Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 18 September 2012

Innocence of Muslims | dimanakah kekuatan sebenar kita?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Muktahir ni abg long tengok betapa galaknya orang islam terutamanya melayu bangkit menunjuk rasa terhadap pembikinan video  “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah S.A.W dan agama Islam.

Menunjuk rasa itu perlu, supaya musuh2 Islam tahu bahawa kita orang islam tidak berpeluk body dan tidak suka kesucian agama kita dipermainkan oleh mereka sesuka suki hati. Sebagai orang melayu yang islam dan  mencintai tatacara hidup sebagai muslim tentu sahaja akan bangkit membantah, menandakan kecaknaan kita terhadap islam dan rasulNYA.

Walau bagaimanapun, abg long pelik juga dengan orang kita. Kata cinta akan islam....cinta akan rasul, tapi cara mereka sedikit pun tidak menunjukkan yang mereka beramal dengan sunnah rasul dan kitabullah (al-quran) dengan suci hati. 

Abg long sedih melihat cara bantahan orang islam kita  (alhamdulillah, di negara tercinta ini bantahan masih dalam kawalan) terhadap filem berkenaan. Apakah perlu menunjuk rasa dengan memusnahkan harta benda dan sebagainya semata-mata nak tunjuk ketidakpuasan hati kita?. Abg long tak rasa islam mengajar kita sedemikian. Kita tak perlu mengikut rentak golongan kuffar yang cuba membuat provokasi melalui filem tersebut. Jika kita orang islam bertindak diluar akal kewarasan, maka ia akan memperlihatkan kepada dunia bahawa memang benar lagi nyatalah islam itu hodoh dan tidak comel-mengalakkan kekejaman serta keganasan sepertimana yang digambarkan melalui filem tersebut.

Mungkin ada yang akan berkata, golongan kuffar ini sudah biadap dan kebiadapan mereka menghina rasul dan islam sudah sampai ke tahap untuk kita sekalian umat islam memerangi dan membunuh mereka. Kenapa kita masih perlu berpeluk tubuh melihat penghinaan sedemikian rupa? 

Memang benar kita perlu membantahi dan memerangi tindakkan keterlaluan mereka. Tapi bukan membalasnya dengan kekejaman dan keganasan. Jika kita orang islam bersatu hati  memboikot 'sumber-sumber' yakni barangan mereka seperti mana kita orang islam bersatu hati turun menunjuk rasa ke jalan raya maka abg long gerenti golongan kuffar ini pasti akan musnah.....InsyaAllah. (tang ni abg long berani potong jari)



Persoalannya disini, betul-betul kuatkah kita orang islam untuk melawan mereka? Sedangkan selepas sahaja kita menunjuk rasa mengecam mereka kita berbondong-bondong masuk ke KFC dan McD untuk menjamu selera. Selepas kita berpenat berpekik ditengah panas sana, pulang ke rumah kita tetap membeli dan menggunakan produk mereka. Jadi, dimanakah kekuatan sebenar kita?

Foto: Manan Qayyim
Abg long tertarik dengan cara yang dibawa oleh Discover Islam UK di London. Cara bantahan mereka berbeza. Discover Muslim di UK membuat bantahan dengan mendedahkan siapa Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar dengan mengedarkan buku-buku tentang sirah Nabi junjungan kita bagi menangkis segala penghinaan yang dilemparkan terhadap Baginda. Secara tidak langsung masyarakat barat dapat mengenali Nabi Muhammad S.A.W dengan pengisahan yang betul dan mengetahui tentang keelokkan islam itu dengan lebih tepat. 

Pernahkah kita terfikir kenapa dan mengapa orang kafir terutamanya yahudi dan nasrani ini semakin berani menguris perasaan umat islam dan seakan mencabar kesabaran umat islam dengan membuat provokasi agama yang keterlaluan? Kita orang islam perlu muhasabah diri tentang ini. Bukan sahaja kesatuan islam kita lemah, malahan jati diri kita sebagai individu islam itu sendiri sudah goyah. Umat sekarang lebih cintakan dunia berbanding akhirat. Tak kan kita nak tunggu Iman mahadi datang dan Nabi Isa turun baru kita hendak bertindak? 


Teringat abg long akan satu ceramah yang menyebut, "orang Yahudi cukup gerun jika jumlah umat Islam yang solat subuh berjemaah seramai jemaah yang bersolat Jumaat"

Seriuosly, abg long pun terasa kena atas batang hidung sendiri bila tengok gambaq atas ni....Ha Ha Ha!! (sebelum ang gelak kan abg long baik abg long gelak kan diri abg long sendiri). Wei....Gelak...gelak juga...apa yang abg long merapu-meraban-meroyan panjang dan lebaq ni ang kena take note sama. Jangan asyik duk bergangnam sytle ja, masalah ummah kena pikiaq juga. Paling tidak pikiaq untuk diri sendiri, adakah kita ni muslim sejati?. 

Pakat-pakat berubah la sikit sorang, kata nak islam menang. 


NotaDiari:
Yahudi tidak akan pernah senang dengan masyarakat muslim seluruh dunia selagi kita tidak mengikuti mereka seperti yang telah tertulis di dalam Al-quran yang bermaksud. "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.