بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Arwah merupakan anggota tentera sebelum negara Malaysia tercinta ini merdeka. Setelah berhenti dari tentera, arwah tggl di kampung mengerjakan sawah bendang serta melakukan kerja2 kampung yg rutin. Arwah juga mengambil upah menoreh utk menyara hidup dan keluarga.
Walaupun arwah miskin harta dunia namun kaya budi bahasa. Tiada pernah arwah merunggut walaupun hidupnya boleh dikatakan bersederhana. Bagi arwah, hidup ini bukan semata utk dunia. Apa yg kita punya, apa yg kita ada.....haruslah mensyukurinya.
Masih dalam lipatan kenangan, tika hanyat arwah dan tika abg long masih muda belia, di serambi rumah tua itu kami berbual mesra. Bicara ttg kehidupan yg dipinjamkan......Bicara ttg keagungan Tuhan. Lembut tutur bicaranya masih tdk dapat abg long lupa. Walaupun arwah bkn org berada, namun tidak lokek utk menyumbang ke jalan agama. Dengan anak cucu juga arwah tiada berkira, banyak atau sedikit tetap dikongsi bersama.
Diakhir2 hayat arwah, tika abg long mengunjunginya selalu arwah bertanya, "Bilanya nak balik mengajar kat tempat kita?" "Sampai bila nak merantau di luar sana?". Abg long hanya mampu menjawab pertanyaan tersebut dgn senyuman. Bukan abg long tak mahu, cuma rezeki abg long tak ada disitu (ayat memujuk hati sebetulnya ni).
Arwah paling gembira bila dapat tahu abg long bakal menjadi guru. Masih abg long ingat suatu ketika itu, masa mula2 abg long nak masuk U, dijualnya lembu utk abg long bayar yuran dan buat duit saku. Skrg abg long dah bekerja. Belum sempat utk abg long membalas jasa2, dia pula dah tiada. Hanya doa dan sedekah atas namanya mampu abg long laksana.
Mamat Bin Senik, pergi mu melunaskan janji....pergi tak kan bersama kami lagi. Semoga berbahagialah dikau bersama para kekasih Allah di sana. Semoga dikau beroleh syurgaNYA. Amin.
Al-fatihah utk arwah.
- Hanya ini menjadi kenangan tika rindu menyapa ingatan |
___________________________________________________________
… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.