بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bagaimana nak di mulakan entri ini. Cakap salah, tak cakap kan serba salah. Duk mengetatkan serembrum bahaya gak utk gaya hidup sihat abg long kelak. Bak kata org2 lama, diluah mati mak ditelan apekejadah...Opppssssss, silap. Di luah mati mak ditelan mati bapak sebetulnya. Amboi, berkerut dahi no. Baru ja abg long nak buat lawak yg tak berapa nak lawak. Dan2 hangpa buat muka ketat bagai. Abg long harap hangpa2 yg menerjah masuk ke blog abg long yg oren bagai ini berlapang dada serta punya jiwa merdeka.
Hilal Asyraf seorg novelis terkenal juga balun slogan hari kemerdekaan [Terjah SINI]. Apa yg beliau perkatakan tulus dari hati beliau. Jadi, kerajaan melalui menterinya Datuk Seri Rais Yatim perlulah mengerah tenaga anak2 buah beliau untuk create satu slogan baru yg lebih berjiwa Malaysia, yakni boleh digunapakai oleh semua rakyat marhean tanpa mengira anutan politik. Tak kan la rakyat bayaq gaji depa tinggi hasilnya hanya ini.
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Bagaimana nak di mulakan entri ini. Cakap salah, tak cakap kan serba salah. Duk mengetatkan serembrum bahaya gak utk gaya hidup sihat abg long kelak. Bak kata org2 lama, diluah mati mak ditelan apekejadah...Opppssssss, silap. Di luah mati mak ditelan mati bapak sebetulnya. Amboi, berkerut dahi no. Baru ja abg long nak buat lawak yg tak berapa nak lawak. Dan2 hangpa buat muka ketat bagai. Abg long harap hangpa2 yg menerjah masuk ke blog abg long yg oren bagai ini berlapang dada serta punya jiwa merdeka.
Dah tak lama dah kita nak sambut hari kemerdekaan negara. Rasa macam tak best pula kalau abg long tak ketuk benda mungkar yg ada. Sebetulnya abg long kompius lagi ni, sbb suatu masa dulu ada la seorg profesor sebuah universiti kata negara kita tak dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Perjanjian Pangkor 1847 tidak mencatat dalam perjanjian British akan menjajah Tanah Melayu, sebaliknya ditulis sebagai melindungi. Jadi, bangang apanya pemimpin dan kerajaan kita nak sambut hari merdeka. Hmmmm.....hangpa boleh terjah kat SINI utk flashback info.
Untuk entri ini abg long tak mau ulas pepanjang perihal dijajah mahupun tak dijajah. Rasanya semua dah hadam dan khatam juzuk tersebut. Cuma kat sini abg long sedikit nak bagi teguran berkenaan slogan hari kemerdekaan 2012 yg hangat didebatkan oleh khalayak. Slogan 'Janji ditepati' tu cumey, cuma semacam tak berapa nak kena bilamana slogan tu menjurus kepada kempen politik. Slogan tu sebelum diangkat menjadi tema hari merdeka tahun ni dah pun diguna pakai oleh parti politik. Jadi, bila ia nak digunakan utk keseluruhan rakyat jelata menyambut kemerdekaan negara seperti ada canggungnya. Pemimpin harus faham, bukan semua warga Malaysia ni berpolitik. Ada penyokong tegar BN, ada penyokong liat PR...yg terconggok atas pagar pun bersepah. Jadi, semacam tidak adil pula. Umpama hari kemerdekaan negara dah di eksklusifkan utk org2 tertentu sahaja, sedangkan ia sepatutnya milik semua.
Jikalau dilihat, direnung dan dimuhasabah pada bancian portal online Sinar Harian maka perlunya kerajaan Tok Jib menukar slogan tersebut dengan kadar sepatas gaban. Tak rugi pun jika Tok Jib dan pemimpin2 kerajaan beliau kendurkan ego mereka. Demi utk kebaikkan mereka juga. Tak ada guna kerajaan memaksa iaa kepada rakyat kerana kelak sambutan akan menjadi hambar kerana mereka dipaksa dan terpaksa. Rakyat akan buat juga tapi bagai melepaskan batuk ditangga. Jadi, faham2 saja la bila sesuatu kerja dibuat dengan tidak rela.
Hilal Asyraf seorg novelis terkenal juga balun slogan hari kemerdekaan [Terjah SINI]. Apa yg beliau perkatakan tulus dari hati beliau. Jadi, kerajaan melalui menterinya Datuk Seri Rais Yatim perlulah mengerah tenaga anak2 buah beliau untuk create satu slogan baru yg lebih berjiwa Malaysia, yakni boleh digunapakai oleh semua rakyat marhean tanpa mengira anutan politik. Tak kan la rakyat bayaq gaji depa tinggi hasilnya hanya ini.
Satu lagi berkenaan dengan lagu tema hari kemerdekaan tahun ni....aduhaiiiiiiiiiii......semacam dah kering idea mereka2 yg mengalas tanggungjawab menghasilkan seni tersebut. Kreatif mmg kreatif, bagi abg long ia tetap hasil seni. Abg long tetap menghargai hasil seni tersebut. Cuma seperti yg abg long tegas kan tadi la, tidak semua warga berpolitik dan mendiami bumbung politik. Jika dilihat pada jumlah yg view youtube 'Janji Ditepati' ialah 121 075 audiens (ketika entri ini diconteng). Tapi, yg likes bidio tersebut hanya 248 org. Yg dislikes pula seramai 14289 org. Abg long bukan apa, abg long tak nak la sambutan merdeka tahun ni jadi majlis SS (syok sendiri) kerajaan sedangkan rakyat kebanyakkan tdk bersama mereka. Hangpa boleh terjah Video Klik Janji Ditepati dan lihat komen2 serta resultnya.
Abg long cuma tegur apa adanya. Kalau pemimpin nak juga tunjuk keras kepala tunggu sahaja musibah yg melanda. Abg long teringat kata2 Tok Jib masa memula jadi Presiden UMNO dan PM Malaysia selepas amik jawatan tersebut dari Pak Lah, Tok Jib pesan "UMNO berubah atau rebah". Abg long cuma ingat kan sahaja. Kat luar sana rakyat sedang memerhati dan memarkahi, jangan dah terhantuk baru nak mengadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kendian cukai pendapatan.....ahaks3....... kahkahkah......Bercakap perihal cukai pendapatan ni start bulan depan abg long dah dikenakan income tax. [iklan sengal 2 saat]
Selamat meraikan Ramadhan Kareem
Selamat memerdekaan diri kita dari nafsu makan
Selamat memerdekakan diri kita dari nafsu membeli belah
Selamat memerdekakan diri kita seadanya
wallahualam.
______________________________________________________________
… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.