Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label Kementerian Pendidikan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pendidikan Malaysia. Show all posts

Sunday, 25 October 2020

Cara-cara Mengembirakan Hati Ibu Bapa | Contoh Karangan UPSR

Rangka karangan

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia ini. Kasih sayang mereka kepada kita tidak terbanding seisi dunia. Mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagaan anak-anak mereka. Oleh sebab itu, kita haruslah bersyukur mempunyai ibu bapa kerana tidak semua orang mempunyai ibu bapa. Maka wajarlah kita, sentiasa berusaha untuk mengembirakan hati kedua ibu bapa kita.

    Semua ibu bapa merasa gembira seandainya kita dpat menolong mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja rumah, menyiram pokok-pokok bunga dan mendidik adik-adik. dengan itu, kita dapat merigankan beban ibu bapa dan ini tentu sahaja mengembirakan hati mereka.

Tuesday, 16 August 2016

Tutorial Memasang Sync School Messaging Dalam Smartphone

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tutorial Memasang 'Sync School Messaging Dalam Smartphone | Rata² rakyat Malaysia sekarang ni adalah pengguna smartphone atau telefon pintar. Selari dengan kepesatan penggunaan teknologi,  Kemeterian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu sistem komunikasi yang dikenali sebagai 'Sync' sebagai medium komunikasi elektronik rasmi jabatan² (JPN/PPD/Sekolah) dibawah kementerian tersebut.



Macam mana nak pasang aplikasi 'Sync' ini?
Well, semudah makan kacang kuda je nak install aplikasi tersebut. 

Sila ikuti langkah² di bawah tanpa segan silu dan rasa was².

Yang paling UTAMA, pastikan handphone yang anda guna tu bukan la handphone cap ayam atau handphone zaman tok kadok. Sila miliki smartphone atau yang sewaktu dengannya. And then, anda boleh follow je bahan grafik kat bawah untuk lebih kefahaman tanpa kekaburan dan kesamaran. Malas pula pepagi ni nak menaip pepanjang batu nautika....HeHeHe


Sila klik tang gambar untuk tumbesarannya

Sila klik tang gambar untuk tumbesarannya

Selepas siap semua langkah² di atas anda dah boleh akses 'Sync' tersebut dan menjadi sebahagian daripada komunitinya.

Lepas ini, boleh la pantau aktiviti anak masing² melalui hebahan yang diwar²kan dalam 'Sync' tu.

Jika ada kesulitan dan ada buah fikir untuk penambahbaikan tentang 'Sync' ni, sila humban komen anda di kotak komen di bawah tanpa segan silu.

Sekian.



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday, 9 November 2014

Kebocoran Matematik kertas 2 SPM 2014 tidak benar.





Kebocoran Matematik Kertas 2 SPM 2014 tidak benar | Isu ni dah jadi viral dekat facebook dan media sosial yang lain. Berdebar dah semua calon SPM 2014. Takut kena mengulang paper maths tersebut macam adik² diorang yang terpaksa mengulang paper Maths kertas 2, Bahasa Tamil, Science dan Bahasa Inggeris masa exam UPSR yang lepas.

Cuak beb kalau kena mengulang ni. Boleh menganggu gugat konsentrasi untuk menjawab paper yang lain² dan feeling² untuk merasai nikmat 'merdeka' yang sebenar buat seorang pelajar. 

Muktahir ni, aku tengok kegilaan orang kita menge-share something kat facebook dan media dah sampai tahap meroyan mencadburry buta. Asal boleh tekan button 'share' atau 'kongsi'.....suka hati pankreas dia je nak tekan.....tak selidik dulu fakta atau auta bende alah yang hendak dikongsi itu. Semua pakat berlumba² nak jadi penyalur maklumat yang utama dan terhebat dekat planet bumi ini. Dalam penyebaran kebocoran Matematik kertas SPM 2014 yang lepas pun tak terkecuali.

