Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label Diari Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Diari Pendidikan. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

Permohonan Online ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2014






Hebahan awam | Dengar sini darling²....abang² kacak serta orang kampung yang baik pekerti sekalian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempelawa mana² calon yang layak untuk mengisi permohonan online ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik bagi ambilan 2015. 


SYARAT UMUM PENGAMBILAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL. 
  1. Calon adalah Warganegara Malaysia
  2. Calon Tingkatan 3 (Tiga) yang telah menduduki PT3 2014
  3. Calon sihat tubuh badan 
  4. Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
  5. Calon berminat dengan program dipohon 
Untuk melihat syarat² khusus, calon boleh la klik pada syarat khusus dan klik pada info kursus untuk melihat kursus² yang ditawarkan.

Calon boleh klik pendaftaran online untuk mendaftar atau layari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup permohonan : 14 Dis 2014.


Calon² yang berminat untuk mencebur diri dalam bidang kemahiran boleh la memohon. Banyak benefit untuk calon² selepas mereka menamatkan pengajian mereka dalam bidang vokasional dan teknik. Bukan sahaja mereka dapat menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti ke politeknik, kolej kemahiran dan ke peringkat universiti malahan apabila tamat belajar nanti mereka telah pun diiktiraf sebagai tenaga buruh separuh mahir. Keberuntungan bukan?

Sewajarnya mereka yang layak membuat permohonan sepantas gaban memandangkan peluang pekerjaan sekarang dan masa depan mementingkan skill, technic dan knowledge.

Jangan lupa LIKE dan SHARE hebahan ini untuk manfaat saudara-mara serta jiran tetangga anda semua.

Sharing is caring.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 29 October 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)





Kredit foto: Lebai Google

Sedikit pengkongsian untuk rakan² pendidik. Mohon maaf pada yang yang bertanya sebab tak sempat nak reply emel. Harapnya, sedikit pengkongsian ini mampu meringankan beban rakan² pendidik. 

Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2). Rakan² pendidik boleh klik download untuk memuat turun contoh soalan ini. 




Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.

Bagi kertas peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 kertas 1, rakan² pendidik boleh rujuk entri Kertas 1. Klik donwload untuk menyimpan.

Semoga pengkongsian kecil ini memberi manfaat buat semua. InsyaAllah...

Sharing is caring

Jazakallah.





Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)




Sistem pendidikan yang diladeni sekarang ni sedikit berliku.....berlopak dan berlumpur. Masih ramai dikalangan rakan² pendidik yang keliru. Ramai yang buntu. Ramai lagi yang hidup dalam haru biru. Semuanya bertitik tolak dari 'otak² hitam' yang cuba menjadi profesor serba tahu.

Ada rakan yang bertanya tentang bentuk ujian atau peperiksaan yang harus bagaimana perlu mereka jalankan untuk akhir tahun ini. Adakah soalan perlu bergantung pada band dan eviden seperti zaman huru hara suatu ketika itu atau menjalankan ia seperti kaedah normal (peperiksaan). 


kredit foto: Lebai Google

Jika mengikut pada bicara Menteri Pendidikan, UPSR akan dikekalkan.....so......pada hemat serembrum kiri aku, soalan yang perlu disediakan bukan lagi berdasarkan pada band atau evidens. Untuk penilaian band dan evidens ianya telah pun di buat secara offline, lantak cikgu-cikgi la nak taruk band berapa pada setiap pelajar memasing nanti. Untuk peperiksaan akhir tahun, sediakan sahaja soalan berkonsepkan peperiksaan awam seperti sedia kala. Letak tepi soal fening² kapla....tunggu sahaja pencerahan minda dari pihak berwajib seandainya ada perubahan lagi selepas ini.

Apa pun, pesan aku pada rakan² pendidik, bawa la berbincang dengan pihak pentadbiran memasing. Jangan main aci redah pula. Mahzab aku ni jangan di follow sangat, takut sesat......HeHeHe....Well, kepada yang bertanya berkenaan soalan exam akhir tahun boleh la klik pada Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 untuk di donwload.





Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.

Sharing is caring

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 19 August 2014

Sebab-sebab gagal permohonan melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi STPM/Setaraf sesi Akademik 2014/2015.




