Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 28 June 2021

Belangsukawa Kartunis Aie Sulong


K O L E K S I S E P A N J A N G Z A M A N

Koleksi² hebat arwah abg Aie Sulong yang sempat aku miliki.


إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎ 


Setiap orang ada benda yang mempengaruhi hidup dia. Sama macam aku, aku dewasa dengan membaca karya² arwah abg Aie. 

Karya² arwah abg Aie cukup terkesan dan pengaruhi zaman sekolah-universitas seterusnya zaman perit hidup sebagai warga kota ibu kota disuatu ketika.

Aku Hidup Dalam Blues.
Blues Untuk Aku.
Aku & Sesuatu.
ABE.
Pak Andak.
Bear & Bob.

Adalah karya² hebat arwah. Bait² indah santapan jiwa, puitis nasihat membuai minda.

Aku percaya abg Aie bukan hanya idola aku seorang, malah ramai yang terinspirasi dengan arwah. Arwah selayaknya diangkat sebagai lagenda. 

Kini, segalanya terhenti. Tiada lagi karya² segar abg Aie untuk santapan nurani aku yang masih bernafas ini. Hanya koleksi arwah menjadi peneman diri. Walaupun arwah abg Aie telah tiada namun tulisan dan karyanya kekal hidup dalam jiwa kita semua.

| "Dalam hidup mesti ada prinsip. Tanpa perinsip kita akan buta arah....Sesat haluan, hilang tujuan. Apa yang diharapkan pada pentas lak6onan ini....Kadang² kita lupa pada Yang Ada. Kita saja langgar perjanjian di 'sana'. Dari Dia kita datang....Kepada Dia kita pulang." -AIE SULONG

Semoga diampuni segala dosa² arwah abg Aie dan mudah²an roh arwah ditempatkan bersama orang² yang beriman serta beramal soleh. Aamin.

Al-fatihah.

24 Feb 1973 - 28 Jun 2021.





Aku Hidup Dalam Blues.

Hasil kolaborasi Arwah abg Aie Sulong bersama arwah Toyon yang meletop² jamang tu.

Kredit foto: Aku Hidup Dalam Blues


Blues Untuk Aku.

Anak ke-2 arwah abg Aie Sulong yang meletop kebaboom selepas kolaborasi dengan arwah Toyon dalam AHDB.

Kredit foto: Aku Dan Sesuatu(AIE) Fanpage


Pak Andak

Kredit foto: Aku Dan Sesuatu(AIE) Fanpage


Pak Andak

Kredit foto: Aku Dan Sesuatu(AIE) Fanpage



Aku dan Sesuatu

Kredit foto: Aku Dan Sesuatu(AIE) Fanpage

Aku, Kau dan Zombie

Karya arwah abg Aie Sulong yang baharu aku miliki.

Bacaan aku untuk hilangkan kebosanan dikurungan di musim² lockdown locklaq lockkodio laukdaun.

PKP pah ceroh!
Hampeh!

 


Pak Andak.
Abe.

Karya arwah abg Aie Sulong yang baharu aku miliki.

Bacaan aku untuk hilangkan kebosanan dikurungan penjara janji menteri² pasir berdengung.

Orang kata, lockdown locklaq lockkodio laukdaun ni sampai abg Jamil mampus.

Orang la kata 😂

Bertabahlah ya.
Kurang² aku ada koleksi² buku ni untuk aku baca baca baca baca sampai lebam 🤭

Terselit di situ juga koleksi rare idola aku, arwah pengkartun Sireh, Student Life.


 

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.