Tukang yang up isu tanpa bukti dan fakta yang sahih dah terang² individu yang mempunyai masalah jiwa yang kronik.....mental problem....kita yang tak tahu kebenaran sesuatu isu terus sahaja share. Yang tak boleh blah bila ramai yang komen macam dia good².....duk caci maki orang lain atas sesuatu yang dia sendiri kabur......fitnah akhir zaman!

Berbalik pada topik. Kebocoran Matematik kertas 2 SPM 2014 tidak benar sepertimana yang di dakwa-dakwi oleh sesetengah pihak. Penafian telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan. Korang boleh klik KENYATAAN AKHBAR PENAFIAN DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN ULANGAN KERTAS 2 MATHEMATICS SPM 2014 untuk maklumat lanjut.



Jika penafian tersebut tidak benar, itu urusan mereka (orang² KPM) dengan Tuhan mereka. Jawab la nanti di masyhar kelak. Berdasarkan kenyataan akhbar dari KPM diharap calon² SPM, guru, ibu bapa dan orang awam dapat berlapang dada dan berhusnuzon. 

Sharing is caring.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday, 8 November 2014

Tutorial pengunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.3]




Sesi persekolahan tahun ini dah pun nak sampai ke garisan penamat. 

Setiap kali usai peperiksaan dijalankan, rakan pendidik akan sibuk sampai tak cukup oksigen. Setelah menyemak kertas jawapan pelajar, rakan² pendidik perlu mengisi markah pelajar ke dalam perisian Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi mengurangkan keketatan perasaan serta jiwa raga para rakan pendidik, aku sediakan Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [Vol.3] untuk rujukan dan panduan. 

Klik link di bawah untuk rakan² pendidik yang masih baru menggunakan aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).


Tutorial Panduan Mengisi Markah Peperiksaan ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

  • Langkah 1  Login masuk ke sistem SAPS
        Masukkan id pengguna ----> Masuk password ----> Login

[*sekirannya lupa id pengguna dan password boleh dapatkan dengan setiausaha SAPS sekolah masing².]

  • Langkah 2 | Markah peperiksaan.
Klik Menu Guru MP ----> klik markah peperiksaan ----> Ruangan masuk markah anda klik pada link mata pelajaran 


  • Langkah 3 | Key in markah peperiksaan (store presedure)
        - Isi markah pelajar dalam ruangan yang disediakan.
        - Tanda TH (TIDAK HADIR) bagi pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan.
        - Tekan SIMPAN REKOD setelah siap.


Setelah rekod di simpan. Anda akan kembali semula ke layer seperti langkah 1. Anda boleh teruskan mengisi markah untuk matapelajaran yang lain atau boleh logout sementara.

Untuk makluman rakan² pendidik, guru kelas boleh menyemak senarai mata pelajaran yang telah disi markah atau belum. 
  • Langkah 4 | Semak key in markah kelas
Klik Menu Guru Kelas ----> Klik Semak key in markah ----> lihat status markah. Jika button warna HIJAU itu menandakan pengisian markah telah sukses.



  • Langkah 5 | Semak Slip Peperiksaan - Catat kedatangan - Tulis ulasan
        Klik Menu Guru Kelas ----> Peperiksaan ----> Slip peperiksaan  ----> Ulasan



  •   Langkah 6 | Isi kedatangan - buat ulasan
          - Catat kedatangan. Anggarkan kedatangan murid 
          - Buat ulasan guru.
          - Klik pada butang HANTAR


  • Langkah 7 | Cetak Slip Peperiksaan
        Klik Menu Guru Kelas ----> Peperiksaan ----> Slip peperiksaan  ----> Cetak semua


Sila klik pada gambar untuk tumbesarannya. Sila jangan seksa kornea anda.....HeHeHe...Well, siap sudah ketiga² Tutorial penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang aku kayuh secara marothonHope ianya berguna kepada rakan pendidik semua. 

Jika ada kemusykilan atau penambahbaikan di masa² akan datang, sila komen diruangan komen yang disediakan.  Sesungguhnya komen, kritik dan saranan dari anda semua adalah makan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sharing is caring.

