Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 26 September 2012

Oh! Karenah Si Kaki Kipas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dalam kita mengharungi dunia kerjaya tentu sahaja kita pernah menemui individu yang suka membawa watak Si Kaki Kipas Sakti. 

Depa ni suka sangat membodek dan mengapu boss. Kekadang ayat yang depa guna memang super duper tak masuk dek akai bila memuji dan mengepam boss. Apa sahaja yang boss buat akan dipuji bagai nak rak. Sedangkan benda tu bukan apa-apa pun.

Nak pula kalau boss pun spesis yang memang suka dibodek dan dipam, memang secocok  dan sepadan sesangat la. Silap2 boleh jadi haru biru woooooooo tempat kerja dengan spesis depa. Biasanya boss yang suka dibodek dan dipam ni asai kenaikkan dia dulu pun datang dari aktiviti membodek. Jadi kena sangat-sangat la bila bertemu dengan anak buah yang Si Kaki Kipas.

Si Kaki Kipas ni, bila depan boss depa ni pijat semut pun tak mati. Baiknya depa mengalahkan keturunan para malaikat.  Bercakap pun penuh kesopanan dan kesusilaan. Tapi, bila belakang boss merekalah setan, mereka la pertualang.....apa kerja yang diberikan langsung mereka tak jalan. Banyak cengkadak dan banyak pula dia punya sembang. 

Sebenarnya, dibelakang boss mereka inilah yang paling kuat mengutuk boss bila bersama rakan sekerja yang lain. Punya la kaw-kaw Si Kaki Kipas ni kutuk bossnya. Rakan yang lurus tahap bendul apa lagi, join la bersekali aktiviti kutukan tak membina itu.  Last-last yang sampai kat telinga boss bukan Si Kaki Kipas yang punya angkara tapi si polan lain pula yang menjadi mangsa. Depa ini memang pandai sungguh bermain politik sumbang.

Jika baik punya kipas silap-silap boleh naik pangkat, laju je macam roket. Tapi, abg long pelik dengan spesis yang sedemikian....Pelik teramat sangat. Mencari kepuasan hidup dengan cara yang tak betul. Hidup berkiblatkan kepura-puraan. Hipokrit mereka memang tahap dewataraya. Omputih kata first class.

Bagi abg long budaya suka mengipas dan suka di kipas ni bukan unsur yang baik. Bagi abg long mereka ini ibarat pepohon tumpang yang hanya akan memudaratkan sistem atau induk yang ada. Dengan bahasa yang comel, mereka ini tak ubah sebagai parasit.

Bayangkan jika seorang pekerja yang rajin, tekun, jujur, amanah dan baik dinafikan haknya. Pekerja yang cemerlang dan gemilang tersebut akhirnya tewas hanya dimulut Si Kaki Kipas. Si Kaki Kipas kerja habuk pun tarak buat. Kesian wooooooooooo...Jadi boss pun satu hal, buta mata hati....pekak telinga yang tak tuli.

Adakah berkat makan pendapatan dengan cara mengambil hak orang lain? Yang ni kena la beringat sikit. Hasil pendapatan tu nanti kita nak bagi makan kat keluarga, mak-ayah dan anak bini. Kalau ianya tidak halal dan tidak diberkati apa akan jadi? 

Eh........lu pikir la sendiri.

Barakallah fiikum

NotaDiari:
Sebelum ni abg long pernah buat entri Si Kipas Sakti. Jemput baca semua.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.