AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 21 September 2012

Apa yang kita tulis itulah kita sebenarnya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah. Petang jumaat yang mendamaikan.  Cuaca yang redup dek kerana hujan yang bertandang datang seakan memberi satu kenikmatan. 

Untuk pengetahuan semua yang masuk terjah ke blog ni, blog Diari Seorang Lelaki ni adalah blog yang bersifat personal. Segalanya adalah berbentuk peribadi. Abg long tulis apa yang abg long rasa nak tulis (kalau bagi pendapat tentang sesuatu perkara biasanya banyak yang merapu-meraban-meroyan)Tetapi, jika ada artikel2 yang abg long tepek kat sini kalau ianya bukan hasil genius kepala hotak abg long, abg long akan kredit pada penulis asai dia yakni tang mana sumber tu abg long hadam untuk pembacaan. Maklum la, abg long ni bukannya penulis yang maha karya idea. Apa yang abg long baca dan rasa ianya boleh mendatangkan manfaat pasti abg long akan kongsi bersama. Untuk kita aje.....ツ 

Blog abg long ni takdak la secool dan sebest blog2 yang lain. Bagi abg long, cukup la dengan apa yang ada (InsyaAllah, dalam pada tu abg long akan berusaha juga utk persembahkan yang terbaik. Terutamanya dalam garapan penulisan abg long). Harap sahabat2 yang sudi terjah sini juga terima apa adanya. Kalau sahabat2 dapat bagi komen dan bagi pendapat sangat2 la abg long alukan....Kecik tapak tangan, stadium Sultan Mizan yang runtuh abg long tadahkan.....Hi Hi Hi!

Menulis dalam blog peribadi merupakan satu kepuasan yang berbeza sifatnya. Kalau dulu, abg long suka tulis dalam diari. Tapi diari abg long ni lain dari yang lain. Hanya cebisan kertas yang abg long lipat dan gunakan untuk tujuan buat nota ringkas. Kat dalam tu la abg long tulis segala apa yang jiwa abg long rasa dan apa yang merah sekeping hati lelaki abg long ni kata. Bila tak dak cebisan kertas, abg long tulis dalam buku (buku latihan yang kita guna zaman bersekolah dulu). Angpa nak tengok dak diari usang abg long dolu2 tu? Kalau ada request insyaAllah akan abg long tepek kat blog abg long yang tak comel ni. ツ 

Menulis blog peribadi ni sebolehnya abg long nak jadi diri sendiri. Abg long tak mahu menjadi hipokrit apatah lagi menjadi bahan2 konkrit yang sewaktu dengannya. Abg long nak menulis dengan bebas dan merdeka. Abg long tak mahu dikongkong dan dijerut dengan 1001 peraturan yang tak best dan merimaskan. 

Dalam erti kata lain, apa yang abg long tulis, itulah abg long. *Sahabat-sahabat boleh tenyeh tetikus kat SINI untuk edisi skodeng dengan lebih lanjut.

Sejak akhir-akhir ini, abg long gemar menerjah dan lepak kat blog-blog yang mana penulisnya telah pun terlebih dahulu meninggalkan kita untuk bertemu dengan pencipta-NYA. Bukan mencari salah apa yang ditulis oleh penulis tetapi abg long mencari SESUATU agar abg long boleh belajar dari SESUATU itu untuk mengenal SESUATU ('sesuatu' itu sifatnya abstrak.....mungkin juga ia bersifat subjektif. Terpulang pada konklusi memasing utk mentafsir)

Abg long lihat, baca dan hadam segala isi yang mereka persembahkan diblog mereka. Ramai juga pengunjung (termasuklah abg long) yang tidak putus2 menyedekahkan al-fatihah buat mereka dan mengagumi hasil karya mereka. Adalah lumrah, nilai kerja seseorang selalunya akan menjadi high value bila dia tiada lagi. Lihat saja pada arwah Tan Sri P.Ramlee dan arwah Jasmin Ahmad. 

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim)
Cuma, sejak akhir2 ini abg long sering berbicara pada hati dan menyoal pada diri....adakah apa yang abg long conteng itu sama ada di facebook, tagged dan juga blog ini dapat memberi abg long ‘ganjaran’ buat abg long sesudah mati nanti? Adakah segala apa yang abg long conteng memberi ilmu yang bermanfaat kepada khalayak yang membacanya?

Andai apa yang abg long conteng itu bermanfaat, alangkah bersyukur dan bertuahnya abg long. Tetapi, jika sebaliknya berlaku, ternyata abg long tergolong dikalangan orang2 yang rugi. Nauzubillah....

Hendaknya apa yang abg long sampaikan dalam bentuk contengan di dunia maya ini memberi manfaat pada semua. Kepada sahabat2 pembaca, sila la kaut yang baik2 sahaja dari blog ini. Yang hodoh dan tak comel tu tolong la abaikan. Sesungguhnya kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT jua, yang daif itu milik abg long selamanya.

Walaupun ditempat kerja sana abg long memberi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk bintang-bintang hati abg long, namun abg long khuatir ianya tidak berlaku seperti itu bila abg long menyampaikan sesuatu di dalam dunia maya ini.

Orang sering mengatakan, kita adalah apa yang kita tulis. Bermakna, apa yang kita tulis itulah diri kita yang sebenarnya. Sebab, apa yang kita tulis itu lahirnya ia adalah dari merah sekeping hati kita sendiri. 

Sebab tu abg long sering mengingatkan pada diri, menulis ni bukan satu kerja yang mudah. Bukan semudah makan kuaci sambil menonton tv. Tidak juga semudah duk ketuk2 tang keyboard ni. Menulis ni sebetuinya susah maha payah. Silap berbahasa buruk padahnya (dah tentu diri sendiri tanggung yg ni). Salah konar, terbabas la akhirannya (dengan pembaca2 sekali terbabas kan ke naya....Hu Hu Hu!). 

Orang kata, kalau apa yang kita tulis itu bagus dan baik serta memberi manfaat kepada yang membaca, InsyaAllah 1000 tahun lagi pun orang akan bercakap mengenainya. Tetapi, jika sebaliknya berlaku, orang akan terus menghina dan mengutuk kita. Jadi, kunci untuk bahagia ketika hidup waima ketika kita mati bukan ada pada pembaca contengan kita, kunci itu ada pada diri kita, terpulang pada kita untuk meletakkan kunci itu dipintu mana.

Al-fatihah untuk para blogger yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga hasil penulisan mereka berguna buat kita semua. Dan, diharap mereka damai serta bahagia disisi Tuhan mereka. Amin.



-Dia Seorang Penulis-


Arwah Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd
http://nafastari.blogspot.com
http://membesardisetiu.blogspot.com


Arwah Sara Aziz
http://maisara.xanga.com/
http://saraziz.blogspot.com/


Arwah adinda Jasmin J Hunwick
http://misschronicz.blogspot.com/



Arwah Lieyna 
*gambar dan nama arwah sebanar tidak diketahui
http://lieynanilaz.blogspot.com/

NotaDiari:
Kita adalah apa yang kita tulis
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Menulis perlu dari hati, tidak perlu bersungguh2 meniru blogger lain.

    Alfatihah buat para bloggers yang telah kembali ke sana. Semoga aman disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks fifie ats pengkongsian pdpt.
      kita memberi kerana DIA
      kita menerima juga kerana DIA
      semoga bermanfaat utk semua
      insyaAllah

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.