Jazakallah. 

Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday, 7 November 2014

Tutorial pengunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.2]




Sekarang ni musim demam SAPS. Musim ramai rakan² pendidik yang muka ketat. Al-maklum la kan, dah nak ke penghujung tahun. Banyak la kerja buat yang perlu diberesi. Sakit kepala...wase fening²...tak cukup rehat dan sebagainya itu dah lumrah. Bak kata orang²,  Alah bisa, tegal biasa.❞. 


Walaupun server SAPS slow like siput cadburry, terpaksa la kena hadap juga. Betul tak? Well, kali ni aku nak kongsi dengan semua macam mana nak isi markah TOV dan ETR pelajar dalam SAPS sebelum markah peperiksaan di isi dan slip peperiksaan di print out untuk diserahkan kepada ibu bapa pelajar untuk semakan dan rujukan mereka.

Sebelum rakan² pendidik follow step² Panduan Memasukkan Markah TOV dan ETR ini. Rakan² pendidik terjah dulu entri sebelum ini, Tutorial pengunaan Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.1]

Panduan Memasukkan Markah TOV dan ETR.

Seperti biasa, rakan² pendidik perlu login terlebih dahulu ke dalam sistem. Klik login untuk terjah masuk. Setelah login masuk, rakan² pendidik follow step² kat bawah.
  •  Langkah  1 | Masukan markah TOV/ETR
           Klik Menu Guru MP ----> klik  Masukan markah TOV/ETR  


  • Langkah 2 | Kemudian, akan terpapar satu page seperti di bawah. Ikuti langkah seterusnya. (klik gambar untuk tumbesaran)
         Isi TOV ----> Isi sasaran (ERT) ----> Klik Simpan target


  • Langkah 3 | Semak key in TOV/ETR
          Klik Menu Semakan ----> Semak Key-in TOV 



Bilangan jumlah TOV dan ETR hendaklah matching dengan jumlah bilangan pelajar yang telah di key in. Sekiranya ralat berlaku, maka button STATUS akan berwarna MERAH manakala bagi markah yang sukses button akan bertukar menjadi warna HIJAU

Pengisian tidak sukses mungkin disebabkan oleh pelajar telah berpindah ke sekolah baru tetapi namanya masih berada dalam sistem disekolah lama. Oleh yang demikian, guru kelas hendaklah menghapuskan nama pelajar tersebut dari sistem APDM terlebih dahulu. 

Kemungkinan yang kedua, ada rakan pendidik yang telah tercicir markah pelajar semasa pengisian. 

Jika button STATUS masih lagi berwarna MERAH setelah penelitian semula dibuat, rakan² pendidik boleh rujuk Setiausaha SAPS sekolah masing² untuk mengutarakan masalah yang ada atau hubungi HELDESK SAPS di talian 03-8872 1604 untuk aduan. 

Semoga sedikit pengkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Sharing is Caring.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tutorial pengunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk guru [Vol.1]





Memandangkan aplikasi Sistem Analisis peperiksaan Sekolah ( SAPS) ini digunakan hanya 6 kali setahun memungkinkan ada antara rakan² pendidik yang lupa step² untuk pengggunaannya. 

Tambahan pula, terlalu banyak aplikasi online Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu rakan² pendidik terjah dan kerjakan.

Jadi, untuk mengurangkan ketat serembrum rakan² pendidik maka tutorial ini dihasilkan. Harap bermanfaat untuk semua. Segala maklum balas boleh diajukan diruangan komen diakhir entri ni untuk penambahbaikan di masa² akan datang.

Kepada rakan² pendidik, boleh follow tutorial di bawah ni. Tutorial ini hanya untuk panduan daftar mata pelajaran sahaja. Rakan² pendidik boleh klik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk log masuk.



Tutorial panduan daftar mata pelajaran.
  • Langkah 1  Login masuk ke sistem SAPS
 Masukkan id pengguna ----> Masuk password ----> Login

[*sekirannya lupa id pengguna dan password boleh dapatkan dengan setiausaha SAPS sekolah masing².]


