Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 29 July 2013

Cubaan bunuh R Sri Sanjeevan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) untuk halang dedah jenayah polis?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Betul ke kes cubaan bunuh R Sri Sanjeevan, Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) untuk halang dedah jenayah polis?

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, melalui twitter beliau mengatakan kemungkinan kes cubaan bunuh Pengerusi MyWatch tersebut berkait rapat dengan dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah.

Menulis dalan Twitter, Tan Sri Musa Hassan berharap pihak polis akan melakukan siasatan menyeluruh untuk mengesan suspeknya kerana mangsa (Sanjeevan) telah menerima beberapa ancaman ekoran pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti sindiket jenayah dan aktiviti haram. Baca lanjut di SINI.

Februari lalu mangsa pernah membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya beliau telah diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di Jelebu. Baca lanjut di SINI.

Jika benar apa yang didakwa maka ianya adalah malapetaka buat kita semua. 

Abg long harap penjenayah yang melakukan jenayah tak bertamadun seperti ini ditangkap dan didakwa. Tak kira siapa pun yang melakukannya, keadilan perlu ditegakkan. 

Jaminan keselamatan untuk warga hidup aman dan tenteram sudah semakin terhakis.......Penjenayah semakin bermaharajalela dan berkuasa. Hari ini mungkin bukan hari kita untuk menjadi mangsa, hari depan mungkin hari untuk kita pula. 'Kemungkinan' itu tidak mustahil akan tiba.

Hmmmmmmmmm.......Ada yang kata, kes jenayah negara kita masih terkawal jika nak dibandingkan negara2 maju lain. Masih.....masih......dan masih......bla....bla....bla...... hakikatnya sampah!

Oh ya, sebab terkawal la kot berita tv dan paper duk saji cerita kes2 jenayah tiap hari. Itu yang dilaporkan, yang tak dilaporkan boleh ke nak kira dengan jari? Wallahualam....

Bagi warga yang cintakan keamanan dan keharmonian pada siapa nak disandarkan harapan.....masyarakat sekeliling, pemimpin atau penguasa yang diberikan kuasa?

Tak kan nak serah pada takdir semata? Well, Tepuk dada tanya minda.

Oh ya, IPCMC apa cite yer? Hmmmm.....angpa tak tahu pedia IPCMC? Kalau nak tahu sila tanya lebai google...HiHiHi....Y(^__^)Y

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.