بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Gambar dan cerita ni abg long dapat dari kiriman emel seorang sahabat, aku rakyat biasa. Memula tengok macam best, bila dah tengok dan baca maklumat yang ada dalam emel bertambah-tambah pula tahap kebestannya.
Menggeleng kepala abg long bila menelaah isi emel tersebut. Sambil2 menelaah isi emel tersebut abg long menggelengkan kepala. Adoiiiiiiiiiii.....fening suda...Mesti angpa pun tengah menggeleng2 kepala bila baca ayat abg long ni kan? kan? kan? Hi Hi Hi....Cool beb, sekurang2nya angpa dapat membuat senaman ringan untuk tengkuk angpa tu ha.... ツ.
Curi seluar dalam wanita. Macam siot je perangai cenggini kan? Macam2 perkara pelik yang dilakukan manusia akhir zaman ni. Kadang-kala ada yang sampai tak masuk dek akal.
Walaupun kejadian mencuri seluar dalam wanita ini bukan perkara baru yang berlaku kat planet bumi ni, namun abg long masih tertanya-tanya apakah modus operandi penyamun seluar dalam wanita?
Apakah mungkin dia teringin nak pakai sebab tak mampu nak beli seluar dalam yang mahal atau berkenan dengan corak yang ada pada seluar dalam wanita itu. Maklum la kan, seluar dalam wanita ni kebanyakkannya colourful dan punyai corak yang boleh menarik mata memandang.
Yang lagi menyengal bila kaki curi seluar dalam wanita ni bukan sahaja mencuri, malahan mencium aroma yang ada pada seluar dalam tersebut. Dah curi tu satu hal, lepas tu pergi bau pula! Gila khinzir betui la tabiat mamat ni.
Mungkin dia nak hidu bau dan memastikan pewangi pelembut fabrik yang digunakan tuan punya seluar dalam tu kot. Wangi sangat agaknya.
Gambar di bawah menyaksikan seorang lelaki berusaha memanjat tingkap rumah yang dipercayai jirannya untuk mencapai, mencuri lantas mencium bau seluar dalam wanita berkenaan.
Abg long pun penah alami situasi sebegini. Tapi bukan seluar dalam abg long yang kena curi, perkara seperti ini terjadi kepada penghuni2 yang menghuni Hostel Raudhah abg long setahun yang lalu. Kesian budak2 pompuan tu, bersepah seluar dalam mereka. Ada yang disangkut atas pokok mangga depan rumah, ada juga yang dibaling ke atas atap rumah. Demi menjaga keselamatan barangan dan penghuninya, maka abg long telah buat grill pada pagar hostel agar kejadian tak best sedemikian tidak berulang.
Jadi kepada semua wanita diseluruh dunia, sayangilah seluar dalam angpa. Jangan biarkan ia bersidai merata sehingga menjadi mangsa rakus lelaki sakit jiwa. Tanpa seluar dalam hidup mungkin tiada bermakna....Kah Kah Kah!
Woiiitt! Penyamun seluar dalam. Kalau ang nak sangat seluar dalam meh la jumpa abg long ang ni ha. Banyak gak stok seluar dalam terpakai abg long yang dah tak boleh dipakai. Kalau ang nak hidu ke nak cium ke gasak ang la. Abg long bagi jaminan seluar dalam terpakai abg long ang ni terbaik dari dalammmmmmmmmmmm....Ha Ha Ha!
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.