AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 15 July 2013

Ikan Kembung Masak Oyster

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ini abg long bawa kan khas untuk angpa semua ketuk-ketuk ramadhan bersama abg long....haaaaaa.....kelas gitu.....Oppsssss.....apsal jadi lembik semacam plak ni...Aduhaiiiiiii....HaHaHa..

Dah lama sebetulnye tak masuk ke dapur. Dah lupa buah2 silat kat dapur macam mana. Sejak tragedi ngeri itu langsung keberatan nak masuk dapur. Tadi mau kelam kelibut juga la masa tengah godek2 kuali....Main campak2 dan ketuk2 je apa adanya...

Ok, abg long nak kongsi skill memasak abg long dengan angpa semua bersempena dengan bula pose yang mulia. Mana la tahu nanti angpa dapat wahyu macam mana nak sedia menu berbuka dilain hari kan....

Sedap tak sedap belakang kira, yang penting masak dan makan apa yang ada. Abg long malas sebetulnya nak ke bazar ramadhan. Takut kurang pahala pose....angpa taw2 la kat sana, macam2 spesis duk ada......paling tak boleh blah musim pose pun ada juga yang tak segan silu tayang yang dia punya....macam la dia sorang yang ada.....Haaaiisssshhhh......

Aduhaiiiiiii....termelalut la pula yer....ok, berbalik kepada jalan yang benar dan diredhai.....ni ada resepi yang abg long nak kongsi, resepi main campak2 je ni.....HiHiHi....

Antara bahan-bahan yang yang diperlukan untuk resepi Ikan Kembung Masak Osyter.


Bahan-bahannya:
Dua ekor ikan kembung muda rumaje (seeloknye sepasang, jantan dan betina) yang dah ditaruk garam kunyit 
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besaq yang bersaiz cinonet
1 batang serai
2 keping asam gelugur (kat Tasik Gelugur banyak kot bende alah ni)
5-7 biji cabai super pedas (yang ni ikut tahap deria memasing la yer)
1 sudu cili giling
1 Sudu sos tiram 
1/2 cawan teh air 
1/2 cawan teh kicap berjenama Life (kijap lain pun boleh, terpulang pada anak tekak memasing)
Secubit garam (kasaq ke halus terpulang pada nafsu memasing)
Secubit gula cap Prai (sebab gula makin mahai rega dia maka abg long sarankan angpa taruk sikit ja)
Secubit ajinomoto

Peralatan:
Sebilah pisau besaq gedabak
Sebiji lesung batu (lesung pipit adalah tidak dibenarkan sama sekali)
Sebiji mangkuk kecik
1 bilah Seduk
1 bilah Sudu

Cara-cara menyettlekan mereka:
1. Goreng ikan kembung yang telah digaul dengan garam kunyit dalam kuali. Pastikan ikan tadi dipotong dua. Bila dah masak dan garing, sila angkat mereka dan taruk dalam pinggang buat sementara.

2. Ketuk serai dan bawang putih tadi dengan pisau besaq gedabak tadi sehingga bersepai. Hiris secara mayang bawang merah, bawang besaq yang cinonet dan cili tadi dengan penuh kasih sayang.

Harap maaf, gambaq serai lupa nak snap...HiHiHi
3. Tumis cili giling dalam kepanasan minyak yang mendidih. Bila dah naik bau dia sila masukan serai yang telah diketuk tadi bersama dengan bawang putih. Tumis sehingga naik haruman dia semerbak.


4. Lepas tu....campakkan bawang merah, bawang besaq dan cili yang dihiris mayang tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga mereka bersatu menjadi satu.


5. Bila mereka dah bersatu maka masukkan sos tiram, kacau sehingga naik bau best tahap berair hidung. 
6. Masukkan kicap ke dalam kuali dan kacau. Sekiranya terlalu pekat, masukkan air dan kacau. *Kalau nak kuah banyak taruk air banyak la....kalau nak pekat kuah tu taruk air sikit.....Suka suki hati memasing....
7. Campak asam gelugur, garam, gula dan ajinomoto saudara yakashima secekup rasa dan kacau lagi.
8. Bila semua sudah sebati dan aroma naik sehingga menendang isi perut boleh la campakkan ikan yang sudah siap digoreng tadi ke dalam kuali.
9. Gaulkan ikan tadi dan biarkan buat seketika untuk mereka saling mengenali dan berasimilasi.
10. Angkat ikan tadi dan masukan ke dalam mangkuk dan hidang untuk mentekedarah.

Ikan Kembung Masak Oyster
Apa? Tak percaya? Angpa ingat abg long tak reti masak ka? See my leg lalala.....HaHaHa...

Ok ebelibadi, selamat mencuba yer...

Jazakallah.

*Angpa perasan dak yang lesung batu tu takdak fungsi? Sebetulnya ia hanya sekadar pelakon tambahan untuk menyerikan entri ini....HiHiHi..
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.