Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 20 September 2012

Tiada Tajuk

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Serabut pankreas betui la today. Dari siang bawa ke malam berpinar kornea ni depan skrin laptop. Godek sana, godek sini....tekan itu, tekan ini....masih gak tak jadi2. Bentuk apakah kegilaan ini? (ketat serembrum sudah)

Gambaq dashboard ni lagi ok kot? Hu Hu Hu
Buka-buka dashboard, tetiba je bertukar new blogger interface. Serabut! Serabut! Serabut! (sambil menghantuk kepala ke lantai yang beralaskan bantal). Teraba-raba jap nak cari button create new post. Nasib baik tak tersalah raba. Kalau taak memang kes naya.....Hu Hu Hu....Ntah mana-mana tah dicampaknya. Hampeh betui la incik blogspot ni. Old interface dulu tu kan friendly user.  Nak-nak untuk blogger yang old pesen macam abg long ni ha.

Gggggrrrrrrrr!!!!!!!!!!!! sabaq abg long sabaq.....sesungguhnya SABAQ itu CANTIK. Tak pasal2 bermonolong dengan diri.

Mood: malas+letih=ketaklaratan

Jadinya, abg long tepek je entri yang ada dalam draf.

-Old Draf-


Dipagi yang ditemani keriuhan hujan, diserambi kehidupan....diteratak teduh sebuah rumah kayu usang aku bermonolog dengan alam.

"Cinta bukanlah fikiran dan perasan semata. Cinta juga bukanlah semata harapan dan keinginan. Tetapi....cinta adalah sebuah latihan kesabaran. Sebab, cinta itu memberi, cinta itu berkorban dan cinta itu juga memaafkan. Cinta yang hakiki tidak dilalui dengan riang gembira dan canda tawa semata. Namun, cinta yang hakiki dilewati dengan peristiwa yang menguras derai air mata, perih dan terluka agar kita mengerti bahawa sesungguhnya cinta yang hakiki hanyalah cinta kita kepada Ilahi. Bagi yang mengejar kebahagiaan dengan berharap akan menemukan cinta yang hakiki, cubaan dan ujian yang terberat adalah kehilangan".

NotaDiari:
Cinta itu anugerah.
Maka, cintailah cinta...kerna, dengan cinta hidup bisa berwarna.
Selamat bercinta untuk semua

18 Dis 2011
837am
Ang bagi la sendiri tajuk untuk entri ni. Malas dah abg long nak pikiaq. Ketaklaratan yang mengetatkan. Abg long nak manja2 mata dan manja2 kan badan sat.

Barakallah fiikum

NotaDiari:
Kalau ang tau macam mana nak kembalikan old interface, ang habaq mai kat abg long sama na. Apa yang penting?...............KERJASAMA!!

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Waktu orang lain serabut pankreas dengan interface fie dah lama sebati, almaklumlah start buat blog dah interface macam tu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg long duk tgh berpinar mata ag ni....aduhai new interface. seakan merencatkan peredaran sel-sel idea. nak tenyeh sana sini pun ghisau. takut tsalah tenyeh huru-hara plak blog ni. dah la abg long ang ni spesis rabun bhs omputih mak jemahhhhhhhhhhhhh....help me! Huk Huk Huk!

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.