Anda memohon melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tetapi tidak berjaya?

Jika anda gagal untuk ditempatkan dimana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara mungkin permohonan anda sebelum ini ada masalah. 

Melalui laman facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah menyenaraikan beberapa sebab yang mengakibatkan kegagalan calon untuk menempatkan diri ke IPTA.


Sebab-sebab gagal permohonan melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi STPM/Setaraf sesi Akademik 2014/2015.
  1. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT.
  2. Tidak memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian.
  3. Permohonan yang tidak lengkap.
  4. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan.
  5. Memohon program luar bidang aliran.
  6. Tidak Tekan butang ‘Sah & Hantar’ semasa permohonan.
  7. Pemohon sedang belajar.
  8. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan (Kategori Diploma Setaraf).
Kepada calon-calon yang tidak berjaya tidak perlu berputus asa kerana anda masih boleh membuat rayuan melalui sistem online e-rayuan. Anda hanya perlu memasukkan 1. Jenis pemohonan 2. Program pengajian 3. Kategori sebelum membuat rayuan. Anda perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh BPKP. Klik SINI untuk  maklumat lanjut.

Pastikan anda tidak mengulangi lagi sebab-sebab yang mengakibatkan permohonan anda gagal seperti yang dinyatakan di atas. Cermat la ketika mengisi borang e-rayuan anda. Harap menjadi ikhtibar buat semua pemohon dan bakal-bakal calon pada masa akan datang.

Moga kejayaan milik anda.



Kredit foto: FB rasmi UPU



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015




Berita baik!!!


Kepada calon-calon lepasan STPM atau setaraf yang telah membuat permohonan bagi melajutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi boleh mula menyemak keputusan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2014/2015 di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajaran (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di SINI.

Calon-calon yang telah memohon boleh juga membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Calon hanya perlu menaip UPU <jarak> RESULT <jarak> NOKP dan SMS ke 15888. Contoh seperti bahan grafik di bawah.


Semakan boleh dibuat mulai 12 Ogos 2014 sehingga 11 September 2014 (11.59 malam). 

Calon juga boleh mengikuti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajaran (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dengan klik butang like akaun facebook BPKP JPT - FB rasmi UPU.

Selamat melanjutkan pelajaran buat semua. Taniah kepada yang berjaya. Kepada yang tak berjaya, jangan putus asa. InsyaAllah, rezeki anda ada dimana-mana. Husnudzon la pada Allah.


Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday, 16 August 2014

Panduan Jadikan Media Sosial Saham Akhirat.




Aci tak kalau entri aku kali ni takde mukadimah. Kira terjah terus pada maksud tajuk entri. Kan tulis pepanjang korang malas pula nak membaca. Sebab aku baru baca laporan yang mengatakan rakyat Malaysia ni sebenarnya malas membaca (bukan semua malas membaca tau tapi ramai yang malas membaca). Terutamanya bahan bacaan berat yang ada unsur2 ilmu dan manfaat untuk kehidupan. Yang banyak masyarakat Malaysia baca (terutamanya Melayu - segelintir melayu sebetulnya) adalah bahan bacaan berkonsepkan hiburan......for example majalah URTV, Mangga, Harmoni....majalah hiburan yang lain2 dan novel2 cintan cintun (mungkin blog aku pun termasuk dalam skop ni juga kot...HiHiHi...). 

Statement pada perengan kat atas tu bukan aku yang cakap tau. Tapi para pengkaji yang mengkaji. Nak tahu lanjut pasal pengkaji yang mengkaji tu u all  boleh tanya je lebai Google. Sebab entri ni bukan aku nak bebel pasal depa pun....HeHeHe....



