AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 5 August 2013

Masak lemak nanas dengan ikan masin

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Hari ni adalah hari pengabisan lepak2 kat tempat kerja. Semua sahabat seopis dan sekotes dah pun mem'blah'kan diri laju2 balik ke kampung halaman untuk meraikan syawal yang bakal bertandang datang. Abg long dengan geng bus sekolah juga maintain lagi kat ladang dikawasan pedalaman ni. Bukan tak nak balik tapi ada agenda esok hari untuk diberesi. 

Apakah agenda tersebut? Nak tahu? Kalau nak tahu kena la tunggu esok coz agenda tu untuk esok.....betul tak?? HiHiHi...

Agenda berbuka pose petang ni adalah Masak lemak nanas dengan ikan masin. Dah lama nak makan tapi tak berkesempatan nak buat, melilau bazar ramadhan pun tak penah dijumpanya benda alah ni. Jadi, atas kekecewaan yang maha dasat dengan pengerai2 bazar ramadhan maka abg long bikin je la sendirian berhad hari ni.

Jom terjah resepi campak2 dari dapur 'jantan' abg long...(^__^)
Bahan-bahannya (2-4 perut):
1/2 biji nanas madu (kulit masih hijau), kupas kulit dan hiris sederhana tebal
6 ketul ikan masin selar kuning (nak sedap lagi guna ikan masin kurau, abg long terpaksa guna ikan masin selar kuning sebab ikan masin kurau dah kehabisan stok), direndam
1 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, dipotong comei dan sweet
2 keping asam gelugor
3 cawan pati santan lemak berkrim disukai ramai
3 cawan santan cair
2 biji bawang merah, ditumbuk penuh kasih sayang sehingga lumat
2 ulas bawang putih, ditumbukk penuh kasih sayang sehingga lumat
8 biji cili padi super pedas (boleh tambah jika suka pedas), 
3/4 inci kunyit hidup, ditumbuk penuh kasih sayang sehingga lumat
1/2 sudu teh serbuk kunyit adabi dijamin halal.
Cara untuk menyettlekan mereka. 
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis serai sehingga naik baunya. 
  2. Kemudian, masukan bawang putih, bawang merah, kunyit dan cili padi yang ditumbuk dengan kasih sayang tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga mereka 'bersekedudukan'.
  3. Tuangkan santan cair ke dalam periuk dengan sopan santun, kacau supaya tidak pecah minyak, kacau sehingga mendidih.
  4. Masukan nenas dan asam boi keping. Bila nanas dah agak masak masukan daun kunyit yang telah dipotong comei dan sweet, kemudian kacau.
  5. Masukan ikan masin selar kuning (nota:ikan masin dimasukan last sebab ikan masin spesis ni mudah hancur), kacau penuh kasih sayang.
  6. Masak lagi dalam 4-5 minit, kemudian rasa kuah, jika ok tutup api. Hidangkan bersama nasi, sambal tempoyak, ulam-ulaman dan lauk lain.
Well, inilah menu berbuka dan bersahur abg long dengan geng bus sekolah. Lain orang mungkin lain cara masakan dia. 

Sebenarnya kan, elok masak dirumah berbanding membeli belah juadah di bazar ramadhan. Sedap ke tak sedap yang kita masak sendiri itu belakang kira, keselamatan dan kebersihan makanan dah tentu terjamin. Betul tak???  

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.