بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
CINTA. Satu perkataan yang amat memberi 'energi' kepada makhluk bernama manusia. Ia betah memberi pelbagai warna kepada sesiapa sahaja.
Cinta ni macam2 perumpamaan duk ada.....Cinta itu buta.....Cinta itu monyet.....Ada juga cinta itu umpama menunggu bas.... Apa perkaitan cinta dan menunggu bas? Hmmmm.....Angpa pernah bercinta??
Artikel kat bawah ni abg long dapat dari emel seorang sahabat di mahligai group. Nak tahu apa yang dikatakan cinta itu umpama menunggu bas jom baca sampai abis.
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."Jadik, awak katakan pada diri awak,"Saya akan tunggu bas yg lain."Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awakbercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelahbeberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Yang sebetulnya abg long dah lama tak naik bas......Bila naik bas baru-baru ni mula la fening kefala dan rasa meloya.....Sumpah dah lama ngat tinggal bab-bab bas ni.....Bukan nak poyo tapi memang itu yang abg long rasa.
Bila kita nak naik bas kita perlu tahu arah destinasi kita mana hala kita nak tuju dan apa tujuan kita nak naik bas......bukan boleh naik bas sesuka suki hati....Nanti kita sesat haluan dan tujuan..ke angpa pikiaq macam mana?
Kenapa perlu bersusah payah nak naik bas jika kita ada pilihan lain seperti teksi dan helikopter kapal terbang airasia? Hmmmmm......tapi, semua tu bergantung pada kemampuan dan kemahuan kita bukan?
Cinta dan bas.........Nak bercinta kena la pilih insan yang punya hala tuju yang sama dengan kita bukan? Sama la bas mana yang perlu kita naiki.....baru la best nak mengembara......takdak la nanti kita terlelas dan terlelah dalam perjalanan.
Boleh ke macam tu? Hmmmmmmmmm.....korang ada pengalaman? Cuba share sikit berdasarkan artikel kat atas tu.....Sharing is caring!
Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
betul3..iman setuju la plak dgn shbt ni.cinta umpama tggu bas kan?
ReplyDeletesaya masih menunggu bas mana yg akan dtg seterusnya
ReplyDelete