Ok, berbalik pada tajuk (dah macam mukadimah pula perenggan2 kat atas tu).....Well, Macam mana media sosial boleh dijadikan sebagai saham akhirat untuk kita???? (cuba u all buat2 garu kepala). Ni hah....aku nak habaq dan ingatkan kat diri aku sendiri dan juga u all yang aku sayangi.....Ada tiga aliran pahala yang tidak akan putus sampai kepada kita meskipun kita telah meninggal dunia. Apakah itu?
  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang diamalkan
  3. Anak soleh.
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

❝Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya❞ [HR: Iman Muslim]
Jadi, cuba u all kaitkan yang no.2 tu dengan media sosial (facebook, blog, twitter, wassup dll). Well......penah tak u all terfikir bahawa status dan entri kita kat media sosial itu boleh dikategorikan sebagai ilmu yang diamalkan....yang boleh dijadikan saham akhirat....yang boleh buat kita bersenang-senang 'di sana'? 

Ilmu itu maksud dia luas maha benar. Tidak semestinya ilmu agama semata-mata. Apa sahaja ilmu yang boleh diamalkan dan bermanfaat kepada orang lain sehingga memberi kebaikan kepadanya maka dengan izin Allah SWT kita bakal mendapat pahala yang tidak putus-putus. Jadi, tulis la status dan entri yang baik-baik di media sosial, yang memberi manfaat kepada orang ramai dengan ikhlas dan sabar. Jangan sesekali kita menyebarkan fitnah dan menulis sesuatu yang merugikan kita diakhirat kelak. Rugi dan muflis atas dunia takpe lagi.....rugi kat akhirat memang sadis wooooooo....

For example, aku ni takde la pandai mana dalam urusan masak memasak. Tapi aku try juga main campak2. Lepas tu aku up resepi campak2 dan gambar tu kat media sosial yang aku kuasai. Tetiba datang la hamba Allah tu terjah hasil tulisan aku tu.....dia pun cuba la resepi campak2 aku yang konon2 best tu. Nak dijadikan story, hasil resepi campak2 yang dia follow aku buat tu akhirnya membuatkan suami dia bertambah kasih sayang pada dia. Jadi, secara tak langsung entri resepi campak2 dah beri secebis warna hidup buat kehidupan mereka sekeluarga. Lebih kurang gitu la ilmu yang bermanfaat ni. Ni contoh sahaja. Banyak lagi ilmu yang bermafaat yang boleh dicreate untuk santapan minda orang ramai. Segalanya bergantung pada hati memasing apa yang hendak diconteng.

Sebelum ni aku ada juga membebel pasal ni "Apa yang kita tulis itulah kita sebenarnya" (sebenarnya ada lagi entri2 yang sewaktu dengannya tapi aku malas nak carigali linknya). Tapi siapalah aku untuk mengubah pesepsi manusia dan melendik canggung dunia. Aku hanya penulis kerdil. Kekadang terbabas juga dari landasan. Namun, ketidaksempurnaan itu bukan penghalang untuk aku.....kamu dan kita semua berkongsi kebaikan. That rite???

Kekadang aku rasa aman di blog ini dan damai di pages Diari Seorang Lelaki berbanding lepaking di laman acc muka buku peribadi sendiri. Kenapa? Pasal ini nanti aku story lain kali. InsyaAllah...andai Dia beri aku kesihatan dan kekuatan.

Dengan izin Allah, jom kita pakat-pakat amalkan membaca surah Al-Mulk. Moga-moga mati kita nanti kita bebas dari seksaan kubur. Jangan lupa untuk amalkan surah Al-Kahfi ayat 10 pertama dan 10 terakhir. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari fitnah akhir zaman yakni fitnah Dajjal yang maha dasat.

So....sekali lagi aku ingat kat diri aku dan u all, kita adalah apa yang kita tulis........"Apa yang kita tulis itulah kita sebenarnya". 

Apa yang baik itu datang dari Allah. Apa yang buruk dan hodoh itu terhasil daripada diri aku yang daif ini (ayat skema dewan bahasa dan pustaka la pulop). Lantak la kalau u all nak gelakkan pun, tapi aku siyes baq ang. 

Dan, aku siyes juga nak u all LIKE lelaju pages photography aku yang INI. 

Aku harap entri Panduan Jadikan Media Sosial Saham Akhirat ini betul-betul menjadi panduan. Walaupun tak banyak, sikit pun jadi la manfaatnya pada u all yang terjah sini. Sekurang-kurangnya aku dah dapat sedikit saham akhirat dengan tulisan entri ini. Hahhhhh....gitu...

fullstop.



