Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 23 July 2013

Jerebu pusingan ke-2 kini melanda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi tadi patut la berkabus tebal, matahari pun nyala dia lain macam je.....ingatkan apakah....jerebu pula rupanya.

Aduhaiiiiiiiiiii......baru je baik dari kemalangan tempohari, dah boleh dah nak sangkut kumira kat tengok ni.....ingat nak la outim sepam dua minggu ni buang rasa gian......jejari ni pun dah ketaq2 tak tahan nak tekan shutter.....tapi jerebu pula melanda untuk kali ke-2.
Bikin ketat jiwa je....Ni la manusia, rakus tak kira tempat dan tak kira masa.....yang dia pikiri hanya fulus dan keuntungan personal semata.....khalayak susah sikit dia tak cakna.....selfish! (cakap omputih baq ang)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [surah ar-Rum : 41]

Walaupun hanya segelintir yang melakukan perbuatan buruk itu namun akibatnya turut dirasai oleh semua. Allah tak jatuhkan sesuatu bencana itu kepada mereka yang ingkar suruhannya tetapi juga kepada orang alim yang soleh serta orang2 yang berada disekitarnya.

Nampak gayanya terpaksa berehat panjang lagi la kumira dalam sun-dry. Abg long tak faha betul dengan orang-orang seberang sana yang suka membuat pembakaran terbuka dan merosakan ekosistem yang ada.

Depa tak tahu ka yang planet bumi ini bukan depa sorang yang punya, bulat bumi ni kita kongsi bersama. Susah sangat ke nak hormati hak bersama?

Depa ni spesis yang ada akai tapi tak mau nye depa pakai....hidup macam depa ni memang serabai. Hidup hanya menyusahkan orang ramai......hampagas betul!

Gambaq2 bawah ni yang terkini diambil tadi siang.

Gambar: Jerebu lg ke ni??
Shoot by seorang sahabat : unknow location

Shoot by Muhammad Asrul : Shah Alam
Abg long shoot depan simpang nak ke edtec Kemaman.
Sunset yang 'sakit' akibat jerebu

Jerebu dihujung laluan
Untuk check bacaan indek pencemaran udara tempat angpa dari masa ke semasa angpa boleh rujuk Jabatan Alam Sekitar dengan klik Paparan IPU terkini.



Angpa nampak tak negeri Selangor, area Banting dah kuning menyala coz bacaan dah melepasi IPU 100. Manakala Terengganu, Kemaman tempat abg long dok menoreh cari rezeki sesuap nasi bacaan dah semakin meningkat sedikit demi sedikit.

Khabarnya jerebu pusingan ke-2 ni tak lama mana.....mungkin sekejap sahaja. Bukan abg long yang kata tapi mereka yang memantau jerebu yang kata, abg long tukang sampai sahaja.

Tapi kan.....tak kan kita nak makan jerebu kot bila syawal menjelma....tolol betul la manusia yang suka main api bakar2 hutan ni (muka merah macam msg wassap).

"Jagai kesihatan dan cintailah alam sekitar", pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Diari Seorang Lelaki - Mewarnai hidup mu.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.