AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 1 August 2013

Cikgu rotan anak, bapa buat laporan polis.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Wah.....glamer abis. Masuk paper muka depan.......terbaik dari ladang!.....HaHaHa.....Rasanya kerjaya cikgu paling banyak masuk paper sebab depa memang banyak 'cerita'. Taniah la yer....

Tapi kan...... hmmmmm..... kesian la kat semua..... Kesian kat bapak budak yang buat laporan tu..... Kesian kat budak tu...... Kesian kat cikgu tu...... Kesian kat incik polis yang amik laporan tu..... Kesian kat reporter yang terpaksa tulis artikel tu...... Kesian juga kat angpa yang terpaksa baca entri ni...... Memang kesian sangat2....HiHiHi...

Angpa boleh baca SINI untuk berita dan kisah lanjut cikgu rotan anak, bapa buat laporan polis.

Abg long dulu, tengok cikgu sahaja dah kecut perut sampai ke usus. Sekali cikgu tengking dan marah, abg long dengan kengkawan menikus....dah tak berani....sumpah takut. Tapi murid2 zaman sekarang, cikgu cakap apa pun ibarat 'mencuah air didaun keladi'....

Abg long masa belajar dulu abah siap pesan kat cikgu, jika abg long malas...nakal.....buat perangai disuruhnya bantai dengan rotan. Tiap kali abah pi sekolah itu la yang dia pesan kat cikgu, "rotan je dia cikgu kalau dia malas belajar dan nakal......dekat rumah bahagian saya pula." Masa tu gila seram sejuk satu badan.....cikgu pula lepas abah cakap macam tu pandangan dia makin menyeramkan. Tobat rasa nak bertukar jadi dewasa time tu juga.....seksa rasa jadi budak kecik. Masa tu punya pikir la...

Tapi kan, apa yang abah abg long cakap tu dia akan kota.....balik dari sekolah mengadu kat mak kena rotan kat cikgu, abah balik kerja je mak terus report......last2 belah malamnya dapat tambah perisa lagi dari abah. Sedap sehingga meleleh ayaq mata baq ang...

Masa sekolah dulu, denda kena rotan....kena berdiri atas kerusi-meja....denda lari keliling padang, denda jalan itik......macam2 denda mak nenek lagi la yang penah kena sikit pun tak tergerak nak report sama bapak polisi. Lepas sekali report kat mak sampai sudah tak report dah.....sebab dah tahu, lagi bertambah denda ada.....

Bila ingat dan kenang balik segala yang cikgu penah denda boleh buat diri tersenyum sendiri. Pahit ada manis.....sakit itu la penawar hidup sebenarnya....Bukan ke denda2 tu nanti la akan mendewasakan kita bersama masa.....kan? kan? kan?

Cuba angpa ingat balik cikgu angpa yang paling garang, yang pernah denda angpa atas kemalasan.....kedegilan dan kesalahan angpa masa bergelar murid sekolah dulu....Kalau depa tak denda angpa adakah angpa akan menjadi dan berada pada tahap yang angpa ada sekarang?

Ingat lagi satu ketika abah sedang membuat pembantaian, masa tu sempat dia mengomel (bese la kan, tengahh marah tangan bekerja mulut turut bekerja juga) "Sorang cikgu nak menjaga korang tiga pat ploh orang kemain payah tak akan aku nak ajar anak sorang sikit punya susah.....orang hantar pi sekolah suruh belajar jadi manusia, dia pi sekolah duk main.....nak jadi setan ke apa?"

Cara mendidikan orang zaman dulu walaupun ganas tapi lembut duk ada.......Bukan macam zaman sekarang, bagi anak ipad....tablet dan segala macam spesis teknologi lagi, lepas tu pandai2 la anak2 tu bawa diri. Konon2 zaman dah maju.....hakikat sampah! Sayang dan manjakan anak2 tak bertempat.

Memang benar Saidina Ali karamallahu wajhah ada berkata, "Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya". 

Tapi sila la pantau juga mereka, pemantauan awal oleh ibu bapa abg long percaya dapat membasmi sesuatu yang tak diingini daripada berlaku. Al-quran masih duk relevan sampai sekarang kita tak mau guna, yang terbaik dari Nabi saw tak pula kita nak follow cara baginda....Hmmmmm......bodoh sombong kan kita.....sebab tu masyarakat kita sekarang macam2 penyakit duk ada.

Masalah dan gejala sosial yang kini berleluasa salah siapa? Jangan kita lupa, pendidikan bermula dari rumah.......diulangi, bermula dari rumah

Boleh nampak tak beza ibu bapa dan murid dulu dengan yang duk ada zaman sekarang......zaman sekarang ni pengaruh televisyen kuat sangat......*ada perkaitan ke? Ntah.....belasah taip je la yer......HaHaHa...

Pernah tengok cite arwahyarham P.Ramlee yang bertajuk 'Anakku Sazali' tak? (pengaruh tv gak ke abg long ni...aduiiiiiiiii...lantak la yer....) Kenapa cite tu relevan sampai sekarang? Mungkin sampai penghujung usia dunia relevan ia tetap ada.....banyak kita perlu belajar dari sana, tapi orang kita tengok cite sekadar hiburan semata. Otak sikit dia tak mau guna.....cuba gali apa yang tersurat dan tersirat......So, nak ke anak kita kelak jadi seperti 'Sazali' yang arwahyarham P.Ramlee nak sampaikan tu? Sudah tentu tidak bukan? Jadi, mainkan peranan kita sebagai ibu bapa yang berkesan dan sepatutnya....

Jika ibu bapa asyik duk back up anak sampai bila anak tu nak sedar kesalahan dia. Sampai bila anak2 nak 'simpan' otak kanan kiri yang duk ada?

Cikgu tersebut kemungkinan memang salah sebab halau budak tu balik, tapi kalau budak tu tak degil dan tidak bermasalah sudah tentu dia akan takut untuk balik.....sebab dia balik awal dari waktu sepatutnya tentu sahaja ibu bapa akan bising dan bertanya sebabnya. Jadi, apakah sebenarnya??? 

Orang lama penah berpesan, "sayang anak tangan-tangan kan". 

Well, fikir-fikirkan dan renung-renungkan.....Selamat beramal.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.