AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 1 August 2012

Si Kipas Sakti

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ini kipas tangan bukan kaki kipas
-foto credit utk incik google
Kipas sakti? bentuk kesaktian apakah kipas ini? Bila time tgh hangat sbb cuaca panas teramat la kita perlukan benda alah kipas ini utk proses penyejukkan. Tapi, jikalau manusia yg berlabelkan Si kipas Sakti  (SKS) a.k.a pengampu a.k.a kaki kipas a.k.a kaki bodek kita yg cool boleh jadi hot bagai....huru hara idup kita dikerjakannya. Boleh sesak nafas dan ketat perasaan kita kerana dia.

Abg long rasa kita yg hidup kat planet bumi ini tak terlepas dari mengadap muka makhluk yg punya ilmu kipas sakti ni. Tak kira walau dimana kita menghirup oksigen kita akan berjumpa dgn spesis berpenyakit ini. Kesaktian kipas makhluk ini akan ketara kita rasai bila kita mula menjejakkan kaki di alam kerjaya. Kat mana2 opis akan bersepah spesis seperti ini. Mereka tak kira dah sesuatu tu hak milik siapa dan siapa yg punya, yg penting depa dapat balun semua. Hukum halal haram depa dah tak kira. Yang penting depa bahagia. Agama kekadang menjadi sandaran dan tunggangan depa.

SKS ini sanggup buat apa sahaja semata2 nak bagi bos tengok kebestan dia walhal kerja yg dia bikin tak seberapa. Lebih haru lagi bila SKS ini sanggup memburukkan rakan2 sekerja didepan bosnya. Biasanya SKS ni akan guna jampi serapah mengampu bos untuk kenaikkan pangkat, paling tidak pun supaya kerja depa kat opis senang. Datang keje goyang kaki, silap2 depa pula arah kita buat itu ini. Dalam bahasa halusnya, depa ni umpama gergaji mata dua. . Bagi abg long, kebusukkan dan kehodohan sikap SKS sama la dgn yahudi-Israel lanatullah. Hidup menyusahkan khalayak, mati pun menyusahkan khalayak. Langsung tak boleh pakai, kalau pampers boleh la juga dipakai buang....ahaks3....keji betul depa ni punya perangai. Tapi yg tak boleh blah ialah bila bos pun suka org bawah mengampu dia.....hahaha...haru dunia hang.

Suka dikipas? anda bagaimana?
- Foto credit to incik google

Zaman skrg ni dah tak pelik. Ramai dan bersepah spesis SKS ni kat mana2. Cuma, kita sahaja yg perlu pandai2 bawa diri dan jaga diri supaya tidak menjadi mangsa Si Kipas Sakti. Rasanya, hangpa pun penah jumpa spesis seumpama depa. Silap haribulan hangpa pun penah jadi mangsa. Betul tak? Kalau yg belum menjadi mangsa tu alhamdulillah la, tapi kena juga la berhati2. kena la pandang kanan kiri coz spesis SKS ni byk dia punya identiti. Jadi, lihatlah dgn mata hati....^^

Ni abg long nak habaq kat hangpa semua, perangai suka mengampu adalah perangai yg dikeji oleh syarak. Rasulullah sendiri penah berpesan jangan suka mengampu dan orang yg suka mengampu itu adalah pendusta. Rasullullah yg cakap, bukan abg long. Jadi, tggl2 kan la perangai tak best tu supaya anak cucu dapat warisi akhlak yg cumey dari kita kelak. ke guane awok2? Kalau tak betul apa yg abg long bebel ni hangpa jgn duk senyap ja, hangpa tegur la no....tak rugi pun saling nasihat menasihati, tak miskin pun saling pesan memesan utk kebaikkan.

Saya bukan KAKI KIPAS
-Foto credit to Blog Apis
______________________________________________________________
… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.