  • Langkah  2 | Pilih Jenis peperiksaan yang hendak dimasukkan markah.
 Pilih tahun ----> Jenis peperiksaan ---> Masuk


  • Langkah 3 | Daftar mata pelajaran
Klik Menu Guru MP ----> Klik Daftar MP ----> Pilih tingkatan ----> pilih kelas ----> Masukan mata pelajaran ----> Masukan jumlah murid dalam kelas ----> tekan hantar




Pastikan semua mata pelajaran teras dan elektif didaftar ke dalam sistem SAPS (Sila rujuk FAQ). Setelah semua mata pelajaran didaftar, rakan² pendidik boleh logout atau teruskan dengan mengisi markah TOV dan ETR.


Diharapkan tutorial ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat rakan² pendidik sekalian. Kalau ada yang terkurang tu mohon maaf la yer. Kalau ada cadangan dan maklum balas boleh tinggalkan di ruangan komen yang comei kat bawah entri ni.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 5 November 2014

Jom sambung belajar di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.




Hebahan awam | Universiti Tun Hussien Onn Malaysia mempelawa mana² calon yang berkelayakkan untuk menyambung pelajaran di universiti berkenaan dalam program sarjana muda, sepenuh masa semester II sesi akademik 2014/2015.



Untuk melihat syarak kelayakkan dan kursus yang ditawarkan, darling² dan arjuna beta boleh la klik pada info iklan untuk skodeng syarat² kelayakkan dan kursus yang di tawarkan.  U all boleh juga melayari website rasmi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia untuk sebarang maklumat tambahan dan pertanyaan.

Kepada darling² dan arjuna beta yang terjah entri ini dan berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti boleh la mengisi pendaftaran dengan klik pada permohonan atas talian sepantas gaban kerana tarikh akhir untuk permohonan ini adalah pada 1 November 2014.

UTHM komited untuk mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi berasaskan paradigma tauhid .
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jom sambung belajar! Jom pakat terjah lelaju.

Jangan lupa LIKE dan SHARE entri ini untuk hebahan kepada saudara mara dan orang kampung u all semua.

Sharing is caring

Jazakallah.


Kredit foto: Lebai Google


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Permohonan Online ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2014






Hebahan awam | Dengar sini darling²....abang² kacak serta orang kampung yang baik pekerti sekalian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempelawa mana² calon yang layak untuk mengisi permohonan online ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik bagi ambilan 2015


SYARAT UMUM PENGAMBILAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL. 
  1. Calon adalah Warganegara Malaysia
  2. Calon Tingkatan 3 (Tiga) yang telah menduduki PT3 2014
  3. Calon sihat tubuh badan 
  4. Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
  5. Calon berminat dengan program dipohon 
Untuk melihat syarat² khusus, calon boleh la klik pada syarat khusus dan klik pada info kursus untuk melihat kursus² yang ditawarkan.

Calon boleh klik pendaftaran online untuk mendaftar atau layari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup permohonan : 14 Dis 2014.


Calon² yang berminat untuk mencebur diri dalam bidang kemahiran boleh la memohon. Banyak benefit untuk calon² selepas mereka menamatkan pengajian mereka dalam bidang vokasional dan teknik. Bukan sahaja mereka dapat menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti ke politeknik, kolej kemahiran dan ke peringkat universiti malahan apabila tamat belajar nanti mereka telah pun diiktiraf sebagai tenaga buruh separuh mahir. Keberuntungan bukan?

Sewajarnya mereka yang layak membuat permohonan sepantas gaban memandangkan peluang pekerjaan sekarang dan masa depan mementingkan skill, technic dan knowledge.

Jangan lupa LIKE dan SHARE hebahan ini untuk manfaat saudara-mara serta jiran tetangga anda semua.

