Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 31 August 2012

Maksud Oppa Gangnam Style. Angpa tau?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Demam Oppa Gangnam Style

Abg long nak sharing something about Oppa Gangnam Style (speaking london gitu...cey...cey..ceyyy) yang menjadi kegilaan khalayak sekarang ni. Sampaikan sambut raya tempohari pun ada yang buat bido klip Raya Gangnam Style. Satu gerombolan big famili depa join menjayakan pembikinan bidio tersebut. Memang stylo abis la. Sekarang ni musim orang tengah demam tarian Oppa Gangnam Style. Berlambak dah upload bidio kat youtube dgn aksi seakan2 tarian tersebut. Macam2 diorg buat. Ada yang best, tak kurang juga yang hampeh...Ha Ha Ha! Maksud Oppa Gangnam Style. Angpa tau? Kalau tak tau meh sini nak bagitau... Duduk diam2 depan skrin ni, jangan gatai nak pi mana2. Sekeh baru tau. Sediakan kekacang dan cakedis sama, sambil baca sambil mengunyah pun syok juga. ツ

Oppa Gangnam Style
Gangnam style sememangnya telah menjadi fenomena di seluruh dunia. Terutama yang sering “melepak” di YouTube atau penggemar K-Pop. Kini, Gangnam Style sudah ditonton lebih dari 50 juta kali. Bukan co'kia punya orang je tiru aksi tarian ni, bahkan ada juga selebriti turut meniru gaya lagu ini. Lagu ini nampaknya bakal atau sudah menyamai kedudukan lagu Part Rock Anthem yang dibawakan oleh LMFAO. Peminat lagu ini ingat sangat dengan melodinya, walaupun tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.

Apa yang menarik dari video ini? Boleh dikatakan – semuanya. Bermula dari tarian kuda yang aneh tapi menarik, hingga muzik yang begitu mudah mengalir ke dalam telinga – walaupun sebahagian besar orang tidak mengerti maksud liriknya. Tapi angpa tau dak, bahawa dibalik kebestan lagu tersebut, Oppa Gangnam Style ternyata diciptakan di atas sebuah isu yang sensitif.

Psy @ Psycho
Psy atau Psycho bukanlah penyanyi baru. Kariernya sudah dimulakan semenjak penyanyi kelahiran tahun 1973 ini melahirkan album pertamanya pada tahun 2001. Karya pertama pemuda bekas pelajar Boston Univeristy ini tidak bernasib kerana Psy dijatuhkan hukuman denda setelah album pertamanya, ‘PSY From The Psycho World!’, diaktankan mengandungi kandungan tidaksesuai untuk anak di bawah umur. Begitu juga dengan nasib album kedua, dibanned, dengan alasan yang sama dengan alasan yang sebelumnya. Album yang dimaksud, ‘Ssa2′ juga dikatakan mengandung lirik yang tidak sesuai untuk orang berusia di bawah 18 tahun. Setelah berulang kali melahirkan album, barulah pada album yang terakhir beliau, ‘PSY6?’, nama Psy menjadi begitu terkenal di seluruh dunia. Dia telah menjadi penyanyi solo Korea Selatan paling berjaya serta berjaya menembusi pasaran US.

Apa sebenarnya maksud lagu Gangnam Style?

Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan tingkat pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidakhanya mempengaruhi gaya hidup sebagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah. Dan di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.

Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidaksemua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’. Dan sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara ginseng tersebut. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.

Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.

Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Apa hubungannya dengan lagu Gangnam Style?. Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.

Lirik Lagu Gangnam Style

tekan gambar utk tumbesaran
~Kredit untuk : Isu Hangat

Bidio
75,578,496 telah view lagu ini di youtube. Lagu ni memang best walaupun majoriti khalayak tidak faham senikatannya. Ini bermakna kefahaman keatas sesuatu lagu itu tidak penting mana, yang paling penting ialah lirik lagu tersebut unik dan sedap halwa telinga mendengarnya.
kalau angpa disuruh membuat satu pilihan berdasarkan gambaq kat atas, yang manakah pilihan angpa? 
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.