Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 30 July 2013

Ikan Rohu masak aprikot

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Dah tak lama dah nak berbuka pose kan. Tinggal beberapa ratus minit sahaja lagi azan maghrib akan berkumandang penuh kemerduan. Angpa dah siap ke juadah berbuka? Masak apa la tu yer?

Abg long hari ni malas nak ke bazar ramadhan, 'sakit mata'. Lagi satu konon2 nak belajar berjimat sementara menunggu raya tiba...HiHiHi...dah tak lama dah...

Alhamdulillah, baru je selesai bersilat kat dapur sana. Hari ni masak biasa2 sahaja.....Cukup sekadar mengenyangkan perut yang kian gendut....HaHaHa...Menu ari ni Ikan Rohu masak aprikot. Ada lebihan buah aprikot yang geng Petronas bagi masa berbuka aritu, dari terbiar tanpa kasih sayang ada eloknya abg long modified depa supaya lebih bermakna........*Mesti korang menggongkan bila baca ayat Bahasa Malaysia abg long yang tak berapa nak betul ni kan? kan? kan? ....Ahaks3

Ikan Rohu tu abg long beli kat pasaraya Tunas Manja, Kemaman (tak bertunas dan tak manja mana pun pasaraya ni). Pelik pula kan nama ikan ni, klasik bebeno.....tapi ok la kot Rohu dari Rosmah....KiKiKi.......Opppsssssssss.....tolong jangan politikan lawak sengal abg long ni taw.....takdak kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah bersemadi dialam barzakh.

Ok la, sembang panjang tak guna....jom terjah resepi....

Bahan-bahannya.
Seekor ikan Rohu yang dah mencapai usia akil baligh. Siang dan cuci bersih2.
1 batang serai, dipotong2 sesedap rasa
1 helai daun limau purut, mayang halus
1/2 inci halia, mayang halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji bawang merah, hiris halus
1 biji tomato, dipotong kiub
1/2 lobak merah, dipotong kiub
1/2 bunga kobis, potong kecik
1/4 nanas, potong kiub
5 biji aprikot, potong halus
5 biji cili merah super pedas, dipotong2 sesedap rasa. (jika nak lagi super duper pedas boleh la taruk lebih cili tu)
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili life
2 sudu besar sos tomato life
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
1/2 cawan air
Daun salad untuk hiasan

Cara menyettlekan mereka.
  1. Goreng ikan Rohu hingga keemasan, angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai dengan saiz ikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bawang putih, bawang merah dan halia hingga harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tiram, sos cili dan sos tomato. Masukan cili merah super pedaah. Kacau rata dan tuang sedikit air (kalau nak kuah banyak banyakan air tapi awas! jangan membanjir pula). Kacau dan biar mendidih. Guna api kecil.
  4. Masukkan daun limau purut, aprikot, bunga kobis, lobak merah dan nanas. Masak hingga pekat.
  5. Masukan sedikit garam, ajinomoto dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mereka sehati dan sejiwa dalam kuali.
  6. Boleh matikan api. Tuang atas ikan rohu tadi, ratakan dan tabur tomato yang dipotong kiub. 
Well, macam mana? Ok tak resepi dari abg long kali ni? Tak tahu la sedap ke tak kan.....maklum la bulan pose jadi tak boleh nak rasa mana....HiHiHi...

Ok ebelibadi, selamat mencuba yer...

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.