السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Lelah yang melingkari ku gagahi diri
Lelas dihati ku cuba tuk menghadami
Dalam pencarian ini bukan sedikit payah yang menghiasi
Dalam pemburuan ini bukan kecil sukar yang melatari
Laluan yang ku tempuh berliku
Luka tetap ada namun tegar ku dakap peritnya
Pedih itu ku tampung dengan manis senyuman
Penuh keinsafan.....
Di sudut ini aku menuai mimpi
Ingin ku takluk seisi bumi
Akan ku bukti pada semua hati
impian ini bukan sekadar ilusi
Penat dengan dunia
Bukan bererti aku mengalah dengannya
Aku berehat seketika
Sebelum ku orak langkah yakin semula
Memburu nikmat Tuhan Yang Esa
Bekal di dunia dan juga di 'sana'.
Lelah yang melingkari ku gagahi diri
Lelas dihati ku cuba tuk menghadami
Dalam pencarian ini bukan sedikit payah yang menghiasi
Dalam pemburuan ini bukan kecil sukar yang melatari
Laluan yang ku tempuh berliku
Luka tetap ada namun tegar ku dakap peritnya
Pedih itu ku tampung dengan manis senyuman
Penuh keinsafan.....
Di sudut ini aku menuai mimpi
Ingin ku takluk seisi bumi
Akan ku bukti pada semua hati
impian ini bukan sekadar ilusi
Penat dengan dunia
Bukan bererti aku mengalah dengannya
Aku berehat seketika
Sebelum ku orak langkah yakin semula
Memburu nikmat Tuhan Yang Esa
Bekal di dunia dan juga di 'sana'.
|
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.