السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Sejak kes blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee mengemparkan dunia bani melayu-islam sedikit pun takdak selera abg long nak ulas apatah lagi nak SHARE dan LIKE bagai posting2 yang 2x5 5x2 je bangsa abg long dengan depa.
Bukan abg long tak prihatin terhadap 'keceluparan' blogger seks berkenaan terhadap agama Islam yang abg long anuti, cuma ada kalanya cara orang kita nak pertahankan agama yang dihina depa tu sedikit songsang......memperlihatkan kan diri kita juga sama seperti depa....
Bukan semua cina itu jahat dan bukan semua melayu itu muslim.......tak faham? Elok la pi mengaji lagi.
Mana lebih penting antara blogger seks ini dengan sedara mara kita kat Mesir, Palestine, Syria dan Iraq sana??
Kepanasan 'apa lagi cina mahu?' pasca PRU13 nampaknya masih belum cool lagi. Masih boleh diibaratkan api dalam serkam.....
Jadi, kat sini suka abg long kongsi mongsi buah fikir saudara Sham Kamikaze untuk tatapan minda dan santapan jiwa kita. Sesungguhnya kita ni banyak mengutamakan sesuatu yang penting berbanding perkara yang paling penting.
Yang bangsa lain hina agama kita, kita gegak gempita......bila ada bangsa seagama kita yang hina agama depa siap nak bakaq bible depa kita buat dunno sahaja. Kita pun sama ja dengan depa sebenarnya.....
Tapi lagi pelik bila ada bangsa abg long yang bangkit pertahankan agamanya ditangkap oleh penguasa tetapi pasangan blogger seks ni masih lepas bebas bergaya.....wallahualam.
Well, tepuk dada tanya iman kita.
Jazakallah.
Sejak kes blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee mengemparkan dunia bani melayu-islam sedikit pun takdak selera abg long nak ulas apatah lagi nak SHARE dan LIKE bagai posting2 yang 2x5 5x2 je bangsa abg long dengan depa.
Bukan abg long tak prihatin terhadap 'keceluparan' blogger seks berkenaan terhadap agama Islam yang abg long anuti, cuma ada kalanya cara orang kita nak pertahankan agama yang dihina depa tu sedikit songsang......memperlihatkan kan diri kita juga sama seperti depa....
Bukan semua cina itu jahat dan bukan semua melayu itu muslim.......tak faham? Elok la pi mengaji lagi.
Mana lebih penting antara blogger seks ini dengan sedara mara kita kat Mesir, Palestine, Syria dan Iraq sana??
Kepanasan 'apa lagi cina mahu?' pasca PRU13 nampaknya masih belum cool lagi. Masih boleh diibaratkan api dalam serkam.....
Jadi, kat sini suka abg long kongsi mongsi buah fikir saudara Sham Kamikaze untuk tatapan minda dan santapan jiwa kita. Sesungguhnya kita ni banyak mengutamakan sesuatu yang penting berbanding perkara yang paling penting.
Adalah amat menyedihkan apabila dua pasangan Cina yang bukan Islam yang tidak matang berjaya mendapat perhatian sesetengah orang dengan hanya satu gambar FB sejak 3 hari yang lalu, tetapi sebaliknya lebih daripada 100,000 gambar umat Islam Sunni mati di Syria sejak 3 tahun yang lalu tidak pula mendapat perhatian!
Malangnya ia hanya menunjukkan bagaimana sebahagian daripada kita ini telah menjadi jauh akan teras Islam dan ajaran agama islam yang sebenarnya, dan bagaimana hilangnya teras keutamaan Ummah kita!
Tidakkah Allah swt telah berfirman dalam Quran surah Al-Anaam [Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). (68)
Dan Allah swt juga telah berfirman di dalam Quran Surah Al-Baqarah [Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (15)
Jadi Allah swt menyuruh kita untuk SHARE dan LIKE dalam FB apabila orang bukan islam mempersendakan agama kita, atau Allah swt meminta kita untuk tidak menghiraukannya sahaja perkara itu dan berlalu pergi?
Tidakkah Allah swt telah berfirman di dalam Quran Surah ِAl-Hujurat [Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (9)
Dan juga Allah swt telah berfirman di dalam Quran Surah Al-Anfal [Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. (72)
Bagaimana gambar dua pasangan bukan Islam ini menyindir Islam, menjadi sangat penting kepada umat islam daripada TUMPAHNYA DARAH umat Islam?
Adakah "Bakuteh" adalah lebih hebat sindirannya berbanding TUMPAHNYA DARAH dan KEMATIAN seorang pejuang di jalan Allah swt?
Jika mereka tersebut tahu bahawa kita adalah sebuah UMMAH ISLAM YANG BERSATU, mereka tidak akan pernah BERANI untuk melakukan semua ini!
Ini bukanlah kali pertama dan terakhir mereka akan menyindir Islam, IANYA BUKAN KEWAJIPAN KITA untuk membantu mereka menyebarkan dan membuatkan mereka terkenal dengan gambar-gambar tersebut. Kita harus mengutamakan apa yang wajib sebagai keutamaan kita.
Kredit: Sham Kamikaze
Tapi lagi pelik bila ada bangsa abg long yang bangkit pertahankan agamanya ditangkap oleh penguasa tetapi pasangan blogger seks ni masih lepas bebas bergaya.....wallahualam.
Well, tepuk dada tanya iman kita.
Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
deiiii?? dorang ni dibebaskan?? sepatutnya sumbat dalam penjara tu dua tiga bulan... haishhhh cukup pantang manusia macam ni...
ReplyDelete