Sharing is caring.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 29 October 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)





Kredit foto: Lebai Google

Sedikit pengkongsian untuk rakan² pendidik. Mohon maaf pada yang yang bertanya sebab tak sempat nak reply emel. Harapnya, sedikit pengkongsian ini mampu meringankan beban rakan² pendidik. 

Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2). Rakan² pendidik boleh klik download untuk memuat turun contoh soalan ini. 




Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.

Bagi kertas peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 kertas 1, rakan² pendidik boleh rujuk entri Kertas 1. Klik donwload untuk menyimpan.

Semoga pengkongsian kecil ini memberi manfaat buat semua. InsyaAllah...

Sharing is caring

Jazakallah.





Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)




Sistem pendidikan yang diladeni sekarang ni sedikit berliku.....berlopak dan berlumpur. Masih ramai dikalangan rakan² pendidik yang keliru. Ramai yang buntu. Ramai lagi yang hidup dalam haru biru. Semuanya bertitik tolak dari 'otak² hitam' yang cuba menjadi profesor serba tahu.

Ada rakan yang bertanya tentang bentuk ujian atau peperiksaan yang harus bagaimana perlu mereka jalankan untuk akhir tahun ini. Adakah soalan perlu bergantung pada band dan eviden seperti zaman huru hara suatu ketika itu atau menjalankan ia seperti kaedah normal (peperiksaan). 


kredit foto: Lebai Google

Jika mengikut pada bicara Menteri Pendidikan, UPSR akan dikekalkan.....so......pada hemat serembrum kiri aku, soalan yang perlu disediakan bukan lagi berdasarkan pada band atau evidens. Untuk penilaian band dan evidens ianya telah pun di buat secara offline, lantak cikgu-cikgi la nak taruk band berapa pada setiap pelajar memasing nanti. Untuk peperiksaan akhir tahun, sediakan sahaja soalan berkonsepkan peperiksaan awam seperti sedia kala. Letak tepi soal fening² kapla....tunggu sahaja pencerahan minda dari pihak berwajib seandainya ada perubahan lagi selepas ini.

Apa pun, pesan aku pada rakan² pendidik, bawa la berbincang dengan pihak pentadbiran memasing. Jangan main aci redah pula. Mahzab aku ni jangan di follow sangat, takut sesat......HeHeHe....Well, kepada yang bertanya berkenaan soalan exam akhir tahun boleh la klik pada Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 untuk di donwload.





Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.

Sharing is caring

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 19 August 2014

Sebab-sebab gagal permohonan melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi STPM/Setaraf sesi Akademik 2014/2015.




Anda memohon melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tetapi tidak berjaya?

Jika anda gagal untuk ditempatkan dimana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara mungkin permohonan anda sebelum ini ada masalah. 

Melalui laman facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah menyenaraikan beberapa sebab yang mengakibatkan kegagalan calon untuk menempatkan diri ke IPTA.


Sebab-sebab gagal permohonan melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi STPM/Setaraf sesi Akademik 2014/2015.
  1. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT.
  2. Tidak memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian.
  3. Permohonan yang tidak lengkap.
  4. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan.
  5. Memohon program luar bidang aliran.
  6. Tidak Tekan butang ‘Sah & Hantar’ semasa permohonan.
  7. Pemohon sedang belajar.
  8. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan (Kategori Diploma Setaraf).
Kepada calon-calon yang tidak berjaya tidak perlu berputus asa kerana anda masih boleh membuat rayuan melalui sistem online e-rayuan. Anda hanya perlu memasukkan 1. Jenis pemohonan 2. Program pengajian 3. Kategori sebelum membuat rayuan. Anda perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh BPKP. Klik SINI untuk  maklumat lanjut.

Pastikan anda tidak mengulangi lagi sebab-sebab yang mengakibatkan permohonan anda gagal seperti yang dinyatakan di atas. Cermat la ketika mengisi borang e-rayuan anda. Harap menjadi ikhtibar buat semua pemohon dan bakal-bakal calon pada masa akan datang.

Moga kejayaan milik anda.



Kredit foto: FB rasmi UPU



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.