Support us MansuhPBS

kredit foto: Lebai Google


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



Saturday, 8 February 2014

Didik anak cara Rasulullah s.a.w dan Islam | Dari Mimbar Jumaat



Umum mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w itu adalah sebaik2 role model untuk di contohi. Baik dari segi sikap, perwatakan, cara hidup mahupun cara Baginda mendidik anak. Islam juga telah mengariskan beberapa perkara untuk umatnya jadikan guide line dalam mendidik anak2.

Sepertimana kita ketahui, Rasululullah s.a.w sangat menyayangi kanak2. Setiap kali jumpa kanak2 pasti Baginda akan mengusap2 kepala kanak2 tersebut. Kita juga sedia maklum pesan orang2 lama dalam perihal mendidik anak2, "merentung buluh biar dari rebungnya". Ya, ketika rebung itu la senang kita nak membentuk acuan yang kita mahu. Jika dah jadi buluh memang sukar dan susah untuk membentuk. Begitu la perumpamaan orang dulu2 untuk kita hayati dan pelajari.


Dari mimbar Jumaat tadi banyak yang khatib sarankan dalam hal mendidik anak2 kepada orang laki2 yang datang bersolat Jumaat tadi.  Antara cara mendidik yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w dan Islam dari mimbar Jumaat tadi yang sempat otak aku rakam dan save.

1- Rotan atau pukul anak di telapak kakinya . 
Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Sabda Rasulullah s.a.w. 
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 

2- Elakkan mengunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak.
Jangan sesekali menampar anak pakai tangan nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. Seeloknya pukul anak dengan mengunakan rotan kecil.

3- Jangan pukul anak dari lutut ke atas.
Kepada yang suka main2 luku kepala lepas ni elok la tukar cara hukuman yer. nantikan bergegar pula serebrum anak tu. Bila anak lembab dalam pelajaran tau pula nak marah anak. Ke macam mana??

4- Panggil anak dengan nama yang baik2.
Elakkan mengelar anak2 dengan panggilan yang tak baik atau boleh memalukannya. Ini boleh menyebabkan anak2 merasa rendah diri. Secara tidak langsung konflik dalaman akan berlaku pada diri anak2. Bila dewasa mereka akan menjadi seorang yang suka memberontak jika mereka tidak pandai mengawal emosi.

5- Beri penghargaan buat anak2.
Berikan peneguhan atau penghargaan setiap kali anak2 berbuat kebaikan. Contohnya, pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. 

Janganlah mengharapkan anak2 yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Jika ada kesilapan yang mereka lakukan hendaklah ditegur agar mereka tahu apa yang mereka buat itu salah. Jangan membiarkan anak2 terus membuat kesilapan dan kesalahan secara berterusan. Seeloknya bimbing mereka. 

Jika perlu menghukum hukum la dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang anak2 lakukan. Tapi, jangan terlalu memanjakan anak2 sehingga mereka tidak tahu membezakan antara kesalahan dan kebenaran yang seharusnya mereka lakukan.

Hukum merotan anak dalam Islam.

Abu Daud dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Umar bin Syu'aib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata:

"Suruh anak-anak kamu mengerjakan sembahyang, sedang mereka pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang apabila telah mencapai umur sepuluh tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur."

Rasulullah s.a.w menetapkan hanya pada umur 10 tahun anak dibenarkan untuk dihukum pukul kerana alasan tidak solat. Sebelum anak dijatuhkan hukum atau denda, adalah tidak adil jika mereka tidak diberikan ilmu serta pemahaman. Dalam kes solat, Rasulullah s.a.w memberikan masa sehingga 9 tahun untuk mendidik anak tentang solat dan pemahaman mengenainya.

Tapi harus diingat, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak.

Harap entri ni sedikit sebanyak dapat memberi panduan buat semua. Untuk kita praktikan apa yang baik dalam kehidupan kita. Sebab ramai ibu dan bapa moden sekarang ni jauh dari 'rel' yang sepatutnya dia lalui dalam mendidik anak2. Ada sesetengah dalam kalangan kita, menyerahkan urusan mendidik anak2 sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru2 disekolah anaknya. Sedangkan, mendidik anak2 adalah bermula dari rumah.

Muktahir ini jika kita lihat cara orang kita mendidik anak2 memang sedikit sadis. Banyak yang tak mengikut apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w dan juga Islam. Orang kita sekarang konon2 mengikut arus pemodenan dan terlampau sayangkan anak2, sehinggakan membiarkan anak2 tanpa haluan dan tujuan. Sedangkan apa yang Rasulullah s.a.w dan Islam sarankan merentasi zaman.

Dan sesungguhnya, anak-anak itu merupakan sehelai kain putih.....ibu dan bapa la yang mencorakkan mereka sama ada mahu menjadikan mereka majusi, nasrani, yahudi atau Islam yang hebat.

Lihat la apa yang ada dalam keluarga kita, adakah kita follow cara Rasulullah s.a.w dan Islam sarankan atau sebaliknya.

Ini sahaja yang termampu aku kongsikan dengan khalayak. Jika ada kekurangan aku minta halal. Jika ada teguran dan penambahbaikan dari khalayak amat2 aku alukan. Yang baik biar kita kongsi bersama. Yang tak baik tu, biar la aku hadapinya seorang diri sahaja.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


Kredit photo: Google
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday, 17 November 2013

Contoh lampiran sasaran kerja tahunan (SKT)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah.....dah settle semua yang tertangguh. Semuanya gara2 pendrive yang ada segala mak nenek bahan kerja hilang ntah ke mana. terpaksa la pulun buat semula.....bersengkang kornea dan melelahkan badan seadanya.

Sasaran kerja tahunan (SKT) akhirnya siap juga. Walaupun dah melepasi dateline harap big bos faham dengan kesulitan aku yang memang tak disengajakan. Cuai? Ntah...maybe itu dugaan dari Allah swt untuk aku. Dugaan penghujung kayuhan. Orang lain dah bersenang lenang, aku masih lagi membanting tulang. Apa boleh buat.....sabo je laaaaaaa....

Ok. kepada sahabat2 yang masih juga membanting tulang sama seperti aku......atau ada sahabat2 yang nak cari SKT untuk rujukan korang di masa hadapan boleh terjah Contoh Sasaran Kerja Tahunan (klik).



Atau korang klik je pada gambar kat atas sinun. InshaAllah....nanti korang akan akan dibawa terbang ke destenasi tanpa perlu membeli tiket Air Asia mahupun Mas.

Aku harap kerja buat aku yang tak seberapa ini bermanfaat kepada sahabat2 semua. Nak buat yang power dan cara orang terlebih rajin memang bukan spesis aku.

Aku tepek kat Share tu pun bukan apa, sebagai langkah berjaga2. Takut pisang berbuah dua kali. Sekurangnya simpan kat situ aku ada back up lagi selagi pihak Share tak bungkus dia punya operasi.

Ok la. Pen off. Harap bermanfaat buat semua.

Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday, 3 August 2013

4 Jawapan untuk wanita yang tak bertudung

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tengah2 dok blogworking terbaca tentang kisah ni. Rasanya sesuai kot untuk share dengan semua. 

Mana la tahu kot2 bermanfaat untuk kita, untuk anak2 kita.... untuk adik perempuan kita.... untuk isteri kita... untuk mak kita.... untuk kawan2 perempuan kita... untuk saudara2 perempuan kita..... untuk wanita2 diseluruh dunia.

Yang baik amik jadikan panduan, yang tak baik jadikan ia sempadan untuk meneruskan langkah dalam kehidupan.

Kadang2 kita ni manusia, tak penah lari sikap leka.....lupa dan alpa. Sebab tu pentingnya kita saling ingat mengingatkan untuk kebaikan. 

Empat jawapan untuk WANITA yang tak bertudung.


1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.



2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?


“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda yang bermaksud: "Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya." (H.R. At-Tirmidzi)



3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

Jawapan:
Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.



4. Menunggu seru untuk bertudung?


“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di liang lahad baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.



Jadi, bandingkan sendiri gambar gula2 di atas. Yang mana lebih elok dan baik......anda mampu mengubahnya. Sejahat-jahat lelaki, mereka akan cari wanita yang baik pekerti untuk dijadikan isteri.

Kepada seluruh wanita yang belum bertudung yang abg long kasihi, jangan dibutakan mata hati dek kerana diri yang terlalu egois.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan......selamat hari raya beramal untuk semua.

Jazakallah.

Disunting dari: Aku Islam
Kredit Photo: Lebai Google
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Rindu kenang seperti ini

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Terbaca kat paper online tadi berkenaan dengan seorang pengetua yang dihukum semata-mata memarahi pelajar beliau yang tak menghormati lagu Negaraku. Tapi abg long tak mahu ulas berkenaan isu tersebut untuk entri ini, inshaAllah akan abg long merapu-meraban melontarkan buah fikiran terhadap entri tersebut untuk lain siaran.

Cuma abg long nak kongsi cerita dalam gambar kat bawah ni. Rasanya setiap dari kita penah melalui detik2 'sadis' seperti dalam gambar ini sepanjang bergelar murid dan pelajar sekolah. Betul tak?



Rindu time kena denda ramai2 jalan itik dan lari keliling padang sebab tak siap keje sekolah.....Kena rotan sebab buat kawan, nakal dan suka buat bising......Kena denda duduk bawah meja sebab tak hafal doa qunut....kena berdiri atas kerusi/meja sebab tak hafal sifir 1 until 12.....Kena denda macam-macam lagi la....Paling best bila bukan sahaja seorang diri kena denda tapi kawan2 pun ikut serta.....Dapat la cover 'kemaluan'.....HaHaHa.....

Kadang2....kawan2 yang terlebih skema pun kena denda juga denga cikgu....sebabnya geng2 pecah kelas punya pasal. Mungkin nampak tak adil kat sini sebab seorang dua satu kelas kena denda, tapi penah tak kita tanya kenapa cikgu denda sebegitu??

Bila ingat kenangan dolu2 buat diri tersenyum sendiri. Moment seperti dalam gambar kat atas sebenarnya banyak mewarnai hidup kita masa kini. Banyak mengajar kita apa yang salah apa yang silap....apa yang boleh, apa yang tidak boleh.....

Tapi tidak lagi untuk murid dan pelajar zaman la ni, bukan kata nak denda.....nak marah sikit pun tak boleh. Silap jentik murid, laporan polis bertandang datang......paling ngeri bila kes tersebut jadi cite akhbar muka depan....HaHaHa....

Zaman ini zaman dimana anak2 kita manjakan keterlaluan. Kita hanya lihat apa yang ada hari ini, tapi kita tak lihat untuk 30 40 tahun yang ke hadapan. 

Sebab tu budak2 sekarang bersusahan sedikit pun tak boleh, serba serbi nak senang.....Kalau belajar, semua latihan kalau boleh nak cikgu 'suapkan' jawapan. Sikit pun tak guna otak kiri dan kanan yang Tuhan kurniakan. 

Tengok gejala sosial pelajar terlampau yang duk ada. Sekarang ni anak2 kita lihat bukan sahaja berani pijak kepala guru tapi dengan mak bapak pun depa dah reti buat 'tak tahu'. Hormati pada orang tua dah semakin terhakis dalam jiwa mereka. Sampai bila kita nak pejamkan mata atas kepincangan yang ada??

Jangan jadikan alasan zaman anak2 kita tak sama dengan zaman kita....Zaman dah berubah?? Al-quran dan sunnah tak pernah berubah malah relevan untuk setiap zaman.....Kenapa tak kita jadikan sandaran dalam memberi anak2 kita ilmu dan pelajaran??

Jangan jadikan anak2 kita kelak seperti 'agar-agar' dan 'biskut tat', jadikanlah mereka seperti kuih siput (saja nak amik mood raya sebab tu taruk perumpamaan sebegini) yang kenyal, kental dan lazat.

HiHiHi....apa pun didik la anak2 kita dengan cara terbaik. Sesungguhnya mereka ibarat kain putih, dan kita pula pelukisnya. Lukis la yang cantik2 atas kain putih tersebut agar ia dapat memberi keindahan buat semua dikemudian hari.

Pesan pada diri, pesan pada semua.

Jazakalallah.


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.