Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 24 September 2012

Petua | Rambut cantik menawan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ang ada rambut tak? Cu raba tang kepala memasing. Alhamdulillah kalau ada. Kalau takdak rambut sekali pun kena gak bersyukur, sekurang-kurangnya ang masih punya kepala.

Well, semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Paling benci kalau rambut gugur, bercabang atau berkelemumur. Macam2 syampoo kita guna. Macam2 salun kecantikkan rambut kita terjah. Macam2 betul kan kita ni....Hi Hi Hi...

Kalau cara moden tak boleh blah, apa kata try cuba test amalan tradisional petua2 dari tok nenek moyang kita dolu2. Amalan ni murah, mudah dan yang paling gile cool ia tak pedihkan mata......Ha Ha Ha.....Apa yang pasti ia bebas bahan kimia dan bahan pengawet serta pewarna yang tidak dibenarkan.

Sekurang-kurangnya, dengan follow cara tradisional secara langsung dari blog AMIR AIMAN AKASHAH | Diari Seorang Lelaki ini kita lebih menghargai ciptaan Ilahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. 

1- Mengelakkan rambut berguguran ke bumi.
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. 
2- Kekal rambut lembut dan harum.
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
3- Rambut berminyak.
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.
4- Masalah rambut kering.
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.
5- Menghitamkan rambut.
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.
6- Rambut berbuah.
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
7- Meluruskan rambut.
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
8- Rambut cepat panjang.
Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.
9- Elak rambut mudah beruban.
Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.
10- Melebatkan rambut.
Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.
11- Rambut bercabang.
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.
InsyaAllah.....Kalau kita terus berusaha pasti akan membuahkan hasil. Abg long rasa tak salah kot kita berusaha untuk kelihatan lebih sedap mata memandang dan cool bebeh. Lagi pun, ramuan yang petua ni sarankan kepada kita pun halalan toyyiban dan kita sendiri yang perlu sediakan.

Untuk makluman, adik-kakak....pakcik-makcik dan dato'-datin sekalian, petua ni bukan hanya untuk orang tua sahaja, tetapi juga boleh diguna pakai untuk orang muda. Ala, orang muda macam abg long ang ni ha.....Kui Kui Kui!! 

Tapi kan, abg long nak try la petua yang no.9 tu. Ntah la, sejak guna syampoo ni rambut abg long makin lusuh dan luntur kaler dia. Jadi keputihan. Tensen tahap cipan sangat2 dengan transformasi yang terjadi ni.

Terima kasih kepada Daniena Hakimi (kiriman emel) atas pengkongsiaan ini.

NotaDiari:
Cantik dan sihat macam mana sekali pun rambut, terutamanya wanita adalah lebih elok jika bertudung litup. 

Bertudung itu comel.... 

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.