Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 19 September 2012

Suspek Buang Bayi Cun Abis. Cantik Bangat Seh!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Melihat pada gaya dan penampilannya, dia seorang wanita yang cantik. Tapi sayang, kecantikkan perkertinya tidak secomel kecantikan fizikal dia.  

Inilah jadinya bila agama tidak menjadi pegangan dan amalan. Masa syok 'berprojek' dengan teman lelaki langsung tidak memikiri musibah yang bakal ditanggung di kemudian hari. Seronok hanya sementara tapi azab dan dosa terpaksa dipikul hingga hujung nyawa. 

Si lelaki masa melayar bahtera nikmat je akan bersama. Bila dah dapat apa yang dihajat, mula angkat kaki larinya berselirat. Bila dah terjadi sebegini, terpaksa la tanggung seorang diri. Masa ni, sesalan sudah tak berguna lagi. 



Abg long betul2 tak faham, lihat pada usianya - 21 tahun masih muda belia. Banyak lagi hal2 dunia yang perlu dia khatam sebelum mata selamanya pejam. Sayang seribu kali sayang....kerana kasih, body dan mahkota dia pertaruhkan. Sayang seribu kali sayang....kerana tewas pujukan setan, bayi tak berdosa menjadi mangsa pembunuhan kejam.



"Kita percaya, bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala", kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisional Arjunaidi Mohamed
Dibuangnya bayi yang baru lahir hidup-hidup ke bawah parkir kereta dari tingkat 3. Gila meroyan betul la minah ni. Orang lain yang tak dapat anak, sibuk berusaha-berikhtiar nak dapatkan zuriat. Yang dia pula, suka suki hati main campak anak. 

Manusia sekarang semakin hilang pertimbangan. Ikut hati mati.....ikut nafsu beranak pinak anak haram la mu". Masa duk main tepuk amai-amai belalang kupu-kupu dengan kekasih langsung tak pikiaq semua tu. 

Kot ya pun takut dan malu dengan kelahiran bayi tersebut tak kan la sampai jadi seorang pembunuh. Tak pasal-pasal dikenakan tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hukuman yang menanti - hukum bunuh MANDATORI.



Kita manusia diberikan oleh Allah kenikmatan akal supaya kita dapat berfikir. Agar kita boleh membezakan antara putih dan hitam....betul dan salah......comel dan hodoh. Haiwan yang tak berakal pun sayangkan anak. Takkan kita nak jadi lagi teruk dari seekor haiwan? Naik cemuih dan berbuih dah mulut cikgu, ustaz dan ustazah duk mengajar benda baik kat sekolah dulu2. Bila besaq, jalan gelap juga duk pakat pilih. Dunia....dunia......(kesian, dunia gak yang dikambing hitamkan)

Abg long harap dia insaf dan sedar kesilapan yang dia lakukan. Kepada yang berangan-rangan nak buang bayi dan nak jadi pembunuh bayi kat luar sana tu jadikanlah kisah ini sebagai tauladan. 

"Berhati-hatilah wahai anak muda" -PAPAZOLLA

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Tak faham kenapa perempuan nie sangat singkat akalnya. Banyak lagi cara yang dapat dia lakukan kalau tak nak baby tu. Hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pertimbangan nafsu mengatasi pertimbangan iman dan takwa inilah jadinya.

      thanks @fifie coz sudi follow blog abg long yg serba orange ni.
      sudi2 la terjah lagi ke sini

      -salam ukhuwah-

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.