بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kali ni abg long nak kongsi satu tips/petua dgn sahabat2 penerjah blog abg long yg ohsem ini. InsyaAllah, tak rugi lima duit pun jika kita berkongsi sesuatu yg berfaedah. Artikel ini abg long jumpa masa duk godek2 emel para sahabat yg melepak kat Mahligai Groups. Kalau angpa tanya lebai google ttg tajuk kat atas ni pun dia boleh habaq kat angpa. Jadi, sekarang ni tak ssh dan payah dah kita nak belajaq sesuatu ilmu. Terpulang pada diri sendiri. Sama ada internet nak digunakan utk perkara yg bermanfaat atau benda2 yg memudarat.
Penawar kepenatan? Macam mana tu? Ada ke penawar dia? Jadi, dah banyak sangat tanya kan, meh sini abg long nak habaq mai kat angpa.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu.
Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,"
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam. Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. itu.
Katanya
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku. "Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali)pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata".
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Sabda Rasulullah SAW; "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Jadi, berdasarkan penerangan dan hadis di atas maka dgn itu kita digalakan utk melakukan seperti mana yg disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Abg long rasa sudah cukup sudah utk kita merunggut dan mengeluh. Ubah sekarang rutin buruk kita itu supaya life kita kelak akan sukses dan lazat....hihihi ^^
kredit: Daniena Hakimi
Rasa2 lepas baca entri ni angpa rasa penat tak? Kalau penat gak, angpa boleh buat senaman muka macam gambaq kat atas tu. Sah2 jiwa angpa penat lagi ketat...hahaha ^^
kredit: Daniena Hakimi
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.