemusykilan atau penambahbaikan di masa² akan datang, sila komen diruangan komen yang disediakan. Sesungguhnya komen, kritik dan saranan dari anda semua adalah makan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sharing is caring.
Jazakallah.
Klik link di bawah untuk rakan² pendidik yang masih baru menggunakan aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
- Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [Vol.1]
- Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [Vol.2]
Tutorial Panduan Mengisi Markah Peperiksaan ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
[*sekirannya lupa id pengguna dan password boleh dapatkan dengan setiausaha SAPS sekolah masing².]
Setelah rekod di simpan. Anda akan kembali semula ke layer seperti langkah 1. Anda boleh teruskan mengisi markah untuk matapelajaran yang lain atau boleh logout sementara.
Untuk makluman rakan² pendidik, guru kelas boleh menyemak senarai mata pelajaran yang telah disi markah atau belum.
- Langkah 1 | Login masuk ke sistem SAPS
Masukkan id pengguna ----> Masuk password ----> Login
[*sekirannya lupa id pengguna dan password boleh dapatkan dengan setiausaha SAPS sekolah masing².]
- Langkah 2 | Markah peperiksaan.
- Langkah 3 | Key in markah peperiksaan (store presedure)
- Tanda TH (TIDAK HADIR) bagi pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan.
- Tekan SIMPAN REKOD setelah siap.
Setelah rekod di simpan. Anda akan kembali semula ke layer seperti langkah 1. Anda boleh teruskan mengisi markah untuk matapelajaran yang lain atau boleh logout sementara.
Untuk makluman rakan² pendidik, guru kelas boleh menyemak senarai mata pelajaran yang telah disi markah atau belum.
- Langkah 4 | Semak key in markah kelas
- Langkah 5 | Semak Slip Peperiksaan - Catat kedatangan - Tulis ulasan
- Langkah 6 | Isi kedatangan - buat ulasan
- Buat ulasan guru.
- Klik pada butang HANTAR
- Langkah 7 | Cetak Slip Peperiksaan
Klik Menu Guru Kelas ----> Peperiksaan ----> Slip peperiksaan ----> Cetak semua
Jika ada kemusykilan atau penambahbaikan di masa² akan datang, sila komen diruangan komen yang disediakan. Sesungguhnya komen, kritik dan saranan dari anda semua adalah makan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sharing is caring.
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
❝Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.❞
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.