بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Sekejap saja masa berlalu, syawal dah pun sampai kepenghujungnya. Tentu angpa pelik kan kenapa tiada satu entri pun yang mengisahkan tentang aidilfitri yang abg long rai. Bukan tak nak cerita dan kongsi bersama, cuma tak tahu kat mana nak mula. Banyak sangat kisah berkenaannya.
Walau bagaimana pun, demi untuk angpa……sahabat setia abg long, sedikit catatan untuk kita2 aje.
Tema warna baju raya tahun ni hijau (gambar tak dak sebab lupa nak amik…Ha Ha Ha!). Kalau angpa nak tengok gak baju raya abg long, sila tunggu entri siaran raya haji nanti….Kui Kui Kui!
Sambut raya dah tentulah kat teratak bonda ayahanda tercinta. Raya tahun ni tak dan nak balik beraya kat desa nun diutara sana. Mak kata, beraya saja kita di Tanah Sekebun Bunga sebab abah sibuk dengan kambing belaan dia. Nak tinggal kan abah beraya sesorang kesian juga kat dia. Raya tahun depan kalau panjang umo kita pakat2 balik beraya belah utara pula.
Raya tahun ni tak berapa nak best kesedapan dia coz demam melanda serta sakit tekak tahap dewa. Makan juadah yang terhidang masa pi beraya pun jamah2 saja. Seminggu sebelum raya memang teruk abg long kena, tiga hari MC doktor kasi. Dapat gagahi diri bangun di pagi aidilfitri pun kira dah okies sangat2.
Raya kelima belah malamnya abg long buat BBQ Raya (kira cam open house gak la ni). Objektif BBQ ni tak lain tak bukan just untuk makan-makan….Hi Hi Hi…..Itu objektif utama dia. Matlamatnya pula untuk mengeratkan siratulrahim serta meraikan penghuni2 dan x-penghuni Hostel Raudhah (HR). Alhamdulillah, sambutan amat best walaupun tak ramai geng HR yang dapat bertandang datang.
Jiran tetangga serta sedara terdekat juga mai meriahkan majlis dan tolong melicinkan makanan yang ada. Kepada yang sudi hadir, terima kasih atas serbuan anda semua. InsyaAllah, andai dimurahkan rezeki oleh Ilahi, nanti abg long buat BBQ lagi…..feeeeewiiiittttttttttttt! **Geng2 bola DP fc jadi tetamu khas paling lambat sampai coz mlm ni depa ada game. Depa la tukang licinkan segala....Ha Ha Ha...lazatttttttttttt!!
Menu: Ayam dan ikan kena bakaq, bihun goreng, kopok, agar-agar trafik light, ayaq oren o ais dan buah rambutan
Lokasi: Tempat BBQ la...adoiiiiiii
Masa: Tadi dah bagitau kat atas….zoom je la kat atas tu…..(Ha Ha Ha….saja nak panjangkan entri sebetuinya ni)
-----geng tukang bakaq yg rela rentung-----
----gile rentung ayam dibelasah mereka----
----mangsa2 yg telah dimangsakan----
----kira cam meriah bagai la tu kan----
----abg long ada dalam pic ni. sape leh teka yg mna satu abg long dia spesis yg cool...Ha Ha Ha!!----
Sekian sahaja catatan gangnam raya style (gangnam la sangat kan?) oleh abg long buat tatapan semua. Gambaq banyak tapi malas abg long nak edit bagai. Mata dah macam garfield lolll.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.