بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
NotaDiari:
Syawal tahun ni sms dari Dato' Noh senyap sunyi. Lupa ka dia pada abg long ang ni? ツ
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
YB SULAIMAN ABDUL RAZAK ADUN PERMATANG |
Semalam dapat sms jemputan open house dari YB Sulaiman Abdul Razak, Adun Permatang, Kuala Selangor, Selangor. Walau bagaimanapun abg long tidak dapat nak hadirkan diri. Pertama, abg long ada program dekat Rantau Abang, Terengganu. Kedua, sejak transfers ke negeri Terengganu ni malas pula nak drive jejauh. Rasa tulang temulang ni makin longgar2...Hi Hi Hi....Hati teringin sangat nak bertandang datang tapi masa dan kejauhan pula yang membataskan.
Abg long hanya mampu reply sms beliau dgn ucapan terima kasih atas ingat tulus ikhlas beliau terhadap abg long ang ni ha. Nak pergi jauh sekali, cuma sempat mendoakan majlis anjuran beliau sukses dan meriah. Mudah2 majlis tersebut dirahmati Ilahi dan beliau serta pengunjung yang hadir beroleh pahala.
Sekarang ni musim orang buat rumah terbuka dan serbu rumah terbuka. Macam2 gelagat ada. Baik dari tuan tanah mahupun kaki serbu rumah terbuka. Meriah dan uniknya orang kita bila meraikan syawal yang mulia. Tapi, tahukah kita keperluan sebagai tuan tanah yang buat open house mengikut Islam? Tahukah kita adab sebagai tetamu ketika bertandang ke rumah terbuka?
Abg long nak la juga berkongsi pengalaman dengan rerakan semua tentang perkara ini. Ianya just pengalaman abg long ketika mengunjungi rumah terbuka. Ianya hanya sekadar pendapat peribadi abg long semata. Bukan MANDATORI untuk angpa terima pendapat ni.
Sebagai tuan tanah open house.
1- Semasa mengadakan rumah terbuka, jangan keterlaluan hingga membawa pembaziran. Sediakan sekadar yang termampu. Jangan memaksa diri menyediakan juadah diluar kemampuan kewangan. Islam tidak memaksa dan tidak mengalakkan pembaziran. Sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan.
2- Dalam mengadakan rumah terbuka juga, jangan lupa kepada golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah. Kadang-kala berlaku rumah terbuka diadakan tetapi jiran tetangga dan orang miskin berdekatan tidak dijemput sama. Ini suatu yang tidak wajar dan perlu dielakkan. Raikan mereka juga kerana mereka ini adalah saudara seagama dan orang yang hampir dengan kita.
Sebagai Kaki Serbu Open House
1- Makan la juadah yang di sediakan oleh tuan tanah berpada-pada. Jangan terlalu gelojoh mengambil makanan sehingga terlupa pada tetamu yang terbelakang. Juadah yang disediakan tuan tanah pada masa tu kan banyak jenis. Rasa la sedikit2. Jangan tamak haloba. Apa yang abg long duk perati, ramai diantara kita yang mengambil makanan macam sebulan tak makan. Kalau dimakan semua makanan yang diambil tidak mengapa, tetapi yang jadi sedihnya bila makanan tu akhirannya bergelimpangan di tanah dan masuk bakul sampah. Makanan yang diambil tak berabisan terkam pula pada menu lain yang terhidang. Bantuilah jaga air muka tuan tanah sama. Elaklah pembaziran.
2- Semasa bertandang ke rumah terbuka seeloknya ambil la masa sesingkat cuma. Tak perlulah kot nak bersidai lelama kat rumah terbuka sampai nak merasa semua juadah yang ada. Makan bebanyak pun tak guna jika kesihatan tak dijaga.
3- Bagi yang bawa anak2 tu kena la kawal mereka sama. Jangan kita asyik mengadap makanan sampai anak2 tunggang-langgang. Dah nama budak2 kan, tentu mereka akan lebih bersuka ria, tapi kita sebagai ibu bapa kena la awasi mereka.
4- Parents yang bawa baby pula, seeloknya tak perlu la nak lepak lelama. Kesian kat baby dengan keriuhan yang ada. Tambahan pula, hangatnya cuaca boleh menyebabkan baby rasa tidak selesa. Jadi, kena la berpada-pada.
Zaman sekarang ni open house dah menjadi satu budaya. Suatu ketika dulu, tetamu sama ada saudara atau rakan taulan datang tanpa mengira adanya jamuan terbuka dan sebagainya, tetapi hari ini open house atau rumah terbuka seolah-olah diterima ramai dan sebati dalam hidup masyarakat kita.
Kekadang, kita nak ziarah bersempena hari raya rumah kawan atau saudara mara kena tunggu adanya rumah terbuka. Lagi best bila ada yang bersuara, "bila ang nak buat open house?", "ang tak buat rumah terbuka ka?", "ang buat la rumah terbuka, nanti kita orang nak pergi beraya". Jika tiada rumah terbuka tiadalah sampainya kita. Abg long tidak membantah pelaksanaan open house tetapi kita kena la reti dan tahu konsepnya, terutamanya apa yang dituntut oleh agama.
Kekadang, kita nak ziarah bersempena hari raya rumah kawan atau saudara mara kena tunggu adanya rumah terbuka. Lagi best bila ada yang bersuara, "bila ang nak buat open house?", "ang tak buat rumah terbuka ka?", "ang buat la rumah terbuka, nanti kita orang nak pergi beraya". Jika tiada rumah terbuka tiadalah sampainya kita. Abg long tidak membantah pelaksanaan open house tetapi kita kena la reti dan tahu konsepnya, terutamanya apa yang dituntut oleh agama.
Sebolehnya budaya rumah terbuka tidak meminggirkan apa yang sudah biasa diamalkan terdahulu oleh masyarakat Melayu Islam kita. Orang dulu tak ada rumah terbuka bagai macam sekarang tapi Aidilfitri tetap meriah sakan.
NotaDiari:
Syawal tahun ni sms dari Dato' Noh senyap sunyi. Lupa ka dia pada abg long ang ni